Pinaasakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Pinaasakan merupakan sejenis hidangan tradisional istimewa bagi suku kaum Kadazan-Dusun, Sabah[1]. Ia merupakan sejenis hidangan yang dihasilkan dengan menggunakan isi ikan ( ikan air tawar/ikan air laut ).

Ikan akan dibersihkan dan dicampur dengan sedikit biji kunyit dan halia yang telah ditumbuk, sedikit biji asam jawa atau buah asam 'takob-bakob' , garam, serbuk perasa dan sedikit air. Kemudian ia akan dipanaskan sehingga mendidih sehingga air hampir kering.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]