Demokrasi langsung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Landsgemeinde, "himpunan kantonal", di kanton Glarus pada 7 Mei 2006, Switzerland . Landsgemeinden ialah perhimpunan pengundian awam dan merupakan salah satu contoh tertua demokrasi langsung.

Demokrasi langsung atau demokrasi tulen merupakan sebuah bentuk demokrasi mana para pengundi membuat keputusan serta mengundi mengenai dasar-dasar inisiatif tanpa menggunakan seorang wakil rakyat sebagai proksi. Sistem tersebut berbeza dengan majoriti besar badan-badan berdemokrasi yang ditubuhkan pada zaman modern, iaitu demokrasi perwakilan . Teori dan amalan demokrasi langsung dan penyertaan dalamnya merupakan teras kerja pelbagai ahli teori, ahli falsafah, ahli politik, dan pengkritik sosial. Antara mereka yang ternama dan penting ialah Jean Jacques Rousseau, John Stuart Mill, dan GDH Cole . [1]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Dalam sistem demokrasi langsung, rakyat akan memutuskan dasar tanpa wakil atau perantara, manakala dalam demokrasi perwakilan rakyat akan melantik seorang wakil melalui pengundian yang kemudiannya akan menggubal inisiatif dasar. [2] Berdasarkan pada sistem tertentu yang dilaksanakan, demokrasi langsung mungkin akan melibatkan meluluskan keputusan eksekutif, penggunaan sistem asihan, merangka undang-undang, melantik atau memcat pegawai kerajaan secara langsung, dan menjalankan perbicaraan mahkamah. Dua bentuk demokrasi langsung yang paling prominen ialah demokrasi penyertaan dan demokrasi deliberatif.

Demokrasi separa-langsung, di mana wakil rakyat akan mentadbir urus tadbir harian tetapi rakyat biasa tetap mempunyai keputusan terakhir, membenarkan tiga bentuk sistem tindakan rakyat: pungutan suara (plebisit), inisiatif, dan penarikan balik . Sistem referendum dan inisiatif—merupakan contoh perundangan langsung. [3] Setakat tahun 2019, 30 buah negara telah membenarkan orang awam untuk menaikkan isu dan mengadakan referendum peringkat nasional secara langsung.

Referendum wajib menaklukkan dan mengikat undang-undang dan legislasi yang digubal oleh para elit politik kepada undi popular. Ini merupakan bentuk perundangan langsung yang paling kerap di negara-negara seluruh dunia.

Referendum popular memberi kuasa kepada rakyat dan orang awam untuk membuat petisyen bagi mengubah atau mengundi atas undang-undang negara yang sedia ada. Institusi nasional akan menentukan tempoh masa di mana petisyen tersebut adalah sah dan dibenarkan mengumpul tandatangan, berserta jumlah tandatangan yang diperlukan. Institusi tersebut juga boleh mewajibkan tandatangan dari komuniti minoriti dan komuniti berpelbagai untuk melindungi kepentingan rakyat minoriti. [3] Sistem demokrasi langsung cara ini sangat berkesan dalam hal memberikan orang awam kuasa undian veto terhadap undang-undang yang diluluskan oleh badan perundangan yang dilantik, seperti di Switzerland . [4] [5] [6] [7]

Referendum yang dimulakan oleh rakyat (juga dikenali sebagai sebuah inisiatif) memberi kuasa kepada rakyat dan orang awam untuk mencadangkan langkah berkanun atau pembaharuan perlembagaan kepada kerajaan melalui petisyen. Petisyen tersebut mungkin mengikat atau menjadi sekadar nasihat. Inisiatif mungkin boleh dijalankan secara langsung atau tidak langsun: dengan inisiatif langsung, petisyen yang lulus akan terus diundikan secara langsung oleh rakyat dan orang awam (sepertimana yang dilaksanakan di California). Dengan inisiatif yang tidak langsung, petisyen yang lulus akan dibentangkan dahulu kepada badan perundangan untuk ditimbangkan; namun jika tiada tindakan sah diambil oleh badan perundangan, petisyen tersebut akan bergerak kepada undian popular oleh rakyat dan orang awam. Pindaan perlembagaan di Switzerland, Liechtenstein, dan Uruguay, perlu melalui inisiatif-tidak-langsung sedemikian untuk diluluskan. [3]

Referendum bermusyawarah merupakan referendum yang meningkatkan pertimbangan awam melalui reka bentuk institusi bertujuan.

