Arthur Charles Alfred Norman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Arthur Charles Alfred Norman merupakan arkitek Jabatan Kerja Raya (PWD)/(JKR) di Tanah Melayu tahun 1883-1903.[1][2] Beliau adalah perancang dan arkitek penting bagi kebanyakan bangunan penting di ibu kota Kuala Lumpur.Antaranya ialah :

  1. Bangunan Sultan Abdul Samad (1894-97)[3] [4][5]
  2. Cathederal Saint Mary, Kuala Lumpur (1894)[6]
  3. Kelab Selangor (1890)
  4. JKR 92 Memorial Peringatan Kuala Lumur dan Perpustakaan (dahulunya Pejabat Percetakan Kerajaan (1907 09)
  5. Sekolah Victoria Institution (1894)
  6. Sri Carcosa (1897)
  7. Muzium Sejarah Nasional [7]

Semua bangunan ini merupakan bangunan bersejarah dan menjadi tarikan pelancong . oleh itu bangunan-bangunan ini diletakkan di bawah Akta Antikuiti 1976 dan diberi perlindungan dan pemuliharaan. Kebanyakan bangunan yang dibina oleh British mengambil dan meniru seni bina Moor, Tudor, Neo-Classical dan Neo-Gothic. Jabatan Kerja Raya (PWD) bertanggungjawab untuk reka bentuk pelan-pelan bangunan dan penaikan dengan bantuan penyelia tapak projek oleh jurutera-jurutera awam.

Pegawai lain yang turut bertanggungjawab ialah Charles Edwin Spooner sebagai jurutera Negeri dan Pengarah Jabatan Kerja Raya.Lain-lain ialah RAJ Bidwell dan AB Hubback yang telah menyumbang idea-idea rekaan mereka, cadangan-cadangan dan malah menjalankan perincian lukisan-lukisan. Semasa banyak terbitan berkala dan buku telah menggambarkan bangunan-bangunannya.


Riwayat hidup[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 1858 di No 2 Seymour Terrace, Plymouth, England. Antara 1874-1878 menerima pendidikan daripada bapanya Mr Alfred Norman seorang arkitek FRIBA. (Institut Arkitek Diraja British) dan bapanya memiliki syarikat seni bina. BPR Norman juga bekerja sebagai seorang juruukur di bawah En GD Bellamy Consulting Engineer Corporation, Plymouth sehingga umur 20.

1879 beliau bekerja sebagai inspektor bangunan-bangunan dan pengerusi pelukis pelan dan seorang juruukur kepada Borough Engineer, Plymouth. Pada tahun 1881 BPR Norman menjadi ahli sekutu RIBA pada usia 23.

Tahun 1883 BPR Norman dihantar ke Selangor dalam Negeri Melayu Bersekutu sebagai arkitek di bawah jurutera awam HF. Bellamy (abang GD Bellamy) di Jabatan Kerja Raya (PWD).

Susur masa[sunting | sunting sumber]

  1. Tahun 1884 bekerja di PWD.
  2. 1890 pada usia 32, dia dilantik seb agai pakar Arkitek Kerajaan.
  3. 6 oktober 1894 , Bangunan Sultan Abdul Samad dibina di bawah penyeliaan Charles Edwin Spooner, Jurutera Negeri Selangor dan Norman sebagai arkitek. Norman juga dibantu oleh RAJ Bidwell.
  4. St Mary Church, terletak berdekatan Dataran Merdeka direka bentuk oleh Norman .
  5. 27 Mac 1896 Norman menjadi Fellow RIBA pada 28 Mac 1896 .James Hine Plymouth FRIBA, seorang rakan sekerja bapa Norman, menyokong pencalonan Norman sebagai Fellow menjadi Presiden Majlis RIBA .

Pada 30 Mac 1896 Norman telah menyenaraikan semua bangunan utama termasuk kos-kos pembinaan di manan beliau melibatkan diri sebagai arkitek.Ini termasuklah :

Mahkamah Keadilan[sunting | sunting sumber]

Kos pembinaan ialah $ 13,500. Mahkamah itu telah dibina di Weld Hill (Bukit Mahkamah) berhampiran Balai Polis Central di Jalan Pudu pada 1880 . Kemudian pada 1909, Mahkamah itu telah dipindahkan ke Mahkamah Supreme yang juga direka oleh Norman di sebelah Jalan Raja. Mahkamah Keadilan lama itu adalah kemudian dipanjang dan dilebarkan dengan mengambil blok-blok untuk menjadi Mahkamah Polis. Mahkamah Polis terletak Weld Hill atau di Bukit Aman sehingga 1940. Bangunan ini semakin usang dan pada 1982 ia telah diruntuhkan untuk memberi laluan pembinaan Menara Maybank.

