Abe Shinzo

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Abe Shinzō
Abe Shinzo

Perdana Menteri Jepun
Mula berkhidmat
26 Disember 2012
Raja Akihito
Timbalan Tarō Asō (Bakal)
Menggantikan Yoshihiko Noda
Tempoh berjawat
26 September 2006 – 26 September 2007
Monarki Akihito
Didahului oleh Junichiro Koizumi
Digantikan oleh Yasuo Fukuda

Penjawat kini
Mula berkhidmat 
26 September 2012
Didahului oleh Sadakazu Tanigaki
Tempoh berjawat
20 September 2006 – 26 September 2007
Didahului oleh Junichiro Koizumi
Digantikan oleh Yasuo Fukuda

Ketua Setiausaha Kabinet
Tempoh berjawat
31 Oktober 2005 – 26 September 2006
Perdana Menteri Junichiro Koizumi
Didahului oleh Hiroyuki Hosoda
Digantikan oleh Yasuhisa Shiozaki

Tarikh lahir 21 September 1954 (60 tahun)
Tempat lahir Nagato, Yamaguchi, Jepun
Parti politik Parti Demokratik Liberal
Pasangan Akie Matsuzaki
Alma mater Universiti Seikei
Universiti California Selatan
Agama Buddhisme dan Shinto

Abe Shinzō (安倍 晋三 Abe Shinzō?, lahir 21 September 1954) merupakan Perdana Menteri Jepun yang terkini yang mengumumkan meletakkan jawatan pada hari Rabu, 12 September 2007. Dengan keputusan ini, keputusan lebih mudah menentukan keputusan sama ada Jepun terus operasi tentera Amerika Syarikat di Afghanistan. Semasa beliau terpilih menjadi Perdana Menteri, Abe Shinzo memutuskan untuk terus menyokong AS di Afghanistan.

Beliau terpilih menjadi Perdana Menteri Jepun oleh satu sesi khas Diet Kebangsaan pada 26 September 2006. Beliau adalah perdana menteri yang pertama lahir selepas Perang Dunia II.

Abe Shinzo dilahirkan dalam keluarga politik dan dia sendiri belajar dalam jurusan sains politik di Jepun dan di Amerika Syarikat. Pernah bekerja di sektor swasta sehingga 1982 , kemudian menyertai sektor awam.

Pada 1993 beliau menang pilihan raya di Yamaguchi. Berkhidmat dengan Perdana Menteri Jepun Yoshiro Mori dan Jonichiro Koizumi dan menjadi Ketua Setiausaha dalam kabinet Koizumi.

Namanya memuncak kerana isu senjata nuklear di Pyonbyon di Korea Utara. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk bertanding jawatan presiden Parti Liberal Demokrat( LDP) dan kemudian jawatan Perdana Menteri Jepun.

Beliau juga dijangka memulihkan hubungan dengan China yang sebelum ini cukup tegang kerana China mengecam setiap kunjungan Perdana Menteri Jepun ke kuil __.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Abe Shinzo dilahirkan di Nagato dan mempelajari jurusan sains politik di Universiti Seikei pada 1977. Di Amerika Syarikat, beliau telah belajar bahasa Inggeris dan belajar sains politik di Universiti Southern California tanpa ijazah. Pada 1979 beliau bekerja di Kobe tetapi meninggalkan kerjaya itu untuk menjadi pembantu eksekutif di Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri. Beliau pernah menjadi setiausaha sulit kepada pengerusi LDP .

Datuknya Kan Abe dan bapanya Shintaro Abe merupakan ahli politik. Ibunya Yoko Kishi merupakan anak kepada Nobusuke Kishi yang pernah menjadi Perdana Menteri Jepun dari 1957-1950.

Kerjaya Politik[sunting | sunting sumber]

Abe Shinzo menang pilihan raya di daerah Yamaguchi pada 1993 selepas bapanya meninggal dunia pada 1991.

Abe Shinzo menjadi perunding bagi kerajaan Jepun ke Korea Utara bagi melepaskan beberapa orang warga Jepun yang diculik pada 2002. Ketika itu beliau telah berunding terus dengan Presiden Korea Utara, Kim Jong-il pada 2002.

Pada 31 Oktober 2005, beliau telah dilantik menjadi ketua setiausaha kabinet dalam kabinet Kouzumi menggantikan Hiroyuki Hosoda.