Kuasa panggilan semula memberi orang awam kuasa untuk memecat pegawai dilantik daripada jawatannya sebelum tamat tempoh jawatan mereka yang ditetapkan. [8]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Zaman purba[sunting | sunting sumber]

Satu landasan pemikiran menggambarkan demokrasi langsung sebagai perkara biasa dan meluas dalam masyarakat dan tamadun pra-negara. [9] [10]

Demokrasi langsung paling awal yang didokumentasikan secara mendalam ialah demokrasi Athens pada abad ke-5 SM. Terdapat dua badan utama demokrasi di Athens purba, iaitu badan perhimpunan yang terdiri daripada warganegara lelaki; badan boulê, yang terdiri daripada 500 warganegara; dan badan mahkamah undang-undang yang terdiri daripada sebilangan besar juri yang dipilih secara undian dan tidak mempunyai hakim. Pentadbiran Attica Purba hanya mempunyai kira-kira 30,000 warganegara lelaki, tetapi beberapa ribu daripada mereka aktif berpolitik pada setiap tahun dan kebanyakkan mereka aktif lerbih daripada setahun. Demokrasi di Athens adalah langsung bukan sahaja dalam erti kata bahawa rakyat yang berhimpun membuat keputusan, tetapi juga dalam erti kata bahawa rakyat - melalui perhimpunan, boulê, dan mahkamah undang-undang - mengawal keseluruhan proses politik dan pentadbiran, dan keseluruhan rakyat terlibat dalam secara langusung dalam urusan awam. [11] Kebanyakan demokrasi moden mempunyai sistem perwakilan, yang menyebabkan mereka tidak sama seperti sistem demokrasi langsung Athens.

Sejarah Rom Purba, khususnya semasa Republik Rom, yang diasaskan sekitar 509 BC juga relevan kepada sejarah demokrasi langsung. [12] Rom Purba mempamerkan banyak aspek demokrasi, langsung mahupun tidak langsung, dari era pemerintahan beraja Rom sehinggalah kejatuhan Empayar Rom . Walaupun senat Rom merupakan badan utama pentadbiran untuk kebanyakan sejarahnya, dengan bertahan dari kerajaan Rom sehingga selepas kejatuhan Empayar Rom Barat pada 476 AD, ia tidak menjiwai semangat demokratik kerana majoriti senat tersbut terdiri - semasa republik lewat - daripada bekas pegawai yang pernah dilantik [13] dan mereka lebih memainkan peranan sebagai penasihat diraja maharaja Rom daripada mencipta undang-undang baharu. [14] Perlembagaan Rom mempamerkan aspek-aspek demokrasi dalam bentuk perhimpunan popular Rom, di mana orang awam disusun ke dalam centuriae atau ke dalam suku - bergantung kepada perhimpunan - dan mengundi dalam pelbagai perkara, termasuk pilihan raya dan undang-undang, yang dicadangkan di hadapan mereka oleh pembesar yang dilantik mereka. [15] Beberapa ahli klasik berpendapat bahawa republik Rom layak diberi label "demokrasi", dengan hak mengundi sejagat untuk warganegara lelaki dewasa, kedaulatan rakyat, dan pentadbiran hal ehwal awam yang telus. [16] Ramai ahli sejarah menandakan berakhirnya Republik Rom dengan undang-undang lex Titia, yang diluluskan pada 27 November 43 SM, yang menghapuskan kebanyakan peruntukan pengawasan. [12]

Zaman moden[sunting | sunting sumber]

Perangkaan undang-undang oleh rakyat dalam zaman moden dilaksanakan di kanton-kanton Switzerland dari abad ke-13. Pada tahun 1847 kerajaan Swiss menambah "referendum statut" kepada perlembagaan negara mereka. Tidak lama kemudian, mereka mendapati bahawa mempunyai kuasa untuk memveto undang-undang Parlimen sahaja tidak mencukupi. Pada tahun 1891 mereka menambah "inisiatif pindaan perlembagaan". Sejak 1891, politik Switzerland telah memberikan dunia sebuah asas yang berharga dengan inisiatif pindaan perlembagaan peringkat kebangsaan. [17] Selama 120 tahun yang lalu, lebih daripada 240 inisiatif telah dimasukkan dijadikan referendum nasional. Kebanyakan inisiatif popular mereka dibincangkan dan diluluskan oleh Parlimen sebelum dijadikan referendum awam. Bagi baki inisiatif yang dijadikan referendum, hanya lebih kurang 10% diluluskan oleh pengundi; di samping itu, pengundi sering memilih versi inisiatif yang dirangka semula oleh kerajaan. (Lihat "Demokrasi langsung di Switzerland" di bawah.) [4] [5] [6] [7]

Beberapa isu berkaitan tanggapan demokrasi langsung yang menggunakan Internet dan teknologi komunikasi lain dibincangkan dalam artikel mengenai e-demokrasi serta bawah tajuk Demokrasi langsung elektronik dalam artikel ini. Secara lebih ringkas, konsep tadbir urus sumber terbuka mengaplikasikan prinsip pergerakan perisian bebas terhadap urus tadbir rakyat membenarkan keseluruhan penduduk negara mengambil bahagian dalam kerajaan secara langsung, seberapa banyak atau sedikit yang mereka suka. [18]

