Lojing

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lojing di Kelantan
Fail:Lojing- papan tanda perasmian.jpg
Lojing- papan tanda perasmian

Lojing merupakan kawasan pedalaman yang terletak di negeri Kelantan. Puncak Lojing terletak pada 2000 meter dari aras laut. Tanah Tinggi Lojing boleh dihubungi melalui Gua Musang, Kelantan dan dari Cameron Highlands, Pahang. Pada 5 Ogos 2010, Pemangku Raja Kelantan telah merasmikan 'Jajahan Kecil Lojing' di Kampung Penangau, Lojing.

Nama Lojing dipercayai dari perkataan 'logging' yang bermaksud pembalakan, aktiviti yang paling banyak dilakukan di kawasan tanah tinggi Lojing. Perkampungan orang Asli di Tanah Tinggi Lojing ialah Pos Brooke. [1]

Kerajaan Barisan Nasional di Kelantan era Menteri Besar Kelantan, Tan Sri Mohamad Yaacob telah meluluskan 4,978.98 hektar tanah dengan tempoh pajakan selama 99 tahun mulai 18 Disember 1985. Antara pemaju yang menerima tanah anugerah ini ialah YAKIN, PKINK, KADA, Multi System dan Jasa Benar .[2]

Dari tahun 1990 hingga tahun 2007, kerajaan negeri Kelantan telah ditadbir oleh kerajaan PAS pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kerajaan PAS Kelantan telah memberi lesen pembalakan dan pertanian kepada 22 buah syarikat swasta untuk memajukan Tanah Tinggi Lojing. Pembalakan dan pertanian merupakan sumber kewangan utama kerajaan negeri PAS Kelantan sebagaimana aturan Perlembagaan Persekutuan.

Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) telah diberikan projek membaikpulih infrastruktur sistem bekalan air di Kelantan bernilai RM950 juta. Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) merupakan anak syarikat kerajaan negeri PAS Kelantan. Infrastruktur bekalan air ini melibatkan Tanah Tinggi Lojing. [3] Pengurusan bekalan air tertakluk di bawah pentadbiran negeri sebagaimana aturan Perlembagaan Persekutuan.

Pembalakan haram di Lojing[sunting | sunting sumber]

Sultan Kelantan, Tuanku Sultan Ismail Petra tidak berpuas hati dengan aktiviti pembalakan haram yang disyaki dilakukan oleh 22 syarikat yang kebanyakannya milik warganegara asing yang bersepakat dengan orang-orang tempatan. Pembalakan haram akan menjejaskan kualiti alam sekitar kerana sungai akan tercemar dan air sungai menjadi keruh.

Kementerian Alam Sekitar dan Sumber Asli Malaysia dan Penilaian Alam Sekitar (EIA) telah membuat penyiasatan dan penilaian berhubung pembalakan haram di Lojing. Datuk Sazmi Miah mahu pihak terlibat dikenakan tindakan. [4] 18 syarikat telah didakwa mengikut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 dan disabitkan kesalahan dengan didenda sehingga RM100,000 dan penjara selama lima tahun.[5]

Laporan Jabatan Alam Sekitar berhubung Tanah Tinggi Lojing mendapati:

  • 6 projek EIA milik syarikat All Green mendapat kelulusan EIA
  • 2 projek pertanian milik PKINK mendapat kelulusan EIA
  • 2 projek milik Jabatan Pertania
  • 7 projek tidak perlu kelulusan EIA iaitu penanaman bunga dan sayur-sayuran oleh Theme Industries Sdn Bhd, projek sayur oleh Venue Vision, projek pembangunan pertanian bagi penanaman cendawan dan bunga, projek pembangunan sayur-sayuran oleh Multi System Sdn Bhd dan Projek Yakin Tea Sdn Bhd bagi tanaman teh, sayur-sayuran dan bunga.
  • Projek Pusat Latihan Atlit oleh Majlis Sukan Negara ditolak oleh EIA kerana laporannya tidak lengkap dan memuaskan.
  • Projek kemajuan rekreasi YAKIN-KPA ditolak EIA
  • Projek KADA diluluskan oleh EIA.
  • Projek pertanian oleh Liquid Gold Sdn Bhd dijalankan tanpa kelulusan EIA.
  • Projek pertanian oleh Layar Abadi ditolak kerana EIA kurang memuaskan.

Jabatan Alam Sekitar mendapati pemusnahan alam sekitar di Lojing disebabkan oleh aktiviti pembalakan dan pembukaan tanah tanpa kawalan oleh penanam sayur tidak berlesen yang kebanyakannya adalah milik warganegara asing. Setiausaha Parlimen Kementerian Sumber Asli Dan alam Sekitar, Datuk Sazmi Miah menjelaskan JAS tidak ada kuasa mengambil tindakan berhubung penerokaan tanah di Tanah Tinggi Lojing kerana masalah undang-undang antara kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan. Lojing juga tidak diwartakan sebagai tanah tinggi. Kebanyakan tanah seluas 8000 hektar di Lojing merupakan hak milik persendirian.[6]

Penghutanan Tanah Tinggi Lojing[sunting | sunting sumber]

Jambatan di Lojing

Syarikat Telemont Group telah diberi kontrak untuk menjalankan aktiviti penghutanan semula dan biotet intregrasi di kawasan Lojing semenjak tahun 2002. Sehingga tahun 2007 syarikat Telemont ini telah menanam 3,380,000 batang pokok jati, 600,000 batang pokok mahogani dan 1,400,000 batang pokok karas di kawasan seluas 900 hektar. Pengarah Telemont Group ialah Datuk Peter Khoo Tai Chong. Program penghutanan semula pokok ini mendapat kerjasama dan penyeliaan dari Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Kepong, Selangor. Lebih 20 juta batang pokok telah ditanam di kawasan Lojing dalam tempoh 4 tahun.

Pada tahun 2007, Syarikat Telemont Group dengan kerjasama Lembaga Industri Perkayuan Malaysia dan Forest Plantation Sdn Bhd telah menanam pokok getah yang juga menyumbang kepada ekonomi tempatan. Aktiviti penghutanan semula giat dilakukan pada aras 500 m dan 300 m dari aras laut.

Rujukan[sunting | sunting sumber]