Chempaka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Chempaka merupakan sebuah pekan yang terletak di negeri, Kelantan. Chempaka terletak dalam jajahan Kota Bharu, penduduk Dun Chempaka rata-ratanya bekerja sebagai penjawat awam dan swasta, peniaga dan petani.

Dun Chempaka dengan keluasan 29.75 kilometer persegi meliputi beberapa daerah mengundi termasuk Chempaka, Tanjung Baru, Che Deris, Kampung Pulau Panjang, Teluk Kitang, Tebing Tinggi, Sabak, Pulau Gajah, Baung dan Pengkalan Nangka.


N06 Chempaka[sunting | sunting sumber]

Dun Chempaka merupakan sebuah kawasan Dun yang terletak di dalam Parlimen Pengkalan Chepa,Kelantan,Malaysia .Adun Chempaka selama lima penggal ialah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dari PAS. Beliau merupakan Bekas Menteri Besar Kelantan. Pada Februari 2015 , beliau meninggal dunia dan pilihan raya kecil akan diadakan pada 22 Mac 2015.

Pilihan raya kecil (PRK) Dun Chempaka pada 22 Mac 2015 menjadi pilihan raya kecil kelapan diadakan selepas PRU13 pada 5 Mei 2013. PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya yang juga bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 5 Februari lalu akibat kanser prostat.

Dun Chempaka merupakan satu daripada tiga Dun yang terletak di dalam Parlimen Pengkalan Chepa, dua lagi Dun ialah Pancor dan Kijang. Pengkalan Chepa merupakan kawasan perindustrian utama di Kelantan. Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra juga terletak di sini.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Menurut sejarah, pantai Kuala Pak Amat di Pengkalan Chepa merupakan lokasi pertama pendaratan tentera Jepun di Tanah Melayu yang menandakan permulaan Perang Dunia di Asia Pasifik pada tengah malam 7 Disember 1941. Pada pukul 12.25 malam, 7 Disember 1941, 5,503 tentera Jepun yang menggunakan lima kapal perang dan tiga kapal pengangkut mendarat di situ sebelum menakluki Kelantan, satu jam setengah lebih awal daripada serangan tentera Jepun ke atas Pearl Harbour, Hawaii, sebuah pulau di Lautan Pasifik, milik Amerika Syarikat.

Pilihan raya kecil DUN Chempaka 2015[sunting | sunting sumber]

Pada 18 Februari 2015, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh PRK Dun Chempaka pada 22 Mac 2015 manakala penamaan calon ditetapkan pada 10 Mac 2015.

Pada PRU13, Nik Abdul Aziz (Pas) menang dengan majoriti 6,500 undi menewaskan calon BN Wan Razman Wan Abd Razak. Nik Abdul Aziz mendapat 12,310 undi manakala Wan Razman memperoleh 5,810 undi.

Dun Chempaka dilihat sebagai kubu kuat Pas sejak PRU9 pada 1995 selepas Mursyidul Am Pas itu bertanding di kawasan berkenaan. Sejak 1967 lagi Nik Aziz telah bertanding di kawasan itu.[1]

Sehingga 12 Februari 2015, Dun Chempaka mempunyai 21,890 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 20,390 pemilih biasa, 1,497 pemilih awal dan tiga orang pengundi tidak hadir luar negara. [2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]