Contoh-contoh[sunting | sunting sumber]

Athens purba[sunting | sunting sumber]

Demokrasi Athens berkembang di negara kota Yunani Athens, yang terdiri daripada kota Athens dan wilayah Attica sekitar 600 SM. Athens merupakan salah satu negara berdemokrasi pertama yang diketahui . Bandar-bandar Yunani lain juga telah menubuhkan demokrasi mereka sendiri, dan walaupun kebanyakan mereka mengikuti model Athens, tidak ada yang begitu berkuasa, stabil, atau terdokumentasi dengan baik seperti demokrasi di Athens. Dalam demokrasi langsung Athens, rakyat tidak mencalonkan wakil rakyat untuk mengundi atas hal-hal perundangan dan rang undang-undang eksekutif bagi pihak mereka (seperti di Amerika Syarikat) namun sebaliknya mereka mengundi sebagai individu. Pendapat umum pengundi sering dipengaruhi oleh sindiran politik penyair komik di pawagam . [19]

Solon (594 SM), Cleisthenes (508–507 SM), dan Ephialtes (462 SM) semuanya menyumbang kepada perkembangan sistem demokrasi Athens purba. Sejarawan kontemporari berpendapat berbeza tentang siapa di antara mereka yang bertanggungjawab ke atas institusi mana, dan yang siapa antara mereka yang paling tepat mewakili gerakan demokrasi yang sebenar. Demokrasi Athens biasa ditarikhkan kepada zaman pentadbiran Cleisthenes kerana perlembagaan Solon ditumbangkan dan digantikan dengan kezaliman Peisistratus, manakala Ephialtes telah memodifikasikan perlembagaan Cleisthenes dengan aman. Hipparchus, abang kepada Hippias yang zalim, telah dibunuh oleh Harmodius dan Aristogeiton, yang kemudiannya diberi penghormatan oleh orang Athens atas dakwaan mereka memulihkan kebebasan Athens.

Pemimpin demokratik yang paling hebat dan paling lama bertahan di Athens purba ialah Pericles; selepas kematiannya, demokrasi Athens diganggu untuk seketika sebanyak dua kali oleh revolusi oligarki menjelang akhir Perang Peloponnesia . Demokrasi di Athens telah diubah suai selepas ia dipulihkan di bawah Eucleides. Ia telah ditindas oleh kerajaan Macedonia pada 322 SM. Institusi Athens kemudiannya dihidupkan semula, tetapi sejauh mana pemulihan demokrasi tersebut merupakan sebuah demokrasi sebenar boleh dipertikaikan. [20]

Ahli sosiologi Max Weber percaya bahawa setiap demokrasi massa akan bergerak ke arah Caesarist . Profesor undang-undang Gerhard Casper menulis, "Weber menggunakan istilah itu untuk menekankan, inter alia, sifat plebiscitari dalam pilihan raya, penghinaan terhadap parlimen, tidak bertolak ansur dengan kuasa autonomi dalam kerajaan dan kegagalan untuk mendengarkan hasil pemikiran politik bebas." [21]

Liechtenstein[sunting | sunting sumber]

Walaupun Liechtenstein merupakan sebuah monarki, demokrasi langsung dianggap sebagai elemen yang terpahat dalam politik Liechtensteiner. [22] [23]

Switzerland[sunting | sunting sumber]

Di Switzerland, tanpa perlu mendaftar, setiap warganegara menerima kertas undi dan risalah maklumat untuk setiap undian dan pilihan raya serta boleh mengembalikannya melalui pos. Switzerland mempunyai pelbagai instrumen demokrasi secara langsung; undian dianjurkan kira-kira empat kali setahun. Di sini, kertas yang diterima oleh setiap warga Berne pada November 2008 kira-kira lima nasional, dua cantonal, empat referendum perbandaran, dan dua pilihan raya (kerajaan dan parlimen Kota Berne) daripada 23 parti yang bersaing untuk menjaga pada masa yang sama.

