Bosou

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Bosou atau juga dikenali sebagai nonsom atau nama lain dipanggil sambaat, kinaraatan,gagau dan tinamba(ranau) merupakan salah satu hidangan sampingan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun-murut (KDM), Sabah, , sebagai pembangkit selera. Bosou merupakan makanan tradisi yang menyerupai perkasam atau 'jeruk'. Bosou biasanya dihasilkan dari biji Kepayang ("Pangium edule") yang biasanaya digelar di malaysia, manakala biji keluak biasanya dipanngil di indonesia

Cara membuat Bosou[sunting | sunting sumber]

Bosou disediakan daripada daging atau ikan mentah samada ikan sungai atau ikan laut. ikan sungai jenis ikan bertulang seperti ikan tilapia, ikan pelian. ikan laut juga boleh digunakan untuk rasa yang lebih berbeza seperti ikan salmon atau ikan tuna. ikan sungai atau ikan laut akan digaul bersama-sama dengan nasi putih, garam, dan buah. Ia juga boleh ditambah dengan buah nangka, nenas muda, dan tuhau bagi menambah perisa. Batang pisang atau 'polod' juga kadang-kala dicampurkan kepada bosou ini. 'Panggi' iaitu sejenis bahan pengawet juga boleh ditambah untuk mengelakkannya daripada menjadi basi dan berbau busuk.

Campuran ini kemudiannya akan diperam di dalam bekas (biasanya daripada tajau kecil) dan ditutup rapat selama seminggu atau sehingga betul-betul telah masak sebelum dapat dimakan. Sekiranya nasi yang digunakan baru di masak, campuran itu akan dibiarkan sehingga mencapai suhu bilik sebelum disimpan. Bosou biasanya disimpan dalam bekas tertutup kemas, kedap udara. penyimpanan yang betul membolehkan jeruk ikan ini boleh bertahan 6bulan hingga 1tahun

Oleh kerana bosou mempunyai bau yang kuat, biasanya bekas menyimpan bosou dibuat kedap udara. Ini kerana bagi mengelakkan ia menarik dan dicemari lalat dan bagi mengelakkan pertumbuhan fungi. Bekas tradisi bagi menyimpan bosou adalah botol berbentuk labu yang ditutup dengan lilin lebah. Bekas tradisi lain termasuk kakanan, tetapi kini ia telah digantikan dengan bekas plastik dan botol kaca. Biasanya bosou disimpan selama lima sehingga tujuh hari sebelum dihidangkan.

Bosou boleh dihidangkan begitu sahaja atau dimasak terlebih dahulu. Bosou biasanya dimasak bagi menghilangkan bau dan bagi menambah perisanya. Bawang, cili , dan bahan lain boleh ditambah bagi menambah perisa semasa memasak. Asasnya, masakan kaum dusun ini adalah makanan yang direbus sahaja. Kebanyakan masyarakat Dusun menggemari sayur-sayuran segar sebagai hidangan yang dinikmati bersama nasi putih bersama bosou ini, sama seperti hidangan budu atau tempoyak yang terdapat di semenanjung Malaysia.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]