Salor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Salor merupakan sebuah daerah dan perkampungan yang terletak di barat Jajahan Kota Bharu, Kelantan. Ia terletak dalam laluan dari ibu negeri Kelantan ke Pasir Mas, Rantau Panjang, Tanah Merah, Jeli dan utara negeri-negeri di bahagian pantai barat Semenanjung Malaysia. Ia terletak dalam Parlimen Kubang Kerian

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kampung Salor ialah sebuah kampung yang terekenal dari sejak dahulu lagi. Dari segi sejarah, kampung ini pernah mempunyai raja-raja yang memerintah Daerah Salor. Raja Pertamanya bernama Long Muda gelar Engku Kota iaitu anakanda Yang Di Pertuan Long Yunus. Baginda menjadi Raja Salor pertama selepas dianugrahkan oleh kekanda Baginda iaitu Sultan Muhammad I selepas selesai dari peritiwa Perang Kelantan-Terengganu pada tahun 1801. Pemerintahan raja-raja Daerah Salor tidak lama, apabila telah berlaku pembunuhan keatas Tuan Kuning, Raja Salor ketiga dan seluruh keluarganya pada penghujung dekad 1840an kerana dituduh menderhaka kepada Raja Pemerintah Kelantan pada waktu itu iaitu Sultan Muhammad II.

Dari segi perkembangan pula, Salor pernah menjadi pusat perniagaan daerah yang maju yang ramai dikunjngi oleh para peniaga dan orang ramai dari jauh mahupun dekat. Kampung Salor mempunyai sawah padi yang luas terbentang, sesayup mata memandang dari hujung ke hujungnya. Ia pernah menjadi pusat perkembangan syiar Islam di mana pada masa dahulunya pernah terdapat beberapa orang tok guru yang terkenal. Kampung Salor pernah menjadi wadah pertumbuhan yang subur kepada seni budaya tradisional negeri Kelantan.

Pada masa yang lalu di Kampung Salor ini terdapat beberapa orang tok bomoh yang terkenal.[perlu rujukan] Pada masa itu rawatan perubatan moden masih belum lagi meluas seperti hari ini. Kampung Salor ini memang terkenal dengan kecantikan “mek-mek” atau wanita-wanitanya yang sukar ditandingi di seluruh negeri Kelantan.Kg. Salor tereletak dalam Jajahan Kota Bharu, dan sejauh 12 kilometer dari bandar Kota Bharu di tepi jalan utama Kota Bharu - Pasir Mas, ikut jalan lama melewati Kampung Kota dan Kampung Pendek, menghala ke arah utara.

Jika dari pusat bandar Kota Bharu, ada dua jalan boleh diikuti, iaitu ikut Jalan melalui Kampung Sireh, melalui Kampung Pintu Geng dan Kampung Kota, terus ke Bulatan Hj. Dolah, lalu ambil Jalan Pasir Mas, melalui Kampung Pendek, dan Teluk Kandis. Jika dari Pasir Mas, sama ada dari arah Tanah Merah, ataupun dari arah Rantau Panjang ataupun dari arah pusat bandar Pasir Mas akan melintasi Jambatan Pasir Mas-Salor.

Logo SMK Salor

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]