Pergi ke kandungan

Anjing gunung Bern

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing gunung Bern
Seekor anjing gunung Bern berdiri di atas rumput. Berdiri pada sudut 45 darjah dari arah kamera dengan kepala menghadap ke hadapan dan mulut terbuka.
Nama lain
  • Anjing lembu Bern
  • Anjing Dürrbach
  • Dürrbächler
Negara asalSwitzerland
Trait
Berat Jantan 36–55 kg (80–120 lb)
Betina 34–45 kg (75–100 lb)
Tinggi Jantan 64–70 cm (25–28 in)
Betina 58–66 cm (23–26 in)
Bulu ganda
Warna triwarna (hitam, karat, dan putih)
Saiz perinduk purata 5–7 ekor, sehingga 15 ekor[1][2]
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing gunung Bern, anjing lembu Bern,[a] anjing Dürrbach, atau dürrbächler[b] ialah satu baka anjing besar yang berasal dari kanton Bern, Switzerland dan Pergunungan Alp Switzerland. Ia merupakan salah satu daripada empat baka anjing jenis sennenhund, dengan akar leluhur pada mastif Rom. Unsur "Bern" pada namanya merujuk kawasan asal usul baka ini di Kanton Bern dan bahagian "Sennenhund" dalam nama aslinya diterbitkan daripada perkataan Senne dalam bahasa Jerman ("padang ragut Alp") dan Hund ("anjing"), kerana ia menemani para gembala dan penternak tenusu Alp yang dipanggil Senn. Sennenhund besar, yang dahulunya digunakan sebagai anjing ladang umum, juga menarik kereta sebagai haiwan tarikan. Baka ini diiktiraf secara formal pada tahun 1912.[3]

Benno Adam, Bernese Mountain Dog and Her Pups ("Anjing Gunung Bern dan Anak-anaknya"), 1862

Dari segi sejarah, sekurang-kurangnya di sesetengah tempat, baka ini dipanggil Dürrbachhund ("anjing Dürrbach")[4] atau Dürrbächler, sempena sebuah pekan kecil (Dürrbach) yang kerap mempunyai anjing besar ini.[5]

Anjing ini mempunyai akar pada mastif Rom.[6][7]

Baka ini digunakan sebagai anjing ladang serba guna untuk menjaga harta benda dan untuk menggiring lembu tenusu di sepanjang jarak jauh dari ladang ke padang ragut Alp. Para peladang menggunakan anjing ini untuk mengangkut kereta susu dan keju mereka dan dikenali oleh orang tempatan sebagai "anjing keju".[8] Pada awal tahun 1900-an, para penggemar mempamerkan beberapa contoh anjing besar ini dalam pertunjukan di Bern dan pada tahun 1907 segelintir pembiak baka dari rantau Burgdorf mengasaskan kelab baka pertama, iaitu Schweizerischer Dürrbach-Klub ("Kelab Dürrbach Switzerland"), dan mengarang piawaian pertama yang mentakrifkan anjing ini sebagai baka terpisah. Menjelang tahun 1910, sudah ada 107 anggota berdaftar bagi baka ini. Terdapat sekeping foto seekor anjing gunung Bern pekerja, yang bertarikh tahun 1905 di kawasan rehat Fumee Fall di Quinnesec, Michigan.

Pada tahun 1937, American Kennel Club mengiktiraf baka ini.[9] Kini, kelab ini mengelaskannya sebagai anggota Kumpulan Pekerja.[10] Di Amerika Syarikat, anjing gunung Bern semakin popular dengan menduduki tempat ke-19 dalam American Kennel Club pada tahun 2024.[11]

Anjing ini sangat popular sebagai anjing keluarga di negara-negara berbahasa Jerman. Verband für das Deutsche Hundewesen menyenaraikan anjing gunung Bern di kedudukan ke-11 bagi setiap kelahiran hidup pada tahun 2014.[12]

Penampilan

[sunting | sunting sumber]

Pewarnaan

[sunting | sunting sumber]