Pada 20 September 2006, Abe Shinzo dilantik sebagai presiden Parti Liberal Demokratik ( LDP). Calon lain ialah Sadakazu Tanigaki dan Taro Aso. Mulanya Yasuo Fukuda turut ingin bertanding tetapi akhirnya menarik diri.

Bekas Perdana Menteri Jepun Yoshiro Mori dan Fukuda sendiri memberi sokongan penuh untuk memilih Abe Shinzo sebagai Perdana Menteri Jepun.

Pada 26 September 2006, Abe Shinzo akhirnya dilantik sebagai Perdana Menteri Jepun dengan 339 475 undi dalam Dewan Rendah dan majoriti kukuh di Dewan Parlimen.

Pendiriannya terhadap Sejarah Jepun[sunting | sunting sumber]

Semenjak 1997 Abe Shinzo telah dilantik mengetuai jawatankuasa menggubal semula buku teks sejarah Jepun. Ini termasuklah bantahan Korea Utara, Korea Selatan , China dan negara-negara Asia Tenggara tentang wanita diperkosa semasa Perang Dunia II dan penyingkiran orang asing dalam hal ehwal Jepun.

Laporan dan kenyataan telah dikeluarkan pada 6 Oktober 2006 di mana Abe Shinzo mewakili kerajaan Jepun mengakui terjadinya kes-kes wanita diperkosa oleh tentera Jepun dan mereka hendaklah diberi pampasan. Mereka yang terlibat hendaklah dianggap sebagai penjenayah perang di bawah undang-undang domestik Jepun. Tetapi ada pendapat mendakwa wanita-wanita sememangnya pelacur semasa Perang Dunia II.

Pada bulan Julai 2006, Abe Shinzo menafikan yang wilayah Manchukuo ( Mongolia ) sebagai sebuah negara boneka kepada negara China.

Negara China dan Korea Selatan masih bimbang terhadap pandangan Abe Shinzo tentang peranan Jepun semasa Perang Dunia II. Pada Mac 2007, Abe Shinzo menafikan ada unsur paksaan berhubung isu wanita semasa Perang Dunia II. Ini terutamanya memasukkan isu hamba seks tentera Jepun dalam buku teks sejarah Jepun.

Media antarabanga turut mahu Maharaja Hirohito bertanggungjawab dalam isu wanita menjadi hamba seks semasa PDII itu. Sebuah tribunal jenayah perang hendaklah dibentuk bagi membicarakan semua penjenayah-penjenayah perang ini tidak kira mereka masih hidup atau telah meninggal dunia.

Abe Shinzo sebagai Perdana Menteri[sunting | sunting sumber]

Abe Shinzo berusia 52 tahun ketika dilantik sebagai Perdana Menteri Jepun dan termuda dalam sejarah Jepun selepas Fumimaro Konoe pada 1941.

Perletakan jawatan[sunting | sunting sumber]

Pada hari Rabu , 12 September 2007 , sekembali menghadiri Persidangan APEC di Sydney Opera House, beliau mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Jepun. Baru 3 tahun beliau memegang jawatan itu. Pada 9 September 2007 di Sydney,ura-ura beliau telah kedengaran , jika gagal melanjutkan mandat menyokong tentera AS di Afghanistan. Pembangkang menentang misi itu kerana berbahaya kepada keselamatan rakyat Jepun sama ada tentera atau orang awam. Misi itu dianggap tidak menepati Perlembagaan Jepun. AS mahu misi diteruskan, jika tidak hubungan diplomatik akan terjejas.[1]

Beliau mahu keputusan melanjutkan sokongan terhadap misi Amerika Syarikat di Afghanistan ditentukan oleh Perdana Menteri Jepun yang baru. Semasa perlantikannya, beliau menyatakan akan meneruskan dasar luar Jepun menyokong AS di Afghanistan memerangi keganasan.

Kapal perang Tentera Laut Jepun di Lautan Hindi digunakan untuk membekal dan mengisi minyak pesawat pejuang AS dan NATO. Misi ini dijadual tamat pada 1 November 2007. Jepun menyediakan logistik itu selepas parlimen Jepun meluluskan undang-undang misi itu pada 2001. Walaupun peranan kecil tetapi menjadi simbolik sokongan Jepun terhadap AS.

