Anjing pengawal Moscow

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Anjing pengawal Moscow
Moscowwatchdog.jpg
Nama lain Anjing penjaga Moscow
Negara asal Kesatuan Soviet
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing pengawal Moscow atau anjing penjaga Moscow (Bahasa Rusia: московская сторожевая собака, moskovskaja storoževaja sobaka; Bahasa Inggeris: Moscow watchdog) ialah satu baka anjing yang dibiakbakakan di Kesatuan Soviet. Ia diturunkan daripada silangan antara anjing Santo Bernard, anjing gembala Kaukasus, dan baka anjing pemburu berbintik Rusia. Ia mengandungi saiz fizikal, daya tarikan dan kecerdasan anjing Santo Bernard dan ciri kesedaran dan ketegasan anjing gembala Kaukasus.[1] Baka ini sangat besar dan beratnya adalah antara 100–150 lb (45–68 kg). Ia diketahui merupakan baka besar yang berkuasa dengan perangai lemah lembut, maka jika dibesarkan dengan betul dengan latihan dengan disiplin, anjing pengawal Moscow boleh menyesuaikan diri terhadap mana-mana persekitaran dan menjadi haiwan peliharaan yang melindung.[1] Tidak seperti padanan anjing Santo Bernard modennya, baka ini memerlukan banyak senaman kuat. Ia tidak berliur seperti banyak molosser lain. Sehingga baru-baru ini, anjing pengawal Moscow sangat sukar dijumpai di luar Kesatuan Soviet, walau bagaimanapun kiniTemplat:Bila menjadi lebih popular di Eropah dan baru-baru iniTemplat:Bila tiba di Amerika Syarikat.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 "Moscow Watchdog History". Molosser Dogs: Molossers and Rare Breed. Diperoleh pada 13 Ogos 2013. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]