Ajaibnya Cinta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Ajaibnya Cinta
GenreDrama, cinta
PengarahEyra Rahman
Dibintangi oleh
Shaheizy Sam
Nora Danish
Sharifah Amani
Lagu pembukaan"Ajaibnya Cinta" oleh Sa-Orang Lelaki
Lagu penutup"Ajaibnya Cinta" oleh Sa-Orang Lelaki
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutifCitra Abdullah
Ain Abdullah
PenerbitAhmad Albab Abdullah
Ahmad Arri Abdullah
Tempoh siaran48 minit
Syarikat penerbitan
Rumah Karya Citra
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal18 Mac 2015 – 29 April 2015
Kronologi
MengikutiDelina
Diikuti olehBidadari

Ajaibnya Cinta merupakan sebuah siri drama romantik Malaysia 2015 arahan Eyra Rahman terbitan Rumah Karya Citra, dibintangi oleh Shaheizy Sam, Nora Danish, Sharifah Amani. Siri ini disiarkan di Slot Lestary TV3 dari 18 Mac hingga 29 April 2015 menggantikan Delina. Ia merupakan kesinambungan daripada Spain Uoolss yang disiarkan pada 2014.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan Akif, Halimatun, Hammara dan Maya yang bakal menamatkan pengajian mereka di salah sebuah universiti terkemuka di Sepanyol. Namun, Hammara bakal digantung oleh pihak universiti kerana dia selalu menghilangkan diri, tidak hadir ke kelas malah tidak menduduki peperiksaan akhir. Halimatun begitu risaukan Hammara.

Akif mengikut Hammara bertemu Maulana di perkampungan untuk mempelajari dan mendalami ilmu agama Islam. Hammara mengatakan bahawa dia mula mendapat ketenangan setelah mengenali Islam yang sebenarnya daripada Maulana. Dalam perjalanan pulang, Akif mula memikirkan kata-kata Hammara. Sebelum pulang ke Malaysia, Akif berjumpa Hammara, meluahkan rasa terima kasihnya. Akif dapat mendalami ilmu agama dengan bantuan Hammara dan hidupnya berasa tenang. Akif turut meluahkan rasa cintanya pada Hammara.

Halimatun yang mengekori Akif mula menyerang Akif dan Hammara. Halimatun patah hati lalu mengemaskan barangnya untuk segera pulang ke Malaysia. Sementara di kampung, Pak Akob mencuba pelbagai cara untuk memikat hati Mak Cun termasuk meminta bantuan Saidatul tetapi Mak Cun menolak cinta Pak Akob. Mak Cun berasa gembira apabila mendapat panggilan anak kesayangannya, Halimatun akan pulang ke Malaysia. Sampai saja di kampung, Halimatun memberitahu Mak Cun dia mahu bekerja di Kuala Lumpur. Hammara rasa bersalah pada Halimatun tetapi Akif mengatakan yang dia memerlukan masa untuk mengenali dirinya. Sebelum pulang ke Malaysia, Akif mencari Hammara tetapi gagal. Akif pulang dengan perasaan kecewa.

Datin Suzana dan Datuk Tajudin membuat parti sempena kepulangan Akif. Namun, Akif menasihati ibu dan ayahnya bahawa dia tidak sukakan majlis seperti itu dan lebih afdal sekiranya kepulangannya itu hanya diraikan dengan doa selamat saja. Datin Suzana dan Datuk Tajudin berasa malu di hadapan tetamu. Datin Suzana berasa malu dan kecewa dengan sikap Akif yang berubah sejak pulang dari Sepanyol. Apa yang dibuat serba tak kena di mata Akif, Akif juga menegur cara adiknya Mia yang berpakaian seksi dan menegur mereka mengenai cara bersolat. Dalam pada itu, Akif berkenalan dengan Cinta, perempuan simpanan kepada Datuk Shamsul. Cinta tertarik dengan kebaikan Akif dan meminta tolong Akif kerana dia mahu berubah. Akif berjanji akan membantunya. Lalu, Cinta selalu mengikut Akif dalam program agama di masjid. Cinta merasakan kehadiran Akif memberi sinaran baru dan harapan dalam hidupnya.

Halimatun mula kecewa dengan kecurangan Akif. Akif memujuk Halimatun supaya mempercayai dirinya. Semakin hari, Akif mula terperangkap dengan perasaannya kerana dia mula menyayangi Cinta. Pertemuan semula dengan Hammara juga membuatkan Akif sering terlupa akan Halimatun. Akif buntu antara Halimatun, Cinta dan Hammara yang muncul dalam hidupnya.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Keluaran media[sunting | sunting sumber]

Ajaibnya Cinta boleh ditonton secara eksklusif di Netflix.[2]

Muzik dan runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Muat turun digital
No. TajukPenulisPenyanyi Masa
1. "Ajaibnya Cinta"  PitahatiSa-Orang Lelaki 4:00

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Aqmar Mustaza (16 April 2015). "Kesinambungan 'Spain Uoolss'". Sinar Harian. Dicapai 18 Julai 2015. 
  2. ^ https://usa.newonnetflix.info/info/80180544

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

TV3: Lestary, Rabu–Khamis, 9.00 malam
Sebelumnya Ajaibnya Cinta Berikutnya
Delina Bidadari