Anjing Newfoundland (Bahasa Inggeris: Newfoundland dog) ialah satu baka anjing pekerja besar. Anjing Newfoundland boleh terdapat dengan warna hitam, perang, atau putih dan hitam (dipanggil anjing Landseer), atau kelabu. Walau bagaimanapun, di Kanada, negara asalnya, warna-warna yang betul hanyalah hitam (termasuk hitam dengan tanda-tanda putih) dan putih dan hitam (anjing Landseer).[1] Ia pada asalnya dibiakbakakan dan digunakan sebagai anjing pekerja untuk nelayan di Dominion Newfoundland (yang kini merupakan sebahagian Kanada).[2][3] Ia dikenali kerana saiz besar, kecerdasan, kekuatan menakjubkan, perangai tenang, dan kesetiaannya. Anjing Newfoundland cemerlang dalam penyelamatan air/penyelamatan nyawa kerana binaan berotot, bulu dua lapis tebal, kaki renang, dan kebolehan renang semula jadi.[4]