Bunut Payong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Bunut Payong merupakan sebuah Mukim di Daerah Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan dan terletak tidak jauh dari pekan Wakaf Che Yeh, iaitu salah satu pusat perniagaan yang masyhur di Bandar Kota Bharu. Bunut Payong terletak dalam Parlimen P 021 Kota Bharu. Mukim - mukim lain di daerah Kubang Kerian ialah Demit, Kenali, Langgar, Lundang, Telok Baru, Wakaf Stan, Chicha, Wakaf Siku, dan Pulong. Terdapat sebanyak 131 mukim kesemuanya di jajahan Kota Bharu.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kampung Bunut Payong sekarang adalah terletak dalam Daerah Kubang Kerian. mengikut Sejarah, Kampong ini telah dibuka pada pertengahan abad ke 19 dan terletak dibawah Penguasaan Tuk Raja Lundang. pada umumnya asal Kampung ini adalah entiti sebuah perkampungan kecil yang terletak ditebing muara Sungai Lundang atau sekarang digazet rasmi sebagai Sungai Lubuk Mulong yang merupakan jalan perhubungan utama masyarakat dahulu kala menghubungkan Kuala Kemenyan (Laut) disebelah timur dengan Sungai Kelantan disebelah barat. Batas sempadan asal Kampong Bunut Payong ini bermula dari Cabang Sungai Lubuk Mulong di belakang Sekolah Kebangsaan Bunut Payong di timur dan menganjur sepanjang kawasan tebing Sungai hingga ke sempadan Kampong Paloh disebelah barat. Cabang Sungai tersebut adalah merupakan batas sempadan asal antara Kampong Bunut Payong dengan Kampong Lundang yang terletak disebelah timur Kampong Bunut Payong.

Salasilah nama kepada Kampung Bunut Payong ini mempunyai pelbagai versi, namun satu versi yang paling tua adalah dikatakan ia diperoleh namanya disebabkan terdapat banyaknya Pokok Bunut yang tumbuh dikampong tersebut sehingga dikatakan keseluruhan Kampong tersebut hampir teduh kerana dipayungi oleh pokok bunut berkenaan. lalu disebabkan faktor inilah kampong ini beroleh nama Kampong Bunut Payong. hingga sekarang pokok bunut ini masih lagi terdapat dikampong tersebut khususnya dibahagian asalnya diantara sekitar kawasan Jambatan Bunut Payong di Jalan Kuala Krai.

Dari segi pentadbirannya pada masa lampau, Kampong ini ditadbir oleh seorang Penghulu dibawah perintah Tuk Raja Lundang yang bersemayam diKampong Lundang. Pada tahun 1886 iaitu selepas daripada peristiwa angin besar diKelantan yang berlaku pada tahun 1880 yang kemudian menyusul pula bencana kelaparan dan wabak penyakit hingga tahun 1884, Penghulu Kampung Bunut Payong ketika itu bernama Penghulu Tok Selamah telah dilantik dan diberikan hak oleh Tuk Raja Lundang bagi mentadbir sebahagian kawasan Lundang barat bermula dari batas sempadan asalnya di Cabang Sungai yang terletak dibelakang Sekolah Kebangsaan Bunut Payong di sebelah barat hingga ke Lubok Kucing disebelah timur iaitu sekarang adalah dikawasan Jambatan Jalan Tengku Muhammad Maasum, keutara hingga ke Belukar Lundang yang sekarang kawasan ini dikenali sebagai Kampung Belukar yang terletak disebelah timur Paya Senang.

Sejak dari itu, Kampong Bunut Payong mengalami pentranfomasian dan menjadi status kepada sebuah perkampungan besar dan kekal sehingga sekarang. Kampong ini kemudian bertambah masyhur apabila wujudnya sistem penyebaran ugama yang dipelopori oleh Allahyarham Tuan Guru Haji Abdullah Tahir pada tahun 1931. Pada masa sekarang nama Bunut Payong telah diguna sebagai Kawasan Pentadbiran politik bagi Dewan Undangan Negeri Kelantan (DUN Bunut Payong) mengantikan nama Dun Telipot pada tahun 1983.

Rujukan[sunting | sunting sumber]