Demokrasi langsung yang tulen kini hanya wujud di kanton-kanton Switzerland Appenzell Innerrhoden dan Glarus . [24] Konfederasi Switzerland merupakan demokrasi separa langsung (demokrasi perwakilan dengan instrumen demokrasi langsung yang kuat). [24] Sifat demokrasi langsung di Switzerland secara asasnya dilengkapi dengan struktur kerajaan persekutuannya (dalam bahasa Jerman juga dipanggil Subsidiaritätsprinzip ). [4] [5] [6] [7]

Kebanyakan negara barat mempunyai sistem demokrasi perwakilan. [24] Switzerland merupakan contoh negara yang mempunyai instrumen demokrasi langsung (di peringkat majlis perbandaran, kanton dan negara persekutuan ). Rakyat mempunyai kuasa yang lebih baynak ebrbanding dengan demokrasi perwakilan. Di mana-mana peringkat politik, rakyat boleh mencadangkan perubahan kepada perlembagaan ( inisiatif popular ), atau meminta referendum pilihan diadakan untuk mana-mana undang-undang yang diundi oleh parlimen persekutuan, cantonal dan/atau badan perundangan perbandaran . [25]

Senarai untuk referendum mandatori atau pilihan pada setiap peringkat politik biasanya lebih panjang di Switzerland berbanding di mana-mana negara lain; sebagai contoh, sebarang pindaan kepada perlembagaan secara automatik jharus diundi oleh elektorat dan kanton Switzerland, pada peringkat kantonal/komunal selalunya sebarang keputusan kewangan dengan jumlah besar tertentu yang ditetapkan oleh badan perundangan dan/atau eksekutif juga. [25]

Warganegara Switzerland sering mengundi atas apa-apa jenis isu pada setiap peringkat politik, seperti kelulusan kewangan bangunan sekolah atau pembinaan jalan baharu, atau perubahan dasar berkenaan kerja seksual, atau mengenai perubahan perlembagaan, atau mengenai dasar luar negara negara Switzerland sebanyak empat kali setahun. [26] Antara Januari 1995 dan Jun 2005, warga Switzerland mengundi sebanyak 31 kali, pada 103 soalan persekutuan selain banyak lagi soalan kantonal dan perbandaran. [27] Dalam tempoh yang sama, rakyat Perancis mengambil bahagian dalam hanya dua referendum. [24]

Di Switzerland, majoriti mudah pun sudah mencukupi bagi meluluskan referendum pada peringkat perbandaran dan kantonal, namun pada peringkat persekutuan majoriti berganda diperlukan dalam isu-isu perlembagaan. [17]

Majoriti berganda memerlukan kelulusan majoriti individu yang mengundi, dan juga oleh majoriti kanton. Oleh itu, di Switzerland, pindaan yang dicadangkan warganegara kepada perlembagaan persekutuan (iaitu inisiatif popular ) tidak boleh diluluskan di peringkat persekutuan jika majoriti rakyat meluluskannya tetapi majoriti kanton tidak bersetuju. [17] Untuk referendum atau cadangan secara umum (seperti prinsip semakan umum Perlembagaan), majoriti pengundian tersebut adalah cukup memadai (Perlembagaan Switzerland, 2005).

Pada tahun 1890, apabila peruntukan untuk penggubalan undang-undang oleh warganegara Switzerland sedang dibahaskan oleh pertubuhan sivil dan kerajaan, Swiss menerima pakai idea majoriti berganda daripada Kongres Amerika Syarikat, di mana undian Dewan untuk mewakili rakyat dan undian Senat adalah untuk mewakili negeri-negeri AS . [17] Menurut penyokongnya, pendekatan tersebut yang "kaya legitimasi" terhadap penggubalan undang-undang warga negara ini sangat berjaya. Kris Kobach, bekas pegawai dilantik di Kansas, mendakwa bahawa Switzerland berjaya dari segi sosial dan ekonomi lebih dari negara-negara lain. Kobach menyatakan di penghujung bukunya, "Terlalu kerap, pemerhati menganggap Switzerland suatu keanehan di kalangan sistem politik. Adalah lebih sesuai untuk menganggapnya sebagai perintis." Akhirnya, sistem politik Switzerland, termasuk sistem demokrasi langsungnya dalam konteks tadbir urus pelbagai peringkat, menjadi semakin menarik bagi sarjana integrasi Kesatuan Eropah . [28]

Amerika Syarikat[sunting | sunting sumber]

Di kawasan New England di Amerika Syarikat, bandar-bandar di negeri seperti Vermont memutuskan hal ehwal tempatan melalui proses demokrasi langsung menggunakan mesyuarat bandar . [29] Ini merupakan sebuah bentuk demokrasi langsung tertua di Amerika Syarikat, dan mendahului penubuhan negara sekurang-kurangnya satu abad.

