Zahrain Mohamed Hashim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Berhormat Datuk Seri

Zahrain Mohamed Hashim
Zahrain Mohd Hashim.jpg

Member of Parliament
for P52 Bayan Baru, Pulau Pinang
Penyandang
Tempoh jawatan 
8 Mac 2008
Didahului oleh Ooi Siew Kim (BN)
Majoriti 11,029

Parti politik Lambang keadilan.png PKR (2008-2010)
BEBAS Bebas (2010-)
Pekerjaan Ahli Parlimen
Religion Islam
Laman web Laman rasmi "Rakyat Bayan Baru"

Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim merupakan Ahli Parlimen BEBAS yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru, Pulau Pinang. Beliau merupakan bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang pernah memegang Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Pulau Pinang yang keluar disebabkan ketidakpuasan hati kepada kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng.

Latarbelakang[sunting | sunting sumber]

Beliau adalah orang kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa DSAI menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.Beliau mengenali Anwar Ibrahim semasa Anwar menjadi presiden ABIM. Beliau adalah bekas Pengerusi Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang sebelum menyertai PKR. Zahrain menjadi pengerusi Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang.

Latarbelakang politik[sunting | sunting sumber]

Menjadi Ahli Parlimen Parti Keadilan[sunting | sunting sumber]

Semasa pilihan raya umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional, Ooi Siew Kim dengan majoriti sebanyak 11,029 undi. Beliau memperolehi 27,618 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 16,589 undi. Semasa pilihan raya kecil Penanti pada tahun 2009, nama beliau pernah disebut-sebut sebagai calon dalam Pilihan raya kecil Penanti 2009. Namun Dr Mansor Othman terpilih sebagai calon dan terpilih menjadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Beliau merupakan pengkritik lantang pentadbiran ketua menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng dan oleh kerana tiada tindakan terhadap YAB Lim maka pada 12 Februari 2010, beliau keluar dari PKR termasuklah semua jawatannya di dalam PKR berkuatkuasa serta merta dan menjadi wakil rakyat bebas yang tidak mesra BN.

Keluar dari Keadilan sebagai Ahli Parlimen Bebas[sunting | sunting sumber]

Pada 12 Februari 2010, beliau keluar dari PKR termasuklah semua jawatannya di dalam PKR berkuatkuasa serta merta dan menjadi wakil rakyat bebas dan tidak mesra BN. Kedudukannya di Dewan Rakyat akan berubah dari barisan kerusi PKR kepada barisan kerusi Bebas bermula pada 15 Mac 2010. Alasan beliau adalah kerana kehilangan kepercayaan kepada pucuk pimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP Lim Guan Eng. [1] Beliau selepas itu merupakan salah seorang dari lima bekas ahli-ahli parlimen PKR untuk membentuk blok wakil rakyat bebas yang dinamakan Konsensus Bebas di parlimen.[2]

Setuju 1Malaysia tetapi tidak pada ISA dan GST[sunting | sunting sumber]

Pada 15 Mac 2010, ketika menghadiri sidang Parlimen, Zahrain menyatakan pendirian bahawa beliau tidak setuju apa sahaja yang membebankan rakyat termasuklah ISA dan Cukai barangan dan perkhidmatan(GST).Namun begitu beliau setuju dengan slogan 1Malaysia yang menekankan perpaduan rakyat Malaysia.[3]

Isu[sunting | sunting sumber]

Kritikan terhadap Lim Guan Eng[sunting | sunting sumber]

Pada 29 Januari 2010, akhbar The Star melaporkan Dato' Seri Zahrain Hashim mengkritik keras YAB Lim Guan Eng; melabelkan beliau sebagai "diktator, chauvinis dan berotak komunis". LGE mengamalkan pentadbiran kuku besi iaitu tidak dapat menerima pandangan exco dan orang lain. LGE marah terhadap Anwar yang menyentuh tentang Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.[4]

Beliau menganggap bahawa Lim yang datang dari Melaka, gagal menunaikan janji pilihan raya 2008 dan jika berterusan seperti sekarang, Lim adalah liabiliti dalam Pakatan Rakyat. Beliau menganggap Lim pantang dikritik dan pengkritik akan dilabel sebagai agen Barisan Nasional. Lim tidak sesuai menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang kerana dia orang luar dan tidak memahami sentimen tempatan. Tender terbuka masih tidak dilaksanakan. Lim seorang yang pelik dan perkauman kerana sering bercakap dalam Mandarin di dalam persidangan Pakatan Rakyat. Semua rakyat tidak kira Melayu,India atau Cina mendengar ucapannya tetapi dia pulak bercakap dalam bahasa Cina sahaja.[5]