Gereja St Mary[sunting | sunting sumber]

Kos pembinaan ialah St Mary Church ialah $ 11,500. Gereja ini menganuti Roman Katholik sebagaimana di England. Gereja ini dibina pada 1894 di utara Dataran Merdeka. Asalnya ialah kandang-kandang berdekatan Selangor Club . Gereja ini mengambil seni reka Gothik awal iaitu gerbang sangga pada luar bagi ruang ibu oktagon, tingkap-tingkap kerawang kaca berwarna , mercu, gerbang-gerbang yang lonjong dan tembok berbaluarti. Suatu ketika dahulu, ia menjadi pusat sosial untuk masyarakat Gereja England di Kuala Lumpur selain SSelangor Club.

Pejabat kerajaan[sunting | sunting sumber]

Kos pembinaan pejabat kerajaan ini ialah (1884) $ 33,000. Pejabat-pejabat kerajaan ini terletak di sebelah lereng Bukit Aman.Asalnya tapak balai polis lama dan berek-berek. Kemujdian dibina ibu pejabat polis yang dikenali kini sebagai Bukit Aman. Pejabat kerajaan ini dipindahkan ke Bangunan Sultan Abdul Samad setelah siap pada tahun 1897.

Bangunan Sultan Abdul Samad[sunting | sunting sumber]

Kos pembinaan Bangunan Sultan Abdul Samad ialah $152,000 dibina pada 1894 hingga 1897. Bangunan Sultan Abdul Samad dinamakan bersempena Sultan Selangor ketika itu.Panjangnya 400 kaki sepanjang Jalan Raja . Asalnya bangunan ini menempatkan Sekretariat Kerajaan Negeri Selangor sahaja. Kemudian ditempatkan Pejabat Perbendaharaan Negeri Selangor, Pejabat Ketua Akauntan dan Pendaftaran Perkahwinan. Pada 1978 digunakan sebagai Jabatan Kehakiman iaitu Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi.

Penjara Pudu[sunting | sunting sumber]

Kos pembinaan Penjara Pudu ialah $320,000. Penjara Pudu atau Pudu Gaol atau Penjara Kuala Lumpur dibina pada 1895 di sudut Jalan Hang Tuah dan Jalan Pudu. Luasnya 8.9 hektar . Penjara ini berbentuk 'X' mengandungi bangunan tiga tingkat dan 240 sel dengan dinding-dinding tebal simen 6 inci , tulang keluli dan batu-bata. Kompleks penjara ini pada mulanya dibina bagi menahan banduan yang melakukan kesalahan jenayah sekitar negeri Selangor. Spooner telah memberi sentuhan seni bina Islam pada pintu gerbang penjara ini.

Pasar Besar Kuala Lumpur[sunting | sunting sumber]

Kos pembinaan Pasar besar ini ialah $ 48,000. Kini ia lebih dikenali sebagai Pasar Seni atau Central Market.

Tahun 1885-86, dua blok seiras pasar basah dibina bagi menggantikan pasar Yap Ah di Medan Pasar. Blok-blok itu telah dibina lebih selesa , luas dan mudah dikunjungi. Pasar basah ini ditukar kepada Kuala Lumpur Central Market di Jalan Hang Kasturi. Reka bentuknya hampir menyamai pasar lama Taiping di Perak dan pasar lama Georgetown di Pulau Pinang. Pada 1930, pasar ini diganti dengan bangunan yang lebih baru.

Balai Polis Bukit Aman[sunting | sunting sumber]

Kos pembinaan Balai Polis ini ialah $ 9,750. Ia menempatkan Pejabat-pejabat polis atau Police Depot iaitu di kawasan Bluff (Bukit Aman) . Depot polis ini telah dibina di atas bukit dan dapat mengawal dan meninjau aktiviti di sekitar Dataran Merdeka, Jalan Tunku Abdul Rahman, aktiviti di Sungai Gombak dan di Sungai Kelang.

