TV1

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari TV1 (Malaysia))
Jump to navigation Jump to search
RTM TV1
TV 1(Malaysia)baru.png
NegaraMalaysia Malaysia
Ahli gabunganRTB Perdana (Brunei Sahaja)
SloganSaluran Komunikasi Anda
(1978-1986)
Teman Setia Anda
(1987-1990)
Saluran Perdana
(1990-2004)
Saluran Infotainment Anda
(Ogos 2004-Mac 2006)
Saluran Inforia
(April 2006-Disember 2008)
Saluran Informasi
(2009-2011)
Mewarnaimu
(2012-kini)
Ibu pejabatAngkasapuri, Kuala Lumpur, Malaysia
Pengaturcaraan
Pemilikan
PemilikRadio Televisyen Malaysia
Sejarah
Pautan
Laman web[1]
Ketersediaan
Terestrial
Kabel
Satelit
IPTV
Media penstriman
Unifi tvplayTV@unifi
Radio satelit

Radio Televisyen Malaysia 1 atau TV1 merupakan stesen televisyen terestrial nasional di Malaysia yang dimiliki oleh kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, dan dioperasikan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM). TV1 dilancarkan pada 28 Disember 1963. TV1 menawarkan program pendidikan, informasi tempatan, buletin berita, dan rancangan hiburan sama ada dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Ia merupakan saluran televisyen yang pertama dan tertua di Malaysia.

TV1 sebuah stesen televisyen popular RTM telah menjenamakan saluran itu dengan imej dan nama baru kepada Tetap Unggul Mengganti Nama Moto Mewarnaimu (dahulu Saluran Perdana) oleh Menteri Penerangan Malaysia, Dato' Paduka (kini Tan Sri) Abdul Kadir Sheikh Fadzir pada 1 April 2006 yang bertindak sebagai medium kepada kerajaan dalam saluran yang berinformasi itu bagi menyampaikan isu semasa dan juga hiburan seperti drama, rancangan muzik, dan sebagainya kepada rakyat Malaysia.

Usaha menjayakan penjenamaan semula RTM, merupakan usaha bagi memupuk nilai murni yang menjurus kepada pembinaan sahsiah diri yang mantap akan menjadi asas dan teras TV1 yang baru ini.

Pada 1 Januari 2006, saluran ini mempunyai perubahan nama slogan iaitu "Saluran Inforia" dan ditukar kepada RTM1. Perubahan slogan dibuat iaitu "Saluran Inforia" daripada "Saluran Infortainmen Anda" yang mana mengikut polisi kerajaan menggunakan bahasa Melayu sebaik mungkin. "Infortainmen" (perkataannya diambil daripada gabungan perkataan "Informasi"b(perkataan Melayu) dan "Entertainment"(perkataan Inggeris).

Ia merupakan jabatan kerajaan yang tidak mengaut keuntungan dan tiada subjek dalam siaran komersial, TV1 menunjukkan ia selesa ditonton untuk paparan sekeluarga.

Siaran harian bermula 10 minit sebelum Azan Subuh dan berakhir pada 1:00 pagi, manakala siaran 24 jam hanya boleh didapati ketika bulan Ramadhan sahaja.

TV1 kini bersiaran 24 jam setiap hari sepenuhnya sejak 2012.

TV1, TV2 dan stesen radio dikawal oleh RTM yang mana siarannya berpusat di Angkasapuri, Kuala Lumpur.

Buat masa ini, TV1 bersiaran dalam VHF (Frekuensi Lebih Tinggi) Gelombang ke-III dan UHF. Walau bagaimana pun, TV1 masih bersiaran dalam VHF Gelombang pertama di kawasan luar. Di Lembah Kelang, saluran VHF ialah 5. Di Singapura pula, saluran UHF ialah 55 (Siaran Analog akan terakhir pada 1 November 2019).

RTM TV1 juga boleh didapati melalui Astro di Saluran 101 (SD) (sebelum ini saluran 5, kemudian saluran 1). Dari 1972 hingga 1994, TV1 berkongsi masa siaran dengan TV Pendidikan, namun ia dibatalkan selepas 22 tahun bersiaran kerana siaran awal pagi di TV1 diperkenalkan pada April 1994, ia kemudiannya dipindahkan ke TV2.

Rancangan[sunting | sunting sumber]

Sukan[sunting | sunting sumber]

Rancangan Memasak[sunting | sunting sumber]

  • Ketuk-Ketuk Ramadan (Sepanjang Bulan Ramadan) (hingga 2019)

Drama bersiri[sunting | sunting sumber]

  • Slot Bidadari (Setiap Isnin - Jumaat, 3:00 petang)
  • Slot Widuri (Setiap Khamis - Ahad, 7:00 malam)
  • Slot Syukur (Setiap Hari (sepanjang Ramadan), 8:30 malam)

Dokumentari[sunting | sunting sumber]

Telefilem[sunting | sunting sumber]

  • Panggung 1
  • Panggung RTM
  • Panggung Ahad

Jenis berita[sunting | sunting sumber]

Pada hari-hari biasa berita-berita dalam stesen televisyen ini akan bersiaran satu jam secara maksimum. Namun, sesetengah berita tersebut akan bersiaran selama setengah jam pada bulan Ramadan. Kesemua berita ini juga bersiaran di Saluran Berita RTM.

