Pergi ke kandungan

Aidil Alias

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Aidil Alias Pelakon Lelaki Malaysia.

Aidil Alias
Kelahiran
Aidil Alias

29 September 1982
WarganegaraMalaysia
PendidikanDiploma Science Geomatic UiTM Shah Alam 2004
PekerjaanPelakon, Usahawan,Penceramah
Tahun aktif2009 - 2021
Ketinggian5 ft 8 in (1.73 m)

Drama pertama di lakonkan pada tahun 2009 iaitu drama Akademik Polis 4 arahan Yusof Kelana. Pada mulanya hanya sebagai pelakon tambahan polis tidak berdialog, tetapi ditukarkan kepada watak Polis berdialog dan mendapat pujian daripada pengarah.

Bermula dari situ, beliau mula mengorak langkah didalam dunia lakonan. Tetapi disebabkan kerjaya hakiki yang padat dalam bidang Sales & Marketing dan menjadi pengedar Sah 4Life Transfer Factor, beliau hanya memilih watak-watak yang sesuai sahaja.

Beliau hanya bercakap bila perlu. Lebih banyak mendengar dan suka mempelajari, displin yang tinggi dan mudah menerima teguran.

Kerjaya berhadapan dengan pelbagai karektor manusia membuatkan beliau mudah untuk membawa pelbagai watak dan berani untuk berhadapan dengan kamera. Disebabkan itu, beliau telah diperkenalkan dan ditawarkan untuk memegang watak-watak pelakon pembantu dan pelakon utama untuk drama, drama bersiri, filem, iklan dan dokumentari.

Pelbagai watak telah dibawa termasuklah watak budak nakal, gangster, ustaz, OKU, pondan, gila, pelajar sekolah dan banyak lagi.

Mula dikenali pada 2012 apabila memegang watak utama sebagai Ustaz Rahim arahan sutradara Mior Hashim Manap dalam drama 12 episod TV AlHijrah , Warkah Cinta adaptasi dari novel nukilan Ustaz Cinta A. Ubaidillah Alias, Warkah Cinta Berbau Syurga bergandingan bersama Imam Muda Nazrul dan Nur Heliza binti Helmi. Selepas mendapat jumlah penonton tertinggi, drama patuh syariah ini menjalankan penggambaran untuk kesinambungannya bertajuk Cinta Dan Wahyu adaptasi dari novel Kala Cinta & Wahyu Bersatu berganding bersama Imam Muda Nazrul dan Amyra Rosli, 12 episod di TV Alhijrah.

Juga dikenali sebagai Ahli Farmasi untuk Iklan Panadol Optizorb pada 2018.

Filemografi

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Produksi Catatan
2015 Mama & Macha Mr K (Pelakon Pembantu) Dream Pix Media Sdn Bhd Tidak Dapat Ditayangkan
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Produksi Catatan/ Watak
2009 Akademi Polis 4 (Musim 4) Inspector Halim (watak Polis berdialog) TV9 Skop Production Drama Pertama
2012 Warkah Cinta (Musim 1) Rahim (Pelakon Utama) TV Al-Hijrah Al-Kahfi Pictures Drama Islamik Paruh Syariah. Watak pelajar sekolah Tahfiz sehingga menjadi Ustaz
2013 Cinta Dan Wahyu (Musim 2) Rahim (Pelakon Utama) TV Al-Hijrah
2014 Ryujin Juwara Coober (Pelakon Utama - Monster) TV3 Double Vision Drama Adiwira Jepun. Watak Jahat Perosak Bumi. Sarung Costume Monster.
Projek Memikat Suami Brotha Noh (Pelakon Pembantu) Astro Ria Global Station Watak Chinese Mualaf dari Australia
2015 Syurga Nur Ustaz Azim (Pelakon Pembantu) TV3 Slot Akasia JS Pictures Watak Ustaz
2016 Awak Sangat Nakal Tuan Syed Muda (Pelakon Undangan) Astro Ria Orangetree Production Sdn. Bhd. Watak Peguam
Bodyguard Kawan berfoya-foya Alissa TV3 A. Aida Production
2021 Penjara Janji Ahcai (Pelakon Pembantu) TV3 Slot Samarinda JS Pictures Watak taukey Cina tokan dadah. Punca kepada jalan cerita watak utama masuk penjara.

Telefilem

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Produksi Catatan/ watak
2012 Timah Lambak Meon (Pelakon Pembantu) Astro Prima Nizarman (M) Sdn Bhd Watak komedi
2014 Dari Pintu Neraka Ustaz Penjara (Pelakon Pembantu) TV3 JS Pictures Watak Ustaz di Penjara
Pulangnya Tok Misai Ustaz Rizal (Pelakon Utama) HyppTV VOD Viper Studio (Skop Production) Watak Ustaz lawan saka
2015 Penghuni Lama Ustaz Azhar (Pelakon Utama) HyppTV Viper Studio (Skop Production) Watak Ustaz lawan hantu
2016 Alim Alim Kucing Zahar (Pelakon Pembantu) TV1 FIMTAB SB Watak baik pekerja kedai
2017 Janji Allah Rosli Posmen (Pelakon Utama) TV1 Al-Kahfi Pictures Watak Posmen kampung yang meminati watak utama.

TV Commercial

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Produksi Catatan
2018 Panadol Optizorb Ahli Farmasi (Pelakon Utama) Semua stesen TV Medifacts Iklan

Dokudrama

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran TV Produksi Catatan
2016 Pengakuan - Episod Tokan Ali (Pelakon Utama) TVi Lakonan Semula - Kisah Benar

Shortfilem (Media Sosial)

[sunting | sunting sumber]
Tahun Tajuk Watak Saluran Media Produksi Catatan
2020 Penarik Kereta Atau Gangster Lee (Pelakon Utama) Facebook, Instagram, Youtube Icon Production (PPIM) Viral 2 hari 2 juta view
AhLong Cari Pasal Di Tempat Awam AhLong (Pelakon Utama) Social Experiment
Nabil Tak Nak Susahkan Ayah Ayah (Pelakon Utama) Watak ayah yang berhutang Ahlong
Rezeki Terakhir - PERKESO Kamal (Pelakon Utama) Video Kesedaran PERKESO gandingan bersama Beto Kusyairy