Bidadari (drama)
Bidadari | |
---|---|
Genre | Drama, cinta |
Pengarah | Eoon Shuhaini |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Melepaskanmu" oleh Sakura Band |
Lagu penutup | "Melepaskanmu" oleh Sakura Band |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 20 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit | Jaspal S. Korotana |
Penyunting |
|
Tempoh siaran | 39–40 minit |
Syarikat penerbitan | OrangeTree Productions |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | 480i (SDTV) 1080i (HDTV) |
Siaran asal | 30 April 2015 – 15 Julai 2015 |
Bidadari ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2015 arahan Eoon Shuhaini, terbitan OrangeTree Productions.[1] Ia dibintangi oleh Amyra Rosli, Shahz Jaszle dan Nonny Nadirah. Siri ini bersiaran di Slot Lestary TV3 bermula 30 April 2015 hingga 15 Julai 2015 menggantikan Ajaibnya Cinta.[2]
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Suria (Amyra Rosli), anak kepada seorang penyanyi kelab, Delima (Sherie Merlis) yang terpaksa menempuh keperitan hidup tatkala berbapa tirikan Anjang (Azhan Rani). Anjang yang suka berjudi dan berfoya sentiasa mengambil kesempatan untuk mempergunakan dua beranak itu. Diherdik dan sering didera membuatkan Suria sukar menerima kehadiran lelaki di dalam hidupnya. Malah kepolosan dirinya sering mengundang niat jahat daripada insan bergelar lelaki.
Ibunya, Delima pula bagaikan menyimpan rahsia terpendam. Walaupun Suria sentiasa menyayangi dan melayan ibunya sehabis baik, Delima pula sentiasa beranggapan anak gadisnya itu tidak lebih daripada sekadar menambah beban di dalam hidupnya. Namun pada suatu hari, anak-beranak itu nekad meninggalkan rumah yang umpama neraka bagi mereka dan dipertemukan dengan takdir baharu.
Tengku Iskandar (Zamarul Hisham), pemilik Restoran Melati yang tertarik dengan nyanyian Delima sebelum ini memberikan mereka tempat berteduh untuk memulakan hidup yang lebih baik. Pertemuan singkat itu juga berjaya membuka hati Tengku Iskandar memperisterikan Delima. Jauh di hati Delima, dia hanya menginginkan kemewahan dan sanggup berbuat apa sahaja demi mencapai impiannya.
Suria kini memiliki seorang adik tiri bernama Tia, (Nonny Nadirah) yang ikhlas menerima kasih sayang Delima dan Suria. Namun ketamakan Delima bakal memusnahkan segalanya apatah lagi mengetahui rahsia bahawa Tengku Iskandar menyimpan – Melati – isteri pertamanya yang koma dan dirawat di sebuah bilik rahsia. Sebuah harapan keluarga bahagia bakal berubah menjadi satu lagi dugaan besar buat Suria dan Tia.
Dalam masa yang sama, Suria didekati dua insan istimewa dalam hidupnya, Adi (Shahz Jaszle) yang ikhlas mencintainya dan Lukman (Syazwan Zulkifli), abang tirinya yang sanggup berubah bagi memenangi hati Suria.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon utama
[sunting | sunting sumber]- Amyra Rosli sebagai Suria
- Shahz Jaszle sebagai Adi
- Nonny Nadirah sebagai Tia
Pelakon pembantu
[sunting | sunting sumber]- Syazwan Zulkifly sebagai Lukman
- Azhan Rani sebagai Anjang
- Sherie Merlis sebagai Delima
- Zamarul Hisham sebagai Tengku Iskandar
- Syarif Sleeq sebagai Iwan
- Zarina Zainuddin sebagai Melati
- Shakilla Khoriri sebagai Balkis
- Amyza Aznan sebagai Mak Rock
- Balkisyh Semundur Khan sebagai Suzy
- Fizo Omar sebagai Tengku Indra
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Drama bersiri Bidadari lakonan Amyra Rosli dan Shahz Jazle Sensasi Selebriti (2 Mei 2015). Dicapai pada 2 Mei 2015.
- ^ Zaidi Mohamad (28 April 2015). Bidadari temui peminat Slot Lestary TV3, 30 April Berita Harian. Dicapai pada 13 Mei 2015.