Berita Pagi[sunting | sunting sumber]

Berita Pagi merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang disiarkan pada jam 7.00 pagi. Siaran berita ini merupakan siaran berita yang pertama keudara bagi pada setiap hari. Kebanyakkan beritanya berkisar mengenai kejadian dan isu atau berita-berita yang telah berlaku pada hari sebelumnya. Mulai tahun 2020, ia dibahagikan kepada Berita Pagi Semenanjung (30 minit), Sabah dan Sarawak (masing-masing 15 minit). Ia dikenali sebagai Nasional 7 sebelum tahun 2020.

Berita Radio Bervisual @ Conty News[sunting | sunting sumber]

Berita Radio Bervisual ataupun Conty News merupakan sebuah rancangan berbentuk berita radio yang bersiaran dari Angkasapuri RTM Kuala Lumpur yang disiarkan pada jam 10:00 pagi dan 11:00 pagi setiap hari selama 5 minit. Ia menyiarkan berita-berita dari dalam dan luar negara, ekonomi, sukan, hal ehwal semasa, isu-isu terkini, hiburan. Berita Radio Bervisual juga ialah satu-satunya rancangan berita di Malaysia yang asalnya boleh didengari di Radio RTM melalui Nasional FM tetapi dengan teknologi terkini membolehkan ia divisualkan dan bersiaran di TV RTM.

Berita Semasa 12, 3 dan 4[sunting | sunting sumber]

Berita Semasa 12, 3 dan 4 merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang disiarkan pada jam 12:00 tengah hari (melainkan Jumaat), 3:00 petang dan 4 Petang setiap hari. Ia memaparkan berita-berita semasa yang dikemaskini dari semasa ke semasa dari dalam negara sahaja. Berita Semasa 12, 3 dan 4 pernah dikenali sebagai "Semasa 12 (S12), Semasa 3 (S3) dan Semasa 4 (S4)" pada tahun-tahun yang lalu.

Berita Tengah Hari[sunting | sunting sumber]

Berita Tengah Hari merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang disiarkan selama setengah jam bermula jam 1 tengah hari pada setiap hari melainkan hari jumaat yang bersiaran jam 12 tengah hari untuk memberi laluan kepada solat jumaat. Ia dikenali sebagai Nasional 1 dan Nasional 12 sebelum tahun 2020.

Berita Wilayah atau Berita Petang[sunting | sunting sumber]

Berita Wilayah atau Berita Petang merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang disiarkan pada jam 5:00 petang setiap hari. Ia memaparkan berita-berita yang berkaitan dengan berita-berita tempatan dari negeri-negeri di Malaysia. Ia dikenali sebagai Warta Negeri dan Nasional 5 sebelum tahun 2020.

Nota: Berita Petang hanya diberi pada bulan Ramadhan sahaja kerana tiada laporan berita dari negeri-negeri di Malaysia

Berita Perdana[sunting | sunting sumber]

Berita Perdana merupakan sebuah rancangan berbentuk berita waktu perdana yang disiarkan pada jam 8:00 malam setiap hari. Ia memaparkan berita-berita dari dalam dan luar negara, ekonomi, meteorologi, sukan, hal ehwal semasa, isu-isu terkini, hiburan (terdiri daripada segmen hashtag (#) dan B-Diva. Berita Perdana juga ialah satu-satunya rancangan berita di Malaysia dengan terjemahan melalui seorang penyampai Bahasa Isyarat Malaysia terletak di bawah kanan skrin televisyen. Berita Perdana pernah dikenali sebagai "Warta Perdana" dari tahun 2004 hingga tahun 2008, "Berita Nasional" dari tahun 2009 hingga 2015 dan "Nasional 8" dari tahun 2015 hingga 2020.

Berita Parlimen[sunting | sunting sumber]

Berita Parlimen merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang disiarkan pada jam 10:30 malam setiap hari Isnin hingga Khamis. Ia memaparkan berita-berita dari sesi pembahasan usul di Parlimen, sesi soal jawab lisan, sesi perbentangan belanjawan bagi setiap tahun dan sesi pembahasan. Berita Parlimen baru sahaja diperkenalkan pada tahun 2020 yang bermula pada 13 Julai 2020.

Berita Dunia[sunting | sunting sumber]

Berita Dunia merupakan rancangan berbentuk siaran berita perkembangan luar negara yang disiarkan setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 11 malam. Ia memaparkan berita-berita peperangan, pergolakan, bencana, isu semasa, ekonomi, hiburan dan juga sukan. Ia dikenali sebagai Dunia Hari Ini dan BES Dunia sebelum tahun 2020.

Berita Tengah Malam[sunting | sunting sumber]

Berita Tengah Malam merupakan sebuah rancangan berbentuk berita yang disiarkan selama setengah jam bermula jam 12 tengah malam. Siaran berita ini merupakan siaran berita yang terakhir keudara pada setiap hari. Ia dikenali sebagai Nasional 12 sebelum tahun 2020.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]