Seperti sennenhund lain, anjing gunung Bern ialah anjing besar dan berat dengan lapis bulu triwarna distingtif, iaitu hitam dengan dada putih dan tanda-tanda berwarna karat di sebelah atas mata, di sisi mulut, di hadapan tungkai, dan di sekitar dada putih. Walau bagaimanapun, ia merupakan satu-satu baka sennenhund denga lapis bulu panjang.[10] Ideal bagi individu bertanda sempurna memberikan kesan rupa bentuk ladam putih di sekitar hidung yang sentiasa hitam.[9] Terdapat "palang Switzerland" putih pada dada apabila dipandang dari hadapan. "Kucupan Switzerland" ialah tanda putih yang biasanya terletak di belakang leher, namun mungkin menjadi sebahagian leher. Gelang lengkap tidak mematuhi piawaian jenis. Piawaian baka AKC menyenaraikan, sebagai syarat penyingkiran, warna mata biru dan mana-mana warna tanah selain hitam.[13][14][15]

Julat tinggi dan berat

[sunting | sunting sumber]

Jantan berdiri setinggi sekitar 64–70 cm (25–28 in) pada paras kelasa, manakala betina pula setinggi sekitar 58–66 cm (23–26 in); tinggi ideal menurut piawaian baka antarabangsa adalah dalam julat 66–68 cm (26–27 in) dan 60–63 cm (24–25 in) masing-masing.[13][14] Berat adalah hampir-hampir dalam julat 35–55 kg (77–121 lb) untuk jantan dan 35–45 kg (77–99 lb) untuk betina.[16]

Trait fizikal

[sunting | sunting sumber]

Sebagai baka yang dianggap sebagai baka bermulut kering,[9] anjing gunung Bern adalah lebih panjang sedikit daripada ketinggiannya, sangat berotot, dengan belakang kuat dan lebar.[10] Kepala anjing gunung Bern adalah rata di bahagian atas dengan stop sederhana dan telinganya bersaiz sederhana, berbentuk segi tiga, terletak tinggi-tinggi, dan membulat di puncak. Giginya memiliki gigitan gunting. Tungkai anjing gunung Bern adalah lurus dan kuat dengan jari kaki bulat dan melengkung. Kuku embun anjing gunung Bern kerap ditanggalkan. Ekor lebatnya terangkat rendah-rendah.

Kesihatan

[sunting | sunting sumber]

Masalah perubatan

[sunting | sunting sumber]
Anjing dengan heterokromia iridum

Anjing gunung Bern mempunyai kekerapan tinggi bagi neoplasia. Sebuah kajian mendapati bahawa 55% daripada jumlah kematian dapat diatributkan kepada kanser.[17] Baka ini mempunyai prevalens tinggi bagi displasia siku,[18] dengan kajian yang menyatakan prevalens daripada 13.91% hingga 26%.[19][20][21] Satu alel bagi gen SOD1: SOD1:c.52T hanya pernah ditemukan pada anjing gunung Bern dengan 3.5% daripada jumlah anjing gunung Bern yang mempunyai alel ini. Mutasi ini dikaitkan dengan mielopati degeneratif anjing. Satu lagi mutasi yang dikaitkan dengan keadaan ini — namun tidak eksklusif kepada baka ini — mempunyai prevalens sebanyak 38% pada anjing gunung Bern.[22] Anjing gunung Bern mempunyai prevalens meningkat bagi glomerulonefritis berantarakan imun.[23] Sebuah kajian Switzerland mendapati bahawa kedua-dua insiden dan mortaliti bagi penyakit ginjal adalah lebih tinggi pada baka ini berbanding dengan mana-mana yang lain — insiden adalah 3.2 kali lebih tinggi berbanding dengan purata dan mortaliti adalah 8.2 kali nilai purata.[23] Baka ini mempunyai risiko tinggi untuk menghidap mastositoma bergred tinggi,[24] dengan sebuah kajian Austria yang mendapati bahawa anjing gunung Bern adalah tiga kali lebih berkemungkinan untuk menghidap keadaan ini berbanding dengan populasi umum.[25]

Histiositosis ialah satu kumpulan jarang bagi kecelaruan yang melibatkan tokokan histiosit di dalam tisu dan organ yang menyebabkan kerosakan terhadap tisu atau organ itu. Ini mungkin benigna atau malignan.[26] Histiositosis malignan ialah penyakit kanser berbilang sistem cepat progresif yang menjejaskan anjing gunung Bern. Ini merupakan penyakit keluarga dengan nilai kebolehwarisan sebanyak 0.298 dan menyumbangkan seperempat daripada semua tumor pada baka ini.[27] Keadaan histiositosis lain seperti histiositosis sistemik dan histiositosis kutis adalah lebih prevalen pada baka ini.[27] Mutasi yang telah dikenal pasti yang dipercayai memainkan peranan merupakan mutasi terhadap gen-gen yang membantu menindas tumor, termasuk: CDKN2A/B, PTEN, dan RB1. Satu lagi mutasi berkaitan adalah dengan gen PTPN11, yang diketahui berkaitan dengan histiositosis dan kanser pada manusia.[28]

