Anjing gembala Bukovina (Bahasa Romania: câine ciobănesc de Bucovina; [Bucovina shepherd dog, Bucovina sheepdog] error: {{lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)) atau anjing gembala Bukovina Romania (Bahasa Romania: câine ciobănesc românesc de Bucovina; [Romanian Bucovina shepherd dog, Romanian Bucovina sheepdog] error: {{lang-xx}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)) ialah satu baka anjing besar, kuat, dan kedesaan yang selama berabab-abad merupakan teman tradisional untuk gembala Romania di Pergunungan Karpatos. Tujuan asal anjing gunung ini adalah untuk mengawal dan melindungi kawanan biri-biri daripada pemangsa (haiwan liar atau pencuri). Anjing gembala Bukovina telah dihargai oleh orang tinggal di kota, yang memeliharanya sebagai anjing pengawal atau hanya sebagai anjing peliharaan, kerana perangai seimbang dan kebaikan yang ditunjukkan olehnya terhadap kanak-kanak. Ada tiga jenis anjing gembala Romania: anjing gembala miorița (nama lama: barac), Karpatos (nama lama: zăvod) dan Bukovina. Dalam FCI, baka ini dikenali sebagai anjing gembala Eropah Tenggara (Bahasa Inggeris: Southeastern European shepherd dog).[1]