Demokrasi langsung bukanlah apa yang dibayangkan oleh penggubal Perlembagaan Amerika Syarikat untuk negara mereka. Mereka menganggap terdapat bahaya dalam kezaliman majoriti . Akibatnya, mereka memilih untuk implementasikan demokrasi perwakilan dalam bentuk republik berperlembagaan daripada demokrasi langsung. Sebagai contoh, James Madison, dalam Federalist No. 10, menyokong republik berperlembagaan daripada demokrasi langsung untuk melindungi individu daripada kehendak majoriti. Beliau berkata,

Bagi mereka yang memegang harta tanah atau sebaliknya, tanpa pernah mempunyai kepentingan sendiri dalam masyarakat. Bagi mereka yang merupakan penghutang mahupun pemiutang, bersama mengahadap diskriminasi yang sama. Kepentingan tanah, kepentingan pembuatan, kepentingan dagangan, kepentingan harta, dengan banyak lagi kepetingan lain yang kecil, membesar akibat keperluan negara yang bertamadun, diasingkan mengikut kasta dan kelas, didorong oleh sentimen dan pandangan yang berbeza. Pengawalan kepentingan yang berbeza dan bercanggah ini merupakan tugas utama badan legislatif moden dan melibatkan mahupun memerlukan sifat semangat berpuak dalam operasi harian sebuah kerajaan.

[...]

Sebuah demokrasi yang tulen, yang saya maksudkan adalah sebuah masyarakat yang terdiri daripada sekelompok warganegara yang kecik, yang berkumpul dan mentadbir kerajaan, tidak layak memberi penawar bagi penyakit sifat berpuak. Sebuah semangat ata u kepentingan bersama akan dirasakan oleh sebuah majoriti, dan tiada apa pun yang boleh mengawal pengorbanan yang dipaksakan terhadap pihak minoriti yang lemah. Dan begitulah, sistem demokrasi tidak serasi dengan keselamatan peribadi dan hak hartanah; dan biasa, secara umunya, mempunyai jangka hayat yang pendek serta huru-hara dan ekstrim dalam kematiannya.[30]

John Witherspoon, salah seorang penandatangan Deklarasi Kemerdekaan Amerika Syarikat, berkata: "Demokrasi tulen tidak boleh bertahan lama atau dibawa jauh dalam jabatan-jabatan negara. – ia sangat tertakluk kepada keterlaluan dan kegilaan kemarahan popular rakyat." Alexander Hamilton berkata, "Bahawa demokrasi tulen, jika ia boleh dilaksanakan, akan membawa kepada kerajaan yang paling sempurna. Pengalaman telah membuktikan bahawa tiada pendirian yang lebih palsu daripada ini. Demokrasi purba yang dibincangkan oleh rakyat sendiri tidak pernah memiliki satu ciri kerajaan yang baik. Watak mereka adalah kezaliman; bentuk mereka, kecacatan." [31]

Walaupun niat penggubal untuk mengurangkan kegunaanya semasa republik awal, langkah undi dan referendum yang sepadan telah digunakan secara meluas di peringkat negeri dan sub-negeri Amerika. Terdapat banyak undang-undang kes negeri dan persekutuan, dari awal 1900-an hingga 1990-an, yang melindungi hak rakyat untuk setiap komponen tadbir urus demokrasi langsung ini (Magleby, 1984, dan Zimmerman, 1999). Keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat yang pertama memihak kepada penggubalan undang-undang oleh warganegara adalah dalam Syarikat Telefon dan Telegraf Negara Pasifik v. Oregon, 223 US 118 pada tahun 1912 (Zimmerman, Disember 1999). Presiden Theodore Roosevelt, dalam ucapan "Piagam Demokrasi"-nya di hadapan konvensyen perlembagaan Ohio 1912, menyatakan: "Saya percaya pada Inisiatif dan Referendum, yang sepatutnya digunakan bukan untuk memusnahkan kerajaan perwakilan, tetapi untuk membetulkannya apabila ia salah." [32]

Di pelbagai negeri, referendum di mana rakyat memerintah termasuk:

  • Rujukan oleh badan perundangan kepada rakyat tentang "pindaan perlembagaan yang dicadangkan" (digunakan secara perlembagaan di 49 negeri kecuali Delaware sahaja – Institut Inisiatif & Referendum, 2004).
  • Rujukan oleh badan perundangan kepada rakyat tentang "undang-undang statut yang dicadangkan" (digunakan secara perlembagaan di semua 50 negeri – Institut Inisiatif & Referendum, 2004).
  • Inisiatif pindaan perlembagaan ialah proses petisyen yang ditakrifkan dalam perlembagaan bagi "undang-undang perlembagaan yang dicadangkan", yang, jika berjaya, menyebabkan peruntukannya ditulis terus ke dalam perlembagaan negeri. Memandangkan undang-undang perlembagaan tidak boleh diubah oleh badan perundangan negeri, komponen demokrasi langsung ini memberikan rakyat keunggulan dan kedaulatan secara automati, iaitu melebihi kerajaan perwakilan (Magelby, 1984). Ia digunakan di peringkat negeri di 19 negeri iaitu: Arizona, Arkansas, California, Colorado, Florida, Illinois, Louisiana, Massachusetts, Michigan, Mississippi, Missouri, Montana, Nebraska, Nevada, North Dakota, Ohio, Oklahoma, Oregon dan South Dakota (Cronin, 1989). Di antara negeri-negeri ini, terdapat tiga jenis utama inisiatif pindaan perlembagaan, dengan tahap penglibatan badan perundangan negeri yang berbeza (Zimmerman, Disember 1999).
  • Inisiatif undang-undang statut ialah proses petisyen yang ditakrifkan dalam perlembagaan, dimulakan oleh warganegara bagi "undang-undang statut yang dicadangkan", yang, jika berjaya, mengakibatkan undang-undang ditulis terus ke dalam statut negeri. Inisiatif statut digunakan di peringkat negeri di 21 negeri: Alaska, Arizona, Arkansas, California, Colorado, Idaho, Maine, Massachusetts, Michigan, Missouri, Montana, Nebraska, Nevada, North Dakota, Ohio, Oklahoma, Oregon, Dakota Selatan, Utah, Washington dan Wyoming (Cronin, 1989). Di Utah, tidak ada peruntukan perlembagaan untuk penggubalan undang-undang oleh warganegara. Semua undang-undang I&R Utah adalah dalam statut negeri (Zimmerman, Disember 1999). Di kebanyakan negeri, tiada perlindungan khas untuk statut buatan rakyat; badan perundangan boleh mula memindanya dengan segera.
  • Referendum undang-undang statut ialah proses petisyen yang ditakrifkan dalam perlembagaan dan dimulakan oleh warganegara bagi "cadangan veto bagi semua atau sebahagian daripada undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan", yang, jika berjaya, memansuhkan undang-undang tersebut. Ia digunakan di peringkat negeri di 24 negeri: Alaska, Arizona, Arkansas, California, Colorado, Idaho, Kentucky, Maine, Maryland, Massachusetts, Michigan, Missouri, Montana, Nebraska, Nevada, New Mexico, North Dakota, Ohio, Oklahoma, Oregon, Dakota Selatan, Utah, Washington dan Wyoming (Cronin, 1989).
  • Pilihan raya panggil balik adalah proses yang dimulakan oleh rakyat yang, jika berjaya, memecat pegawai yang dilantik daripada jawatannya lalu terus digantikan. Sistem penarikan balik pertama di Amerika Syarikat telah diterima pakai di Los Angeles pada tahun 1903. Lazimnya, proses itu melibatkan pengumpulan petisyen rakyat untuk memanggil balik pegawai yang dilantik; jika bilangan tandatangan sah yang mencukupi dikumpulkan dan disahkan, pemilihan panggil balik akan dicetuskan. Terdapat empat pilihan raya panggil balik gabenor dalam sejarah AS (dua daripadanya menyebabkan penarikan balik gabenor) dan 38 pilihan raya panggil balik bagi penggubal undang-undang negeri (55% daripadanya berjaya). 19 negeri dan Daerah Columbia mempunyai fungsi panggil balik untuk pegawai negeri. Negeri tambahan mempunyai fungsi panggil balik untuk bidang kuasa tempatan. Sesetengah negeri memerlukan alasan khusus untuk kempen petisyen panggil balik. [33]
  • Pengesahan undang-undang statut tersedia di Nevada. Ia membolehkan pengundi mengumpul tandatangan untuk depankan undi soalan yang meminta rakyat negeri mengesahkan undang-undang negeri tetap. Sekiranya undang-undang itu disahkan oleh majoriti rakyat negeri, badan perundangan negeri akan dihalang daripada meminda undang-undang, dan ia boleh dipinda atau dimansuhkan hanya jika diluluskan oleh majoriti rakyat negeri dalam undian langsung. [34]

Demokrasi langsung mengikut negara[sunting | sunting sumber]

Kekuatan demokrasi langsung di negara individu boleh dibandingkan secara kuantitatif oleh komponen indeks undi popular langsung yang dimulakan warganegara melalui indeks Demokrasi V-Dem . [35] Indeks yang lebih tinggi menunjukkan lebih banyak inisiatif dan referendum popular demokrasi langsung, ditunjukkan di bawah bagi beberapanegara individu. Hanya negara dengan indeks melebihi 0 ditunjukkan.