Anjing gunung Bern ialah salah satu baka yang lebih lazim terjejas akibat penyakit von Willebrand jenis I.[29]

Jangka hayat

[sunting | sunting sumber]

Walaupun baka lebih besar mempunyai jangka hayat lebih rendah berbanding dengan baka lebih kecil, jangka hayat anjing gunung Bern adalah masih rendah walaupun berbanding dengan baka dengan saiz serupa.[30]

  • Dalam sebuah kajian Switzerland tahun 2016, jangka hayat didapati sebanyak 8.4 tahun, berdasarkan kematian bagi 381 daripada 389 ekor anjing dalam kajian.[30]
  • Sebuah kajian Belanda tahun 2013 mendapati jangka hayat sebanyak 8 tahun.[17]
  • Sebuah kajian United Kingdom tahun 2024 pula mendapati jangka hayat sebanyak 10.1 tahun berbanding dengan 12 tahun untuk baka silang dan 12.7 tahun untuk baka tulen.[31]
  • Sebuah kajian Perancis tahun 2013 mendapati jangka hayat sebanyak 8.1 tahun.[2]
  • Sebuah kajian Sweden dari tahun 2005 mendapati bahawa 72% daripada jumlah anjing gunung Bern telah mati sebelum mencapai usia 10 tahun.[32]

Penjagaan

[sunting | sunting sumber]

Perangai tenang anjing gunung Bern menjadikannya amat sesuai untuk menarik kereta beroda atau gerabak kecil, yang merupakan tugas yang dilakukan olehnya pada asalnya di Switzerland. Dengan pelatihan betul, ia seronok membawa kanak-kanak yang menaiki kereta beroda tarikan atau menyertai perarakan, seperti perarakan percutian Conway, New Hampshire.[33] Kelab-kelab anjing gunung Bern rantauan kerap menawarkan bengkel carting.[34] Pertandingan carting diadakan untuk baka ini.[c]

Pada 1 Julai 2010, anjing gunung Bern menjadi layak untuk bertanding dalam Acara Penggembalaan AKC. Naluri dan kebolehlatihan penggembalaan dapat diukur dalam ujian penggembalaan tanpa persaingan. Anjing gunung Bern yang menunjukkan naluri penggembalaan asasi dapat dilatih untuk bertanding dalam ujian penggembalaan.[35]

Baka ini "bertenaga, berperhatian, terburu-buru", tetapi tidak cenderung untuk menggigit. Ia cenderung untuk menjadi terikat dengan satu orang dan mempunyai keraguan semula jadi terhadap orang asing.[36] Di Switzerland, ia cemerlang dalam penjagaan kawanan ternakan, terutamanya di rantau berbukit-bukau. Ia tidak mudah penat, kerap tidak mudah dikawal, tahan terhadap musim sejuk paling sejuk, dan merupakan penjaga cemerlang bagi kandang atau rumah. Ia telah digunakan oleh pihak polis di Switzerland.[36]

