Bandar Pasir Mas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bandar Pasir Mas
Daerah di Kelantan
Geografi
Status Mukim
Asal nama N/A
Negeri Kelantan
Daerah Jajahan Pasir Mas
Keluasan N/A


Bandar Pasir Mas merupakan pecahan kawasan pentadbiran bagi negeri Kelantan.

Kelantan dibahagikan kepada beberapa buah daerah dan setiap daerah dibahagikan kepada beberapa mukim (subdaerah).

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Bandar Pasir Mas merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negeri Kelantan, dan juga merupakan satu daripada mukim yang terletak dalam pentadbiran Jajahan Pasir Mas.


Koordinat: 6°02′N 102°08′E / 6.033°N 102.133°E / 6.033; 102.133 Pasir Mas juga merupakan sebuah bandar pentadbiran bagi jajahan Pasir Mas, yang terletak dalam barat negeri Kelantan.

Terdapat sebuah hospital kerajaan di bandar ini yang dibina pada tahun 1981 dan siap pada tahun 1985. Pembukaan Hospital Pasir Mas ini telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra pada 3 Mei 1986 bersamaan dengan 24 Syaaban 1406 Hijrah. Di kalangan warga Pasir Mas, ia masih dikenali sebagai Hopital Lati.

Bandar ini menempatkan stesen keretapi Pasir Mas yang menghubungkan Gemas, Gua Musang dengan Tumpat. Sebuah pusat membeli-belah terletak di bandar ini iaitu Plaza Serangkai Mas. Bandar Pasir Mas berada di tebing sungai Kelantan. Sebuah bulatan menjadi perhubungsan jalan raya penting di pinggir bandar Pasir Mas yang menghubunglan Rantau Panjang, Tanah Merah dan Kota Bharu. Selain Stadium Sultan Mohammed ke IV di Kota Bharu, terdapat satu lagi stadium di Kelantan iaitu Stadium mini di bandar Pasir Mas ini.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]