Negara Komponen indeks undi popular langsung yang dimulakan warganegara dalam 2021 [35]
 Albania</img> 0.077
 Bolivia</img> 0.078
 Bulgaria</img> 0.292
 Cape Verde</img> 0.072
 Colombia</img> 0.041
 Costa Rica</img> 0.087
 Croatia</img> 0.262
 Ecuador</img> 0.073
 Georgia</img> 0.054
 Hungary</img> 0.242
 Italy</img> 0.409
 Kazakhstan</img> 0.032
 Kenya</img> 0.042
 Kyrgyzstan</img> 0.033
 Latvia</img> 0.155
 Lithuania</img> 0.191
 Luxembourg</img> 0.038
 Malta</img> 0.374
 Mexico</img> 0.091
 Moldova</img> 0.033
 Montenegro</img> 0.048
 New Zealand</img> 0.178
 North Macedonia</img> 0.133
 Peru</img> 0.249
 Philippines</img> 0.094
 Romania</img> 0.416
 Serbia</img> 0.099
 Slovakia</img> 0.334
 Slovenia</img> 0.444
 Switzerland</img> 0.841
 Taiwan</img> 0.445
 Togo</img> 0.037
 Uganda</img> 0.048
 Ukraine</img> 0.048
 Uruguay</img> 0.766

Trilemma reformasi demokratik[sunting | sunting sumber]

Ahli teori demokrasi telah mengenal pasti sebuah trilema yang wujud akibat kehadiran tiga ciri yang penting bagi sistem demokrasi langsung yang ideal, yang mencabar kebolehan sistem demokrasi langsung untuk menyampaikan ketiga-tiganya sekali. Ciri-ciri tersebut ialah penyertaan – penyertaan meluas dalam proses membuat keputusan oleh orang yang terjejas; musyawarah – perbincangan rasional di mana semua pandangan utama ditimbang mengikut bukti; dan kesaksamaan – semua ahli penduduk yang membuat keputusan bagi pihak mereka mempunyai peluang yang sama untuk mengambil kira pandangan mereka. Bukti empirikal daripada berpuluh-puluh kajian menunjukkan perbincangan membawa kepada membuat keputusan yang lebih baik. [36] [37] [38] Bentuk penyertaan langsung popular yang paling popular dipertikaikan merupakan referendum mengenai hal-hal perlembagaan. [39]

Untuk memastikan sistem ini menghormati prinsip kesaksamaan politik, sama ada semua orang (iaitu rakyat kawasan atau negara tersebut) perlu terlibat ataupun wakil sampel yang dipilih secara rawak dari penduduk yang terpilih untuk mengambil bahagian dalam perbincangan. Dalam definisi yang digunakan oleh sarjana seperti James Fishkin, demokrasi bermusyawarah merupakan satu bentuk demokrasi langsung yang memenuhi keperluan bermusyawarah dan kesamarataan tetapi tidak membuat peruntukan untuk melibatkan semua orang yang ingin disertakan dalam perbincangan. Demokrasi penyertaan, mengikut definisi Fishkin, membenarkan penyertaan dan pertimbangan yang inklusif, namun mengorbankan kesaksamaan, kerana jika penyertaan meluas dibenarkan, sumber yang mencukupi jarang tersedia untuk memberi pampasan kepada orang yang mengorbankan masa mereka untuk mengambil bahagian dalam perbincangan. Oleh itu, peserta cenderung kepada mereka yang mempunyai minat yang kuat dalam isu itu untuk diputuskan dan selalunya tidak akan mewakili keseluruhan populasi. [40] Fishkin sebaliknya berpendapat bahawa persampelan rawak harus digunakan untuk memilih sebilangan kecil orang daripada orang awam dan pada masa yang sama masih tetap mewakili pendapat orang awam. [8] [36]

Fishkin mengakui ia berkumingkinan untuk membayangkan sebuah sistem demokrasi yang melangkaui trilema tersebut, namun ia memerlukan pembaharuan yang sangat radikal jika sistem sedemikian ingin dimasukkan ke dalam sistem politik terkini.

Kaitan dengan pergerakan lain[sunting | sunting sumber]

Mengamalkan demokrasi langsung – mengundi di Nuit Debout, Place de la République, Paris

Di sekolah[sunting | sunting sumber]

Sekolah demokratik yang dimodelkan berdasarkan Summerhill School menyelesaikan konflik dan membuat keputusan polisi sekolah melalui mesyuarat sekolah penuh di mana undian pelajar dan undian kakitangan ditimbang secara sama rata. [41]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

  • Anarko-komunisme
  • Perhimpunan rakyat
  • Demokrasi musyawarah
  • Sosialisme Libertarian
  • Demokrasi cair
  • Demokrasi partisipatif
  • Ekonomi penyertaan
  • Populisme
  • Demokrasi separa langsung
  • Sosiookrasi
  • Pengisihan
  • majlis pekerja