  1. Jawi: انجيڠ ݢونوڠ بيرن, انجيڠ لمبو بيرن; Jerman: Berner Sennenhund; Perancis: bouvier bernois; Itali: bovaro del bernese; bahasa Inggeris: Bernese mountain dog, Bernese cattle dog
  2. Jawi: انجيڠ دوربخ, دوربيخلر; Jerman: Dürrbachhund, Dürrbächler
  3. Contohnya, Bernese Mountain Dog Club of America menawarkan ujian drafting yang terbuka kepada semua baka; anjing dapat memperoleh lapan gelaran berlainan—empat gelaran sebagai anjing individual (Novice Draft Dog, Advanced Novice Draft Dog, Draft Dog, dan Master Draft Dog) dan empat lagi gelaran berpasangan, yang melibatkan dua ekor anjing yang mengerjakan sebuah kereta beroda bersama-sama. Kelab-kelab anjing gunung Bern rantauan kerap menawarkan bengkel carting.[34]
  1. Borge, Kaja Sverdrup; Tønnessen, Ragnhild; Nødtvedt, Ane; Indrebø, Astrid (31 Disember 2010). "Litter size at birth in purebred dogs—A retrospective study of 224 breeds" [Saiz perinduk semasa kelahiran pada anjing baka tulen—Kajian retrospektif tentang 224 baka]. Theriogenology (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 75 (5): 911–919. doi:10.1016/j.theriogenology.2010.10.034. hdl:11250/4457722. ISSN 1879-3231. PMID 21196028. S2CID 2880229. "n=137, saiz perinduk=6.4, julat 1–15"
  2. 1 2 Leroy, Grégoire; Phocas, Florence; Hédan, Benoît; Verrier, Étienne; Rognon, Xavier (18 November 2014). "Inbreeding impact on litter size and survival in selected canine breeds" [Impak pembiakbakaan dalam terhadap saiz dan kemandirian perinduk pada baka anjing terpilih]. The Veterinary Journal (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 203 (1): 74–78. doi:10.1016/j.tvjl.2014.11.008. ISSN 1532-2971. PMID 25475165. S2CID 27631883.
  3. "KBS" (dalam bahasa Inggeris). Schweizerischer Klub für Berner Sennenhunde. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Julai 2011. Dicapai pada 17 Julai 2013.
  4. "Bernese Mountain Dog, historical pictures" [Anjing Gunung Bern, gambar bersejarah] (dalam bahasa Inggeris). Muzium Sejarah Semula Jadi Bern. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Januari 2011. Dicapai pada 9 Januari 2024. Perhatikan keragaman penampilan bagi jenis asli.
  5. "Bernese Mountain Dog" [Anjing Gunung Bern] (dalam bahasa Inggeris). Muzium Sejarah Semula Jadi Bern. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Oktober 2012. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  6. Bennett Woolf, Norma. "Bernese Mountain Dog: Stunning to look at, not so easy to own" [Anjing gunung Bern: Memukau pada pandangan, tidak begitu mudah dimiliki] (dalam bahasa Inggeris). Canismajor.com. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  7. Wilcox, Bonnie; Walkowicz, Chris (1993). "Bernese Mountain Dog" [Anjing Gunung Bern]. The Atlas of Dog Breeds of the World [Atlas Baka Anjing di Dunia] (dalam bahasa Inggeris). 1 (ed. ke-4). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. m/s. 188. ISBN 9780866228558. OCLC 29808679.
  8. Fogle, Bruce (15 Julai 2013). Dennis-Bryan, Kim (penyunting). The Dog Encyclopedia: The Definitive Visual Guide [Ensiklopedia Anjing: Panduan Visual Muktamad] (dalam bahasa Inggeris). Disumbangkan oleh Ann Baggaley dan Katie John. (ed. berilustrasi). New York, New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley Publishing. ISBN 9781465408440. OCLC 812257274.
  9. 1 2 3 "Bernese Mountain Dog" [Anjing Gunung Bern] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  10. 1 2 3 "Working Group" [Kumpulan Pekerja] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 4 Januari 2025.
  11. Haid, Melanie (18 Mac 2025). "The Most Popular Dog Breeds of 2024" [Baka Anjing Paling Popular 2024] (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 8 November 2025.
  12. "Welpenstatistik" [Statistik anak anjing] (dalam bahasa Jerman). Dortmund, Jerman: Verband für das Deutsche Hundewesen. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  13. 1 2 "FCI - Standard Nr. 45 BERNER SENNENHUND (Dürrbächler)" [Piawaian FCI No. 45 Anjing Gunung Bern (Anjing Dürrbach)] (pdf) (dalam bahasa Jerman). Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 5 Mei 2003. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  14. 1 2 "FCI-Standard N° 45 BERNER SENNENHUND, DÜRRBÄCHLER (Bernese Mountain Dog)" [Piawaian FCI No. 45 Anjing Gunung Bern (Anjing Dürrbach)] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Davis, Peggy. Disemak oleh Elke Peper. Thuin, Belgium: Persekutuan Kinologi Antarabangsa. 5 Mei 2003. Dicapai pada 9 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
  15. "Official Standard of the Bernese Mountain Dog" [Piawaian Rasmi Anjing Gunung Bern] (pdf) (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. 10 Februari 1990. Dicapai pada 4 Januari 2025.
  16. "BERNESE MOUNTAIN DOG PROFILE" [PROFIL ANJING GUNUNG BERN] (dalam bahasa Inggeris). The Bernese Breeders Association of Great Britain. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 April 2015. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  17. 1 2 Erich, Suzanne Agnes; Rutteman, Gerard Roel; Teske, Erik (1 Oktober 2013). "Causes of death and the impact of histiocytic sarcoma on the life expectancy of the Dutch population of Bernese mountain dogs and Flat-coated retrievers" [Punca-punca kematian dan impak sarkoma histiosit terhadap jangka hayat populasi Belanda anjing gunung Bern dan anjing pengutip berbulu rata]. The Veterinary Journal (dalam bahasa Inggeris). Elsevier. 198 (3): 678–683. doi:10.1016/j.tvjl.2013.09.062. ISSN 1532-2971. PMID 24231621. S2CID 45776637.
  18. Coopman, Frank O. J.; Verhoeven, Geert E. C.; Saunders, Jimmy H.; Duchateau, Luc; van Bree, Henri Jacques Johan (29 November 2008). "Prevalence of hip dysplasia, elbow dysplasia and humeral head osteochondrosis in dog breeds in Belgium" [Prevalens displasia pinggul, displasia siku, dan osteokondrosis kepala humerus pada baka anjing di Belgium]. Veterinary Record (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 163 (22): 654–658. doi:10.1136/vr.163.22.654. hdl:1854/LU-527992. ISSN 2042-7670. PMID 19043090. S2CID 3112974.
  19. Roels, Joséphine; Genevois, Jean-Pierre; Fostier-Humbert, Mathilde; Porsmoguer, Charles; Blondel, Margaux; Chanoit, Guillaume P. A.; Fau, Didier J.; Cachon, Thibaut (26 Mac 2024). "Prevalence of elbow dysplasia in 13 dog breeds in France: a retrospective radiographic study (2002–2022)" [Prevalens displasia siku pada 13 baka anjing di Perancis: kajian radiografi retrospektif (2002–2022)]. American Journal of Veterinary Research (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. 85 (6): 1–8. doi:10.2460/ajvr.23.12.0290. ISSN 1943-5681. PMID 38518402 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 268635623 Check |s2cid= value (bantuan).
  20. Bellumori, Thomas P.; Famula, Thomas Richard; Bannasch, Danika Lynne; Belanger, Janelle Maria; Oberbauer, Anita M. (1 Jun 2013). "Prevalence of inherited disorders among mixed-breed and purebred dogs: 27,254 cases (1995–2010)" [Prevalens kecelaruan terwaris dalam kalangan anjing baka kacuk dan baka tulen: 27,254 kes (1995–2010)]. Journal of the American Veterinary Medical Association (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perubatan Veterinar Amerika. 242 (11): 1549–1555. doi:10.2460/javma.242.11.1549. ISSN 1943-569X. PMID 23683021. S2CID 23592660.
  21. Oberbauer, Anita M.; Keller, G. Gregory; Famula, Thomas Richard (24 Februari 2017). Loor, Juan Jose (penyunting). "Long-term genetic selection reduced prevalence of hip and elbow dysplasia in 60 dog breeds" [Pemilihan genetik jangka panjang mengurangkan prevalens displasia pinggul dan displasia siku pada 60 baka anjing]. PLOS One (dalam bahasa Inggeris). PLOS. 12 (2). Bibcode:2017PLoSO..1272918O. doi:10.1371/journal.pone.0172918. ISSN 1932-6203. PMC 5325577. PMID 28234985. S2CID 45459111. Unknown parameter |article-number= ignored (bantuan)
  22. Zeng, Rong; Coates, Joan Ripley; Johnson, Gayle Christy; Hansen, Liz; Awano, Tomoyuki; Kolicheski, Ana Leticia; Ivansson, Emma L.; Perloski, Michele; Lindblad-Toh, Kerstin; O'Brien, Dennis P.; Guo, Juyuan Jenny; Katz, Martin L.; Johnson, Gary Steven (13 Februari 2014). "Breed Distribution of SOD1 Alleles Previously Associated with Canine Degenerative Myelopathy" [Taburan Baka bagi Alel SOD1 yang Sebelum Ini Dikaitkan dengan Mielopati Degeneratif Anjing]. Journal of Veterinary Internal Medicine (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 28 (2): 515–521. doi:10.1111/jvim.12317. ISSN 1939-1676. PMC 4238831. PMID 24524809. S2CID 16890175.
  23. 1 2 Pelander, Lena; Ljungvall, Ingrid; Egenvall, Agneta; Syme, Harriet Merlin; Elliott, Jonathan; Häggström, Jens (20 Jun 2015). "Incidence of and mortality from kidney disease in over 600,000 insured Swedish dogs" [Insiden dan mortaliti penyakit ginjal pada lebih daripada 600,000 ekor anjing insured Sweden]. Veterinary Record (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 176 (25): 656. doi:10.1136/vr.103059. ISSN 2042-7670. PMID 25940343. S2CID 25622105.
  24. Bellamy, Edward J.; Berlato, Davide (20 Oktober 2021). "Canine cutaneous and subcutaneous mast cell tumours: a narrative review" [Tumor sel masta kutis dan subkutis anjing: ulasan naratif]. Journal of Small Animal Practice (dalam bahasa Inggeris). Wiley. 63 (7): 497–511. doi:10.1111/jsap.13444. ISSN 1748-5827. PMID 34671978 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 239050924 Check |s2cid= value (bantuan).
  25. Leidinger, Ernst F.; Freeman, Kathleen P.; Kirtz, Georges C.; Hooijberg, Emma Henriette; Sick, Kurt (2014). "Breed related odds ratio and anatomic distribution of canine mast cell tumours in Austria: Retrospective study of cases in the years 2000–2010 = Rassenspezifische Odds Ratio and anatomische Verteilung von Mastzelltumoren beim Hund – Retrospektive Auswertung von Fällen in den Jahren 2000–2010" [Nisbah kemungkinan berkaitan dengan baka dan taburan anatomi bagi tumor sel masta anjing di Austria: Kajian retrospektif tentang kes pada tahun 2000–2010 = Nisbah kemungkinan spesifik baka dan taburan anatomi bagi tumor sel masta pada anjing: Analisis retrospektif bagi kes pada tahun 2000–2010]. Tierärztliche Praxis Ausgabe K: Kleintiere / Heimtiere (dalam bahasa Inggeris). Thieme. 42 (6): 367–373. doi:10.15654/TPK-140165. ISSN 2567-5842. PMID 25418504. S2CID 21783889.
  26. "histiocytosis". NCI's Dictionary of Cancer Terms (dalam bahasa Inggeris). Institut Kanser Kebangsaan. Dicapai pada 13 Mac 2024.
  27. 1 2 Rhodes, Karen Helton; Werner, Alexander H. (25 Januari 2011). Blackwell's Five-Minute Veterinary Consult Clinical Companion: Small Animal Dermatology [Teman Klinikal Rujukan Veterinar Lima Minit Blackwell: Dermatologi Haiwan Kecil] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-2). Ames, Iowa, Amerika Syarikat: Wiley-Blackwell. m/s. 382–383. ISBN 9780813815961. OCLC 645598149.
  28. Moore, Peter F. (4 Mac 2022). "74-Histiocytic Proliferative Diseases of Dogs and Cats" [74-Penyakit Proliferatif Histiosit bagi Anjing dan Kucing]. Dalam Brooks, Marjory B.; Harr, Kendal E.; Seelig, Davis M.; Wardrop, K. Jane; Weiss, Douglas J. (penyunting). Schalm's Veterinary Hematology [Hematologi Veterinar Schalm] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-7). Hoboken, New Jersey, Amerika Syarikat: Wiley. m/s. 641. doi:10.1002/9781119500537.ch74. ISBN 9781119500506. OCLC 1230522162.
  29. Oliver, James Andrew Clive; Mellersh, Cathryn Suzanne (14 Disember 2020). "Genetics" [Genetik]. Dalam Cooper, Barbara; Mullineaux, Elizabeth; Turner, Lynn (penyunting). BSAVA Textbook of Veterinary Nursing [Buku Teks Kejururawatan Veterinar BSAVA] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-6). Gloucester, United Kingdom: British Small Animal Veterinary Association. m/s. 131. ISBN 9781910443392. OCLC 1197697572.
  30. 1 2 Klopfenstein, Michael; Howard, Judith; Rossetti, Menga Corina; Geissbühler, Urs (25 Julai 2016). "Life expectancy and causes of death in Bernese mountain dogs in Switzerland" [Jangka hayat dan punca kematian pada anjing gunung Bern di Switzerland]. BMC Veterinary Research (dalam bahasa Inggeris). BioMed Central. 12 (1). doi:10.1186/s12917-016-0782-9. ISSN 1746-6148. PMC 4960675. PMID 27457701. S2CID 3946256. Unknown parameter |article-number= ignored (bantuan)
  31. McMillan, Kirsten Marie; Bielby, Jon; Williams, Carys Louisa; Upjohn, Melissa Mary; Casey, Rachel Alison; Christley, Robert Matthew (1 Februari 2024). "Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death" [Kelanjutan usia baka anjing teman: yang berisiko untuk kematian awal]. Scientific Reports (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 14 (1). Bibcode:2024NatSR..14..531M. doi:10.1038/s41598-023-50458-w. ISSN 2045-2322. PMC 10834484 Check |pmc= value (bantuan). PMID 38302530 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 267382263 Check |s2cid= value (bantuan). Unknown parameter |article-number= ignored (bantuan)
  32. Egenvall, Agneta; Bonnett, Brenda N.; Hedhammar, Åke; Olson, Pekka (30 September 2005). "Mortality in over 350,000 Insured Swedish Dogs from 1995–2000: II. Breed-Specific Age and Survival Patterns and Relative Risk for Causes of Death = Mortalitet hos hund baserad på data från över 350 000 svenska hundar försäkrade under 1995 till 2000: II. Rasspecifika ålders och överlevnadsmönster och relativ risk för olika dödsorsaker" [Mortaliti pada lebih daripada 350,000 ekor Anjing Insured Sweden dari 1995–2000: II. Pola Usia dan Kemandirian Spesifik Baka dan Risiko Relatif untuk Punca Kematian = Mortaliti pada Anjing Berdasarkan Data daripada Lebih daripada 350,000 Ekor Anjing Sweden semasa Tahun 1995 hingga Tahun 2000: II. Pola Usia dan Kemandirian Spesifik Baka dan Risiko Relatif untuk Punca Kematian Berlainan]. Acta Veterinaria Scandinavica (dalam bahasa Inggeris). BioMed Central. 46 (3): 121–136. doi:10.1186/1751-0147-46-121. ISSN 1751-0147. PMC 1624818. PMID 16261925. S2CID 15198478.
  33. Young-Knox, Sara (2 Disember 2012). "Conway celebrates with jolly holiday parade" [Conway raya dengan perarakan percutian riang] (dalam bahasa Inggeris). New Hampshire Union Leader. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Disember 2013. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  34. 1 2 "Afghan Hound, Alaskan Malamute, Bernese Mountain Dog, Cairn Terrier, Portuguese Water Dog" [Anjing Pemburu Afghan, Malamut Alaska, Anjing Gunung Bern, Cairn Terrier, Anjing Air Portugis]. Dogs 101. Musim 2. Episod 4 (dalam bahasa Inggeris). 24 Oktober 2009. 60 minit pada. Animal Planet.
  35. Hartnagle-Taylor, Jeanne Joy; Taylor, Ty (2010). Stockdog Savvy [Selok-belok Anjing Ternakan] (dalam bahasa Inggeris). Crawford, Colorado, Amerika Syarikat: Alpine Publications. m/s. 300. ISBN 9781577791065. OCLC 456420606.
  36. 1 2 Pugnetti, Gino (15 November 1980). Schuler, Elizabeth Meriwether (penyunting). Simon & Schuster's Guide to Dogs [Panduan Simon & Schuster untuk Anjing] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Simon & Schuster. m/s. 45–46. ISBN 9780671255275. OCLC 778984341.

Bacaan lanjut

[sunting | sunting sumber]
  • Christiansen, Amy (2004). A New Owner's Guide to Bernese Mountain Dogs [Panduan Pemilik Baharu untuk Anjing Gunung Bern] (dalam bahasa Inggeris). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. m/s. 160. ISBN 9780793828180. OCLC 54371813.
  • Cochrane, Diana (1987). The Bernese Mountain Dog [Anjing Gunung Bern] (dalam bahasa Inggeris). Warwickshire, United Kingdom: Diana Cochrane Publications. m/s. 210. ISBN 9780951220603. OCLC 21081807.
  • Crawford, Julia M. (13 Jun 2000). The Bernese Mountain Dog: An Owner's Guide to a Happy Healthy Pet [Anjing Gunung Bern: Panduan Pemilik untuk Haiwan Peliharaan Sihat Bahagia] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. ISBN 9781582451626. OCLC 1005475470.
  • Fogle, Bruce (1 Mac 2002). Dogalog (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1). New York, New York, Amerika Syarikat: Dorling Kindersley Publishing. m/s. 340. ISBN 9780789483942. OCLC 49559015.
  • Guenter, Bernd (1 April 2004). The Bernese Mountain Dog: A Dog of Destiny [Anjing Gunung Bern: Anjing Takdir] (dalam bahasa Inggeris). Phoenix, Arizona, Amerika Syarikat: Doral Publishing. ISBN 9780974540733. OCLC 55084013.
  • Harper, Louise (1 Mac 2004). Bernese Mountain Dog: A Comprehensive Guide to Owning and Caring for Your Dog [Anjing Gunung Bern: Panduan Komprehensif untuk Memiliki dan Menjaga Anjing Anda] (dalam bahasa Inggeris). Allenhurst, New Jersey, Amerika Syarikat: Kennel Club Books. m/s. 160. ISBN 9781593782894. OCLC 56835521.
  • Hartnagle-Taylor, Jeanne Joy; Taylor, Ty (2010). Stockdog Savvy [Selok-belok Anjing Ternakan] (dalam bahasa Inggeris). Crawford, Colorado, Amerika Syarikat: Alpine Publications. m/s. 300. ISBN 9781577791065. OCLC 456420606.
  • Ludwig, Gerd (10 Julai 1995). The Bernese and Other Mountain Dogs: A Complete Pet Owner's Manual [Anjing Gunung Bern dan Anjing Gunung Lain: Panduan Lengkap Pemilik Haiwan Peliharaan] (dalam bahasa Inggeris). Hauppauge, New York, Amerika Syarikat: B.E.S. Publishing. m/s. 64. ISBN 9780812091359. OCLC 31867288.
  • Mehus-Roe, Kristin (Mei 2005). The Original Dog Bible: The Definitive Source for All Things Dog [Kitab Anjing Asli: Sumber Muktamad untuk Semua Hal Anjing] (dalam bahasa Inggeris). Irvine, California, Amerika Syarikat: BowTie Press. m/s. 258. ISBN 9781931993340. OCLC 55078871.
  • Ostermiller, Lilian (1994). Bernese Mountain Dog [Anjing Gunung Bern] (dalam bahasa Inggeris). Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. m/s. 192. ISBN 9780866225724. OCLC 31019709.
  • Petch, Paddy (1992). The Bernese Mountain Dog [Anjing Gunung Bern] (dalam bahasa Inggeris). Dickson Price. m/s. 160. ISBN 9780853801528. OCLC 24719895.
  • Pustova, Nina (20 Jun 2023). Bernese Mountain [Anjing Gunung Bern] (dalam bahasa Inggeris). Nina Pustova. ISBN 9798399069197.
  • Russ, Diane; Rogers, Shirle (1993). The Beautiful Bernese Mountain Dogs: A Complete American Handbook [Anjing Gunung Bern yang Cantik: Buku Panduan Lengkap Amerika] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1). Loveland, Colorado, Amerika Syarikat: Alpine Publications. m/s. 248. ISBN 9780931866555. OCLC 27338005.
  • Simonds, Jude (1990). The Complete Bernese Mountain Dog [Anjing Gunung Bern Lengkap] (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1 Amerika). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. m/s. 160. ISBN 9780876050507. OCLC 20318221.
  • Smith, Sharon Chesnutt (19 April 1995). The New Bernese Mountain Dog [Anjing Gunung Bern Baharu] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. m/s. 272. ISBN 9780876050750. OCLC 30517895.
  • Tedeschi, Silvana Vogel (2010). The Bernese Mountain Dog Yesterday and Today [Anjing Gunung Bern Dahulu dan Kini] (dalam bahasa Inggeris). Tenno, Itali: Edizioni Al Trovante. ISBN 9788890165818. OCLC 817126660.
  • Willis, Malcolm Beverly (3 Februari 1999). The Bernese Mountain Dog Today [Anjing Gunung Bern Kini] (dalam bahasa Inggeris). New York, New York, Amerika Syarikat: Howell Book House. m/s. 184. ISBN 9781582450384. OCLC 39534191.