Negeri-negeri Melayu Bersekutu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Negeri Melayu Bersekutu)
Jump to navigation Jump to search
Negeri-negeri Melayu Bersekutu
نݢري٢ ملايو برسکوتو
Terdahulu dinaungi oleh United Kingdom

 

 

 

1895–1946
Bendera Jata
Moto
(bahasa Malay: Dipelihara Allah[[Category:Rencana yang mengandungi teks bahasa secara jelas menyebut Bahasa Melayu
Persekutuan Melayu dalam British Malaya
Ibu negara Kuala Lumpur1
Bahasa Bahasa Melayu²
Bahasa Inggeris
Agama Islam
Struktur politik Dinaungi
Monarki British
 •  1837-1901 Victoria
 •  1936-1952 George VI
Residen Persekutuan³
 •  1896-1901 Frank Swettenham
Perundangan Lembaga Perundangan Persekutuan
 •  Aras Negeri Lembaga Negeri
Era sejarah Empayar British
 •  Persekutuan 1895
 •  Perjanjian Persekutuan 1 Julai 1886
 •  Japanese Occupation 1942
 •  Pengunduran Jepun 14 Ogos 1945
 •  Malayan Union 31 Mac 1946
Luas
 •  1921 71,571 km² (27,634 batu²)
Populasi
 •  1921 (anggr.) 1,324,890 
     Ketumpatan 18.5 /km²  (47.9 /batu²)
Mata wang Straits dollar sehingga tahun 1939
Malayan dollar sehingga tahun 1953
Hari ini sebahagian daripada  Malaysia
1 Juga merupakan ibu negeri Selangor
² Bahasa Melayu menggunakan skrip Tulisan Jawi
³ Kemudian Ketua Setiausaha kepada Setiausaha Kerajaan dan Persekutuan
Sebahagian daripada satu siri tentang
Sejarah Malaysia
Kemerdekaan Malaya dan proklamasi penggabungan Borneo Utara dan Sarawak bagi membentuk Malaysia.
 
Portal Malaysia
British Malaya tahun 1922
  •      Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
  •      Negeri-negeri Melayu Bersekutu
  •      Negeri-negeri Selat
  • Negeri-negeri Melayu Bersekutu ialah sebuah sistem persekutuan untuk empat negeri Semenanjung Tanah Melayu iaitu Pahang, Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan. Sistem ini dilaksanakan oleh pihak British pada tahun 1895 dan ia bertahan sehingga tahun 1946, apabila ia bersama-sama dengan Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu digabungkan bagi membentuk Malayan Union. Dua tahun kemudian, Malayan Union dibatalkan dan Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan. Akhirnya pada tahun 1963, Malaysia diasaskan dengan pergabungan bersama Sabah (Borneo Utara), Sarawak dan Singapura.

    Pihak British bertanggunjawab dalam hal ehwal luar negeri dan keselamatan sementara negeri-negeri bertanggungjwab dalam polisi domestik. Walau bagaimanapun, pihak sultan pada realitinya hanya berkuasa dalam hal ehwal agama Islam dan adat resam. Pihak negeri terpaksa mengikut nasihat yang diberikan oleh Residen Jeneral.[1]

    Ibu kota persekutuan ialah Kuala Lumpur yang ketika itu merupakan sebahagian daripada Selangor. Residen Jeneral pertamanya ialah Frank Swettenham.[2]

    Setem pos[sunting | sunting sumber]

    Walaupun kempat-empat negeri mempunyai setem-setem mereka sendiri terdapat beberapa siri setem yang memaparkan persekutuan sebagai satu entiti.

    Bendera[sunting | sunting sumber]

    Replika bendera Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

    Negeri-negeri Melayu Bersekutu mempunyai benderanya yang tersendiri sehinggalah tahun 1946. Bendera itu mempunyai empat jalur yang terdiri daripada empat warna berbeza; mengikut turutan daripada atas ke bawah iaitu putih, merah, kuning, dan hitam. Gabungan mana-mana warna terbabit dapat membentuk warna untuk negeri-negeri terlibat; merah, hitam dan kuning untuk Negeri Sembilan; putih dan hitam untuk Pahang; hitam, putih dan kuning untuk Perak; dan merah dan kuning untuk Selangor.

    Lihat juga[sunting | sunting sumber]

    Rujukan[sunting | sunting sumber]