Residensi[sunting | sunting sumber]

Kos pembinaan rumah residen British ini ialah $ 34,000. Pada 1880, Bloomfield Douglas, rakyat British menjadi Residen British ke-2 di Selangor memindahkan ibu negeri Selangor dari Klang ke Kuala Lumpur. Pada 1888 rumah residen ini digantikan dengan sebuah banglo dengan cita rasa Eropah - rumah papan sahaja. Bangunan dua tingkat mempunyai siling-siling tinggi, beranda yang selesa, balkoni-balkoni dan tingkap-tingkap besar.

Victoria Institution[sunting | sunting sumber]

Kos pembinaan Victoria Institution ialah $ 16,000. Bangunan asal Victoria Institution dibina pada 1890 di High Street atau Jalan Bandar. Ia kemudian dinamakan Jalan Kinabalu. Pada 1929, sekolah ini dipindahkan ke Jalan Shaw. Bangunan dua tingkat ini kemudian dijadikan Kolej Teknikal Kuala Lumpur. Bangunan lama Victoria Institution kemudiannya telah dirobohkan untuk memberi laluan kepada bangunan lain dan landasan kereta api komuter.

Carcosa Seri Negara[sunting | sunting sumber]

Kos pembinaan Carcosa Seri Negara ialah $ 25,000. Bangunan ini dibina pada 1896-97 bsrsebelahan dengan Lake Garden atau sekarang Tasik Perdana . Bangunan dua tingkat ini dibina sebagai kediaman Sir Frank Swettenham yang menjadi Residen Jenderal British di Selangor dan kemudian beliau menjadi Residen-Jeneral Negeri Melayu Bersekutu. Pada 1901, Frank Swettenham menamakan bangunan ini Carcosa, sempena lagu nyanyian Cassilda yang tercetak dalam buku The King in Yellow (1895). Kerajaan Malaysia telah menukar nama bangunan ini kepada Carcosa Seri Negara dan ketua pemimpin asing dan kenamaan ditempatkan di sini. Bangunan Sri Carcosa ini mengambil seni bina Neo-Gothic dan Tudor mempunyai 8 buah bilik tidur termasuk bilik tidur utama dan bilik-bilik tetamu dan 11 bilik mandi.

Fellow RIBA[sunting | sunting sumber]

Pada 6 Julai 1896, Majlis RIBA mengesahkan pencalonan Norman men jadi Fellow RIBA dan diluluskan pada 18 September 1896. Antara yang hadir ialah arkitek AB Hubback.

  • 1901 Senarai bangunan-bangunan dibina oleh Jabatan Kerja Raya (PWD) telah diserahkan supaya beliau dilantik sebagai Resident HC. Belfield tetapi permohonan itu gagal.
  • 1903 Norman bersara wajib pada usia 45 atas alasan ketidakcekapan.
  • 1904 Norman kembali ke England dan bekerja dengan Boulton dan Paul Bhd di Norwich sehingga 1907. Tahun 1908 dia pulang ke tempat asalnya di Plymouth, England.
  • 1928 Pada usia 70, Norman telah dipilih sebagai Presiden Devon Architectural Society.
  • 1944 17 Oktober, Norman meninggal dunia dan dikebumikan di England pada usia 86.

Kesimpulan[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan hasil kerja BPR Norman berasal dari pengalaman seni bina yang telah diterima daripada bapanya, selain bekerja seperti satu juruukur dan merinyu bangunan di Plymouth, England. Ini memberi keyakinan dalam amalan profesional sebelum berhijrah ke Malaya pada tahun 1883.

Reka bentuk Bangunan Sultan Abdul Samad dibina berasaskan seni bina Moor. Ini adalah kerana ia sangat dipengaruhi oleh Jurutera Negeri, Charles Edwin Spooner yang pernah bekerja di Ceylon. Spooner mencadangkan agar Norman dan Bidwell menukar reka bentuk Classic Eropah kepada gaya Mahometan . Lukisan asan telah diubah dan ditambah agar memenuhi seni bina Moor . Bagaimanapun, semua bangunan-bangunan yang direka oleh Norman di Kuala Lumpur seperti Gereja St Mary, Kelab Selangor dan JKR 92 Memorial Library dan Muzium menyerupaikan gaya seni bina di tanah air beliau England.[8]

Norman berjaya membina bangunan yang sesuai dengan iklim Malaysia , bahan-bahan binaan tempatan dan butiran bangunan. Antaranya ialah siling-siling tinggi, beranda, rungkup luas , kanopi-kanopi, tingkap-tingkap besar dan panel louvered adalah beberapa contoh ciri-ciri seni bina biasa yang muncul dalam bangunan-bangunannya. [9]

Rujukan[sunting | sunting sumber]