TV AlHijrah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari TV Al-Hijrah)
Jump to navigation Jump to search


TV AlHijrah
Dilancarkan7 Disember 2010; 8 tahun yang lalu (2010-12-07)
Dimiliki olehAlhijrah Media Corporation
(Prime Minister's Department)
Format gambar1080i (16:9 HDTV)
Cogan kata
Segalanya Bermula di Sini (2010-2013)
TV Kita Untuk Semua (2013-2016, 2019-sekarang)
Islam is First Class (2016-2017)
Rapatkan Saf
(2017-2018)
Rahmatan Lil' Alamin (2018-2019)
NegaraMalaysia
Kawasan siaranSeluruh negara
Ibu pejabatKompleks Islam, Kuala Lumpur, Malaysia
Laman sesawangwww.tvalhijrah.com
Ketersediaan
Terestrial
MyFreeview (Malaysia)Channel 114 (HD)
[1][2]
Satelit
AstroChannel 114 (HD)
Astro NJOIChannel 114 (HD) [3]
IPTV
Unifi TVChannel 114 (HD)

TV AlHijrah (TVAH) adalah sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang ditubuhkan di bawah Akta Syarikat serta mendapat perkenan Majlis Raja  Raja Melayu. TV AlHijrah merupakan salah satu agensi bertaraf syarikat yang ditadbir selia dibawah AlHijrah Media Corporation serta diletakkan di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan melapor kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam). Ia merupakan stesen televisyen separa kerajaan kedua negara selepas Bernama TV.

Setelah memulakan siaran ujian pada 1 November 2010 dengan waktu siaran bermula pada jam 3 petang hingga 12 tengah malam dan pada jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, TV AlHijrah kemudiannya dilancarkan secara rasmi pada 1 Muharram 1432H iaitu bersamaaan 7 Disember 2010 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia iaitu Dato' Sri Mohd Najib bin Abdul Razak. Acara perasmian gilang gemilang ini disiarkan secara langsung di saluran terestrial nasional TV AlHijrah.

Pada awalnya, TV AlHijrah hanya boleh ditonton di lima kawasan sahaja iaitu di Lembah Klang, Terengganu, Mersing, Sabah dan Sarawak. Penambahbaikan dilakukan dan kemudiannya TV AlHijrah memasuki platform Astro bermula 1 Jun 2011. TV AlHijrah memilih saluran 114 di Astro sebagai simbolik kepada 114 surah yang terdapat di dalam kitab suci Al-Quran. Bukan itu sahaja, Siarannya telah dipanjangkan dari 12 tengah hari hingga 12 malam pada Isnin hingga Khamis manakala bersiaran dari pukul 7 pagi hingga 12 tengah malam pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Siaran percuma yang bertemakan "Segalanya Bermula di Sini" itu disasarkan kepada golongan kanak-kanak dan remaja berusia 4 hingga 17 tahun serta golongan muda dan berkeluarga berusia 18 hingga 39 tahun. Sebanyak 60 peratus kandungan siaran permulaan televisyen itu adalah terbitan tempatan manakala selebihnya adalah kandungan asing dari negara-negara seperti Iran, Indonesia, Turki, Palestin dan Belanda. Sejumlah 30 peratus daripada kandungan tempatan diterbitkan sendiri TV AlHijrah.

Terkini, siaran TV AlHijrah dilanjutkan kepada dua puluh empat jam sehari dengan tema TV Kita Untuk Semua. Pelbagai sajian hidangan rancangan-rancangan menarik telah ditambah bagi memenuhi kehendak hati penonton setia stesen ini.[4][5]

Visi & Misi[sunting | sunting sumber]

Ibu pejabat TV Alhijrah di Kuala Lumpur.

Secara dasarnya stesen televisyen TV AlHijrah ini ditubuhkan bagi mendokong aspirasi pihak kerajaan untuk menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama anutan menerusi penerbitan rancangan-rancangan signature yang berimpak tinggi, sohor kini, terkini, rating tinggi, engaging serta mendidik, menyalurkan maklumat dan menghibur. Ini selari dengan visi TV AlHijrah iaitu menjadi peneraju penyampaian nilai-nilai Islam serta misinya untuk menerap kefahaman Islam serta menyatupadukan Ummah.

Senarai Ketua Pegawai Eksekutif[sunting | sunting sumber]

  • Datuk Bukhari Che Muda (Allahyarham) : 2010 hingga 2013
  • Datuk Che Wan Alias Che Wan Abdullah : 2014 hingga 2016
  • Datuk Haji Izelan Bin Basar : 2016 hingga 2018
  • Encik Saidi Yaacob : 2018
  • Encik Namanzee Harris : 2019 hingga kini

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "MYTV Broadcasting Digital TV Trial". 6 June 2016. Dicapai 6 June 2016. 
  2. ^ "Event for 6 June 2017". The EDGE Markets. 6 June 2017. Dicapai 6 June 2017. 
  3. ^ "Channels - TV, Radio dan Prabayar (official list of all channels available on NJOI)". 
  4. ^ TV Alhijrah mulakan siaran awal pagi mulai 1 Januari. Utusan Malaysia. 30 Disember 2011. Dicapai 27 Januari 2012.
  5. ^ TV AlHijrah tambah siaran. Utusan Malaysia. 4 Januari 2012. Dicapai 27 Januari 2012.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]