Tetapi 29 Julai 2007, parti pembangkang iaitu Parti Demokratik pimpinan Ichiro Ozawa , menguasai Dewan Tertinggi Jepun . Parti Demokratik Liberal (LDP) pimpinan Abe kalah teruk dalam pilihan raya itu. Pembangkang menguasai dewan perundangan buat pertama kali sejak 1955 .Kabinet Abe Shinzo masih menguasai dewan rendah yang lebih berkuasa daripada dewan tertinggi.

Selepas dua minggu berkuasa, Abe Shinzo melawat Beijing, China dan Seoul, Korea Selatan untuk memperbaiki hubungan diplomatik yang longgar. Undang-undang pendidikan Jepun telah mengiktiraf tentera Jepun semasa Perang Dunia II sebagai pejuang. Tetapi penulisan semula sejarah ini dibantah oleh China dan Korea Selatan. Perdana Menteri China, Wen Jiabao melawat Tokyo pada April 2007.

Abe Shinzo juga dipertikai oleh China dan Korea Selatan berhubung isu 'pelacur' semasa Perang Dunia II. Rakyat China dan Korea mahu Jepun membayar pampasan terhadap rakyatnya yang dibunuh atau dipaksa menjadi 'hamba seks' untuk memuaskan nafsu seks tentera Jepun.

Abe Shinzo juga pernah melawat kuil Yasukuni , sebuah kuil memperingati tentera Jepun semasa Perang Dunia II. Sedangkan mereka adalah penjenayah perang.

Abang Abe Shinzo sendiri adalah bekas tentera semasa Perang Dunia II.

Abe Shinzo juga perdana Menteri Jepun pertama melawat ibu pejabat NATO di Eropah dan melwat pangkalan pertahana udara di Kuwait.

Anggota Kabinet beliau juga terjerumus dalam kandal rasuah:

  • Pada Mei 2007,Menteri Pertanian Jepun, Toshikatsu Matsuoka membunuh diri kerana tuduhan penyelewengan kewangan.
  • Pada 3 September 2007, Menteri Pertanian Jepun, Takehiko Endo meletak jawatan akibat kesilapan subsidi pertanian.
  • Timbalan Menteri Luar,Yukiko Sakamoto meletak jawatan kerana skandal kewangan.
  • Pada 5 September 2007, Menteri Alam Sekitar, Ichiro Kamoshito meletak jawatan kerana tersalah lapor dana politiknya hanya 2 juta yen , sedangkan ia lebih dari itu.
  • Pada 6 September 2007, Menteri Pertanian Jepun,Masatoshi Wakabayashi ( 73 tahun ) dituduh menerima derma peribadi daripada penyokong partinya iaitu daripada pengerusi persatuan nelayan.
  • Menteri Kesihatan Jepun menyatakan 'wanita sebagai mesin pengeluar bayi' mengundang kritikan rakyat.
  • Menteri Pertahanan Jepun pula tersasul kata bahawa 'Pencerobohan AS terhadap Iraq satu kesilapan'.


Perdana Menteri Jepun sebelum ini menjawat jawatan itu dalam masa yang singkat juga. Tsutomu Hata hanya 3 bulan pada 1994. Sosuke Uno 3 bulan sahaja pada tahun 1989.Hitoshi Ashida hanya 7 bulan pada 1948.

Masuk hospital[sunting | sunting sumber]

Pada 13 September 2007, Abe Shinzo dimasukkan ke Keio University Hospital, Tokyo kerana masalah tekanan psikologi .Kaoru Yosano selaku Ketua Setiausaha Kabinet menyatakan Abe Shinzo menerima pemeriksaan perubatan biasa selepas menghadiri Persidangan APEC di Australia pada 8 September 2007.

Parti Demokratik Liberal (LDP) akan melantik calon Perdana Menteri Jepun yang baru. Calon terbaik ialah bekas Menteri Luar, Taro Aso. Beliau kini setiausaha LDP. LDP menguasai politik Jepun lebih 50 tahun.

Calon terbaik lain ialah Sadakazu Tanigaki, bekas menteri kewangan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Didahului oleh
Junichiro Koizumi
Perdana Menteri Jepun
2006-2007
Diikuti oleh:
Yasuo Fukuda
Didahului oleh
Hiroyuki Hosoda
Ketua anggota kabinet Jepun
2005–2006
Diikuti oleh:
Yasuhisa Shiozaki