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Caves, R. W. (2004). Encyclopedia of the City. Routledge. m/s. 181.
  2. ^ Budge, Ian (2001). "Direct democracy". Dalam Clarke, Paul A.B.; Foweraker, Joe (penyunting). Encyclopedia of Political Thought. Taylor & Francis. ISBN 9780415193962.
  3. ^ a b c Smith, Graham (2009). Democratic Innovations: Designing Institutions for Citizen Participation (Theories of Institutional Design). Cambridge: Cambridge University Press. m/s. 112.
  4. ^ a b c Hirschbühl (2011a).
  5. ^ a b c Hirschbühl (2011b).
  6. ^ a b c Hirschbühl (2011c).
  7. ^ a b c Hirschbühl (2011d).
  8. ^ a b Fishkin 2011 Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "FishkinCh2&3" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  9. ^ Cherkaoui, Mohamed (29 October 2019). "Islam and Democracy: Comparative Analysis of Individual and Collective Preferences". Essay on Islamization: Changes in Religious Practice in Muslim Societies. Youth in a Globalizing World - Volume 10. Leiden: Brill (diterbitkan 2019). m/s. 201. ISBN 9789004415034. Dicapai pada 27 June 2021. [...] individuals, Muslims and non-Muslims, Greeks, Arabs, Berbers, Africans and Amerindians, have lived according to the principles of a type of direct democracy in their societies. [...] In the West, since the great revolutions, from the English in the 17th century, the American and French of the end of the 18th century, elites and then all the people have gradually experimented with a liberal democracy whose principles are indisputably different from those of tribal democracy.
  10. ^ Compare: Glassman, Ronald M. (19 June 2017). "The Emergence of Democracy in Bands and Tribes". The Origins of Democracy in Tribes, City-States and Nation-States. 1. Cham, Switzerland: Springer (diterbitkan 2017). m/s. 4. ISBN 9783319516950. Dicapai pada 27 June 2021.
  11. ^ Raaflaub, Ober & Wallace 2007
  12. ^ a b Cary & Scullard 1967
  13. ^ Abbott, Frank Frost (1963) [1901]. A History and Descriptions of Roman Political Institutions (ed. 3). New York: Noble Offset Printers Inc. m/s. 157–165.
  14. ^ Lintott, Andrew (2003). The Constitution of the Roman Republic. Oxford: Oxford University Press. m/s. 3. ISBN 0-19-926108-3.
  15. ^ Lintott 2003.
  16. ^ Gruen, Erich S. (2000). "Review of The Crowd in Rome in the Late Republic". Classical Philology. 95 (2): 236–240. doi:10.1086/449494. JSTOR 270466.
  17. ^ a b c d Kobach 1993
  18. ^ Rushkoff, Douglas (2004). Open Source Democracy. Project Gutenburg: Project Gutenberg Self-Publishing.
  19. ^ Henderson, J. (1996) Comic Hero versus Political Elite pp. 307–19 in Sommerstein, A.H.; S. Halliwell; J. Henderson; B. Zimmerman, penyunting (1993). Tragedy, Comedy and the Polis. Bari: Levante Editori.
  20. ^ Elster 1998
  21. ^ "Caesarism in Democratic Politics: Reflections on Max Weber".
  22. ^ "The Princely House Of Liechtenstein: 900 Years Of History".
  23. ^ "Liechtenstein's referendum on COVID-19 measures fails".
  24. ^ a b c d Vincent Golay and Mix et Remix, Swiss political institutions, Éditions loisirs et pédagogie, 2008. ISBN 978-2-606-01295-3. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Golay" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  25. ^ a b "Referendums". ch.ch – A service of the Confederation, cantons and communes. Berne, Switzerland: Swiss Confederation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-01-10. Dicapai pada 2017-01-09. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "refdum" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  26. ^ Julia Slater (28 June 2013). "The Swiss vote more than any other country". Berne, Switzerland: swissinfo.ch – the international service of the Swiss Broadcasting Corporation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-07-13. Dicapai pada 2015-07-27.
  27. ^ Duc-Quang Nguyen (17 June 2015). "How direct democracy has grown over the decades". Berne, Switzerland: swissinfo.ch – the international service of the Swiss Broadcasting Corporation. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 September 2015. Dicapai pada 2015-07-27.
  28. ^ Trechsel (2005)
  29. ^ Bryan, Frank M. (15 March 2010). Real Democracy: The New England Town Meeting and How It Works. University of Chicago Press. ISBN 9780226077987. Dicapai pada 27 April 2017 – melalui Google Books.
  30. ^ The Federalist No. 10 – The Utility of the Union as a Safeguard Against Domestic Faction and Insurrection (continued) – Daily Advertiser – November 22, 1787 – James Madison. Retrieved 2007-09-07.
  31. ^ Zagarri 2010, halaman 97
  32. ^ Watts 2010
  33. ^ Recall of State Officials, National Conference of State Legislatures (March 8, 2016).
  34. ^ Statute affirmation, Ballotpedia
  35. ^ a b Sigman, Rachel, and Staffan I. Lindberg. "Neