Kafeina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Kafein)
Lompat ke: pandu arah, cari
Skema molekul kafeina
Nota: sebahagian atom karbon dan hidrogen telah ditinggalkan dalam diagram jenis ini.

Kafeina ialah sebatian kimia yang dijumpai secara semulajadi di dalam makanan contohya biji kopi, teh, biji koko, buah kola (Cola nitida), guarana, dan maté. Ia terkenal dengan rasanya yang pahit dan bertindak sebagai perangsang kepada sistem saraf pusat (central nervous system, CNS), jantung, dan pernafasan. Kafeina juga bersifat diuretik (iaitu boleh dikumuh melalui air kencing). Ia bertindak sebagai perangsang lemah pada system saraf pusat dengan itu selepas minum secawan kopi atau teh seseorang mungkin berasa lebih segar.

Sifat kimia[sunting | sunting sumber]

Sifat Fizikal Nilai
Titik Beku: 238 °C
Titik Didih: 178 °C (Pemejalwapan)
Graviti Tentu: 1.2
Tekanan Wap: 760 mm Hg @ 178 °C
Kemeruapan: 0.5%
Ketumpatan Wap: 6.7
Berat Molekul: 197.19
Keterlarutan dalam Air: 2.17%
pH: 6.9 (1% larutan)




Kafeina ialah alkaloid yang tergolong dalam keluarga metilxanthina bersama-sama sebatian tefilina dan teobromina. Bentuk asal sebatian ini wujud dalam bentuk serbuk putih yang pahit. Formula kimianya ialah C6 H10 N4 O2, manakala nama-nama sistematiknya ialah:

  • 1,3,7-trimetilxanthina
  • 3,7-dihidro-1,3,7-trimetil-1 H-purina-2,6-diona

Metabolisme dan ketoksikan[sunting | sunting sumber]

Kafeina menyekat reseptor adenosina di otak. Adenosina ialah sebatian nukleotida yang berfungsi mengurangkan aktiviti sel saraf apabila tertambat pada sel tersebut. Seperti adenosina, molekul kafeina juga tertambat pada reseptor yang sama, tetapi kesannya berbeza. Kafeina tidak akan memperlahankan aktiviti sel saraf atau otak tetapi sebaliknya menghalang adesonina untuk berfungsi. Kesannya aktiviti otak meningkat yang mengakibatkan hormon epinefrina dirembes. Hormon tersebut akan menaikkan kadar denyutan jantung, meninggikan tekanan darah, menambah penyaluran darah ke otot-otot, mengurangkan penyaluran darah ke kulit dan organ dalaman, dan mengeluarkan glukosa daripada hati. Tambahan lagi, kafeina juga menaikkan aras neurotransmiter dopamina di otak.

Kafeina boleh dikeluarkan daripada otak dengan cepat, tidak seperti alkohol atau perangsang CNS yang lain. Tambahan lagi, kafeina tidak mengganggu fungsi mental tinggi dan tumpuan otak. Pengambilan kafeina secara berterusan akan menyebabkan badan menjadi toleren dengan kehadiran kafeina. Oleh itu, jika pengambilan kafeina diberhentikan (proses sebegini dinamakan "penarikan" atau "tarikan"), badan menjadi terlalu sensitif terhadap adenosina menyebabkan tekanan darah turun secara mendadak yang seterusnya mengakibatkan sakit kepala dan sebagainya. Kajian terbaru mendakwa kafeina boleh mengurangkan risiko penyakit Parkinson, tetapi dakwaan tersebut masih memerlukan kajian yang lebih mendalam.

Terlalu banyak kafeina boleh menyebabkan intoksikasi kafeina (iaitu kemabukan akibat kefeina). Antara simptom penyakit ini ialah keresahan, kerisauan, insomnia, keriangan, muka merah, kerap kencing (diuresis), dan masalah usus (gastrointestinal). Simptom-simptom ini boleh wujud walaupun pesakit hanya mengambil kafeina serendah 250mg. Jika lebih 1 g kafeina diambil dalam satu hari, simptom seperti sentakan otot (muscle twitching), kekusutan fikiran dan pertuturan, aritmia kardium (gangguan pada denyutan jantung) dan penggoncangan psikomotor (psychomotor agitation) boleh berlaku. Intoksikasi kafeina juga boleh mengakibatkan kepanikan dan penyakit kerisauan.

Meskipun kafeina, teofilina dan teobromina masih selamat bagi manusia, bahan-bahan ini lebih toksik kepada sesetengah haiwan seperti kucing dan anjing kerana perbezaan dari segi metabolisme hati.

Produk-produk[sunting | sunting sumber]

Produk-produk yang mengandungi kafeina termasuklah kopi, teh, minuman berkarbonat seperti "cola", tablet coklat, dan minuman-minuman yang lain.

Minuman[sunting | sunting sumber]

Kopi[sunting | sunting sumber]

Bahan yang utama yang digunakan untuk mendapat kafeina ialah biji kopi, khususnya dari air kopi yang dibancuh . Perbezaan kandungan kafeina dalam biji kopi yang beraneka kadang-kadang berbeza mengikut baka biji tersebut, lebih-lebih lagi bagi biji dari pokok kopi yang sama, bijinya turut mempunyai perbezaan kandungan kafeina yang sedikit. Umumnya, setiap cawan kopi mengandungi 80 hingga 100 mg punya kafeina. Kopi Arabica lazimnya mengandungi separuh kafeina jika dibandingkan dengan baka robusta