Tender terbuka pengurusan Kelab Bukit Jambul Golf bukan isunya. Chow Kon Yeow mengaitkan kontrak Bukit Jambul yang gagal diperolehinya. Syarikat itu ditolak kerana hanya syarikat RM2 ringgit sahaja (Tidak ada pengalaman). Lim Guan Eng ditahan di bawah ISA oleh kerajaan BN pada 1987 bukan kerana pro komunis. Lim juga dipenjara kerana mempertahankan nasib seorang gadis Melayu yang telah dirogol. Dalam persidangan PR, Lim bercakap dalam Bahasa Malaysia 85 % dan 15 % dalam bahasa Inggeris dan Mandarin.[6]

Penggiliran Ketua Menteri Pulau Pinang senyap begitu sahaja apabila PR menang.

Reaksi dan tindakbalas[sunting | sunting sumber]

Lambang keadilan.png PAS logo.svg
Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat menganggap tindakan Zahrain keluar PKR sebagai mengkhianati pengundi. Tok guru menggesa Zahrain meletakkan jawatan agar pilihan raya baru dapat diadakan. Anwar sendiri mengakui tersilap pilih beberapa calon PKR yang dipilih semasa pilihan raya 2008.

Zahrain pula menganggap tok guru tidak memahami manipulasi, tidak tanduk jijik DAP di Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor. Zahrain sanggup meletakkan jawatan ahli parlimen Bayan Baru sekiranya Lim Guan Eng sendiri meletakkan jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang. Perubahan 16 September dikatakan pembohongan Anwar Ibrahim . Tok guru seharusnya melihat 16 September juga melibatkan 'lompat parti'. Setakat ini Zahrain tidak berhasrat menyertai UMNO atau Barisan Nasional. Pemimpin PR hanya mementingkan ambil alih kuasa di Putrajaya tetapi memperlekehkan aduan Zahrain.[7]

Pada 14 Mac 2010, ADUN Pantai Jerejak, Sim Tze Tsin menyatakan petisyen mengandungi 2,108 tandatangan telah dikutip dalam tempoh dua hari dari kalangan pengundi di sekitar pasar Bayan Baru dan Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang. Dun Pantai Jerejak terletak di bawah parlimen Bayan Baru.Sim yang juga timbalan ketua Angkatan Muda PKR Pulau Pinang berpendapat Zahrain perlu letak jawatan ahli parlimen.[8]

Pendedahan 16 September[sunting | sunting sumber]

Pada 18 Mac 2010, ketika menyambung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, beliau mendakwa beliau dan wakil rakyat PKR diberitahu bahawa lapan ahli Parlimen disebut-sebut akan melompat menyertai PKR bagi menjayakan rancangan pembangkang untuk mengambil alih kerajaan pusat pada 16 September 2008. Beliau mendakwa mereka adalah Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan), Datuk Seri Anifah Aman (BN-Kimanis), Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan), Datuk Chua Soon Bui (Bebas-Tawau), Datuk Eric Majimbun (Bebas-Sepanggar). Nama lain yang disebut ialah Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat), Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (BN-Jerantut), Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang).[9]

Berikutan pendedahannya itu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail menggelarkan beliau sebagai "Attack Dog" kepada BN dan Umno untuk menjatuhkan pakatan pembangkang.[10] Ia turut dinafikan oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan menganggapnya sebagai cerita dongeng.[11]

Pada 24 Mac 2010, Datuk Abdul Ghafur Salleh (BN-Kalabakan) turut menempelak Datuk Zahrain. Zahrain sepatutnya mendedahkan nama 30 orang yang turut hendak melompat parti, termasuk yang melancong ke Taipei, Taiwan. [12] Sepatutnya Zahrain lompat sejak 2 tahun lalu, bukan selepas kocek penuh. UMNO jangan menerima Zahrain kerana mungkin akan belot juga .[13]

Saman[sunting | sunting sumber]

Pada 25 Mac 2010, beliau telah memutuskan untuk memfailkan saman fitnah terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.[14]

Rujukan[sunting | sunting sumber]