Pergi ke kandungan

Anjing gembala Kaukasus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing gembala Kaukasus
Nama lain
  • Anjing gunung Kaukasus
Trait
Berat Jantan minimum 50 kilogram (110 lb)
Betina minimum 45 kilogram (100 lb)
Tinggi Jantan 72–75 sentimeter (28–30 in) diutamakan
minimum 68 sentimeter (27 in)
Betina 67–70 sentimeter (26–28 in) diutamakan
minimum 64 sentimeter (25 in)
Bulu lapis bulu lurus, kasar, mencacak dengan lapis bulu bawah cukup terbentuk
Warna sebarang warna padu, piebald, atau warna bertompok, kecuali hati, biru, dan hitam legam
Jangka hayat 5.4 tahun pada purata
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing gembala Kaukasus[a] ialah satu baka anjing penjaga haiwan ternakan yang asli di rantau Kaukasus, khususnya Georgia, Armenia, Azerbaijan, dan Dagestan.[1] Ia dibiakbakakan di Kesatuan Soviet dari sekitar tahun 1920 daripada anjing-anjing Pergunungan Kaukasus dan rantau-rantau steppe di Rusia Selatan.[2] Pergunungan Kaukasus di Georgia dahulunya pernah menjadi rantau utama bagi taburan anjing gembala Kaukasus, dari segi bilangan dan kualiti anjing yang hadir di kawasan itu.[1]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Selama berabad-abad, anjing yang serupa dengan anjing gunung Kaukasus telah berkhidmat kepada para gembala di Pergunungan Kaukasus sebagai anjing penjaga haiwan ternakan,[3]:269 yang melindungi biri-biri daripada pemangsa, terutamanya serigala dan manusia pencuri biri-biri.[4]:399 Anjing-anjing ini tertabur di serata kawasan luas dan terdapat banyak variasi rantauan: yang di Azerbaijan agak tinggi dan berbinaan ringan; yang di Dagestan adalah lebih kecil dan kira-kira bergaris luar segi empat sama; bekas wilayah ASSR Checheno-Ingush, kini Ingushetia dan Chechnya, bertubuh berat dan sangat besar.[5]:58 Anjing dari Georgia diterima secara meluas sebagai anjing yang lebih baik dan lebih seragam daripada anjing dari wilayah lain.[5]:58

Semasa abad kedua puluh, pembiak baka Soviet memilih sesetengah keragaman ini dalam kalangan anjing Kaukasus dan menghasilkan baka anjing gembala Kaukasus. Anjing gembala Kaukasus pertama kali diperihalkan oleh ahli kinologi Rusia Aleksandr Mazover,[perlu rujukan] yang mencatatkan bahawa pusat taburan baka ini, dari segi bilangan dan kualiti, ialah Georgia, Azerbaijan, Armenia, dan Dagestan.[1] Walaupun anjing dari kawasan berlainan di rantau ini mengongsi ciri-ciri umum yang terdapat kini pada anjing gembala Kaukasus, anjing gembala Kaukasus dari Georgia dianggap sebagai contoh terbaik bagi baka ini kerana saiz, struktur muskuloskeletal berkuasa, dan bulu panjang menarik. Atas sebab ini, SSR Georgia menjadi rantau utama untuk membiakbakakan anjing gembala Kaukasus di Kesatuan Soviet.[1]

Baka ini diterima secara muktamad oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa pada tahun 1984 di bawah naungan Kesatuan Soviet.[6]

Ciri[sunting | sunting sumber]

Anjing gembala Kaukasus ialah anjing besar yang biasanya berukuran seberat 45–70 kg (99–154 lb).[7]:71 Ketinggian pilihan pada paras kelasa adalah dalam julat 67–70 cm (26–28 in) untuk betina dan 72–75 cm (28–30 in) untuk jantan;[2] ketinggian dan berat minimum untuk pendaftaran merupakan 64 cm (25 in) dan 40 kg (88 lb) untuk betina dan 68 cm (27 in) dan 50 kg (110 lb) untuk jantan.[2] Kelanjutan usia dilaporkan pada tahun 2020 pada 10–11 tahun;[7]:71 sebuah kajian yang diterbitkan pada tahun 2024 mendapati jangka hayat median sebanyak 5.4 tahun, angka paling rendah pada semua baka yang dikaji.[8]

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Anjing gembala Kaukasus pernah berkhidmat sebagai anjing pengawal dan anjing pemburu beruang dan kini ia bekerja sebagai anjing pengawal penjara di Rusia.[9]

Sekatan[sunting | sunting sumber]

Baka ini dilarang di Denmark.[10] dan tertakluk kepada sekatan di Rusia.[11]

Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Sebuah kajian di United Kingdom mendapati jangka hayat sebanyak 5.4 tahun untuk baka ini yang merupakan angka paling rendah antara kesemua 155 baka yang disertakan; walau bagaimanapun, saiz sampel hanyalah 22 ekor anjing.[8]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: انجيڠ ݢمبالا کاوکاسوس; Rusia: кавка́зская овча́рка, rumi: kavkázskaja ovčárka; Bahasa Georgia: კავკასიური ნაგაზი; Azeri: Qafqaz çoban iti; Qafqaz ovçarkası; Bahasa Armenia: կովկասյան հովվաշուն; bahasa Inggeris: Caucasian shepherd dog; Caucasian shepherd; Caucasian sheepdog; Caucasian ovcharka

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Aleksandr, Mazover. Племенное дело в служебном собаководстве (Breeding of working dogs) (dalam bahasa Rusia). m/s. 2, 3. Dicapai pada 9 Januari 2024.
  2. ^ a b c "FCI-Standard N° 328 KAVKAZSKAÏA OVTCHARKA (Caucasian Shepherd Dog)" [Piawaian FCI No. 328 Anjing Gembala Kaukasus] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Anna Samsonova. Disemak oleh Renée Sporre-Willes. 2 Mac 2011. Dicapai pada 9 Januari 2024.CS1 maint: others (link)
  3. ^ Bonnie Wilcox, Chris Walkowicz (1993). Atlas of Dog Breeds of the World (Inggeris), edisi keempat. Neptune City, New Jersey, Amerika Syarikat: TFH Publications. ISBN 0866228551
  4. ^ Desmond Morris (2002). Dogs: A Dictionary of Dog Breeds (Inggeris). North Pomfret, Vermont, Amerika Syarikat: Trafalgar Square Publishing. ISBN 9781570762192.
  5. ^ a b David Hancock (2014). Dogs of the Shepherds: a Review of the Pastoral Breeds (Inggeris). Ramsbury, Marlborough, Wiltshire: The Crowood Press Ltd. ISBN 9781847978080.
  6. ^ "FCI breeds nomenclature: Kavkazskaïa Ovtcharka (328)". Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Januari 2024.
  7. ^ a b Kim Dennis-Bryan (2020 [2012])). The Complete Dog Breed Book (Inggeris), edisi kedua. London: Dorling Kindersley. ISBN 9780241412732.
  8. ^ a b Kirsten M. McMillan, Jon Bielby, Carys L. Williams, Melissa M. Upjohn, Rachel A. Casey, Robert M. Christley (2024). Longevity of companion dog breeds: those at risk from early death (Inggeris). Scientific Reports. 14, rencana 531. doi:10.1038/s41598-023-50458-w.
  9. ^ "Caucasian shepherd dogs bred for hunting Russian bears go on sale in Northern Ireland for first time". Belfasttelegraph (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 18 Januari 2024.
  10. ^ "Danish Legislation on Dogs". Kementerian Makanan, Pertanian dan Perikanan (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Julai 2013. Dicapai pada 18 Januari 2024.
  11. ^ "Russia's Interior Ministry compiles list of potentially dangerous dog breeds". TASS (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 18 Januari 2024.