Coklat putih

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Coklat putih
چوکلت ڤوتيه
Bar coklat putih yang mengandungi kepingan kelopak mawar
JenisCoklat
Kawasan/rantauSwitzerland Sunting ini di Wikidata
Dicipta olehNestlé Sunting ini di Wikidata
Bahan utamaMentega koko, gula, pepejal susu
Bahan yang biasa digunakanGaram, ekstrak vanila
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Coklat putih (Jawi: چوکلت ڤوتيه) ialah terbitan coklat. Ia biasanya terdiri daripada mentega koko, gula dan pepejal susu dan mempunyai ciri-ciri rupa yang pucat kekuningan atau gading. Takat lebur lemak koko, yang komponen utamanya biji koko, adalah cukup tinggi bagi memastikan coklat putih dalam bentuk pepejal pada suhu bilik.

Kandungan[sunting | sunting sumber]

Coklat putih bukan coklat dalam erti kata yang sebenar kerana ia tidak mengandungi pepejal koko tanpa lemak, unsur pemakanan yang utama bagi likuor coklat—coklat dalam bentuk tanpa gula yang mentah.[1] Semasa proses pembuatan, pepejal berwarna gelap daripada kacang koko dipisahkan daripada kandungan lemaknya, sama juga seperti dengan coklat susu, separa manis, dan coklat gelap. Tetapi, tidak seperti jenis-jenis coklat lain, pepejal koko tidak digabungkan semula. Akibatnya, lemak ini iaitu mentega koko, adalah satu-satunya bahan koko dalam coklat putih. Disebabkan ia tidak mengandungi pepejal koko, coklat putih mengandungi hanya sedikit jumlah perangsang teobromina dan kafein,[2] sementara tidak mempunyai sifat-sifat antioksidan atau banyak bahan-bahan yang menyifatkan coklat, seperti tiamina, riboflavin dan feniletilamina.[3] Selalunya, mentega koko dinyahbau untuk membuang rasanya yang kuat.[4] Jika mentega koko utama yang ditekan digunakan, ia mempunyai antioksidan semula jadi (vitamin E), tetapi jika dinyahbau ia telah tiada, kerana penyahbauan adalah langkah menanggalkan wap, selalunya pada 180 °C (356 °F).

Coklat putih mungkin mengandungi perisa tambahan. Vanila adalah bahan tambahan yang biasa.[5]

Beberapa persiapan yang dikenali sebagai salutan manisan atau salutan musim panas mungkin boleh dikelirukan dengan coklat putih, tetapi diperbuat daripada lemak pepejal murah atau lemak sayur-sayuran dan haiwan berhidrogen, dan tidak sama sekali berasal daripada koko. Penyediaan ini sebenarnya boleh menjadi putih (berbeza dengan coklat putih gading teduh[4]) dan akan kekurangan rasa mentega koko.

Peraturan[sunting | sunting sumber]

Peraturan menetapkan apa yang boleh dipasarkan sebagai "coklat putih": Di Amerika Syarikat, sejak tahun 2004, coklat putih mesti (mengikut berat) sekurang-kurangnya 20% mentega koko, 14% pepejal susu, dan 3.5% lemak susu, dan tidak lebih 55% gula atau pemanis lain.[6] Sebelum tarikh ini, firma Amerika memerlukan permit pemasaran sementara untuk menjual coklat putih. Kesatuan Eropah telah menerima pakai piawaian yang sama, kecuali bahawa tiada had gula atau pemanis.[7]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Dalam tahun 1930-an, coklat putih Milkybar telah dilancarkan di Eropah oleh syarikat Switzerland, Nestlé.[8]

Di Amerika Utara, Kuno Baedeker memajukan coklat putih semasa bekerja bagi Merckens Chocolate Company pada 1945.[9]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Alicia Rudnicki. "Can People Who Are Allergic to Chocolate Eat White Chocolate?". Livestrong.com. Dicapai pada 28 May 2015.
  2. ^ Kummer, Corby (21 December 1988). "America Is Going Sweet on White Chocolate". New York Times. Dicapai pada 3 November 2011.
  3. ^ "Theobroma cacao L." Dicapai pada 6 April 2011.
  4. ^ a b "The World's Best White Chocolate Page 3: Percent Cacao & Cocoa Butter". The Nibble. Lifestyle Direct. Dicapai pada 3 December 2009.
  5. ^ Blumberg, Naomi. "Chocolate". Encyclopædia Britannica Online. Dicapai pada July 28, 2015.
  6. ^ "Requirements for Specific Standardized Cacao Products". Food and Drug Administration (United States). 1 April 2013. Dicapai pada 26 February 2014.
  7. ^ "Directive 2000/36/EC of the European Parliament and of the Council of 23 June 2000 relating to cocoa and chocolate products intended for human consumption". Dicapai pada 27 October 2010.
  8. ^ "The History Of White Chocolate". The Nibble. The World’s Best White Chocolate. 1 April 2008. Dicapai pada 2 August 2013.
  9. ^ "Chocolate-Loving Couple Settled Here" (PDF). Lake Placid News (PDF). Lake Placid, New York. 19 March 1987. m/s. 8. Dicapai pada 2 August 2013.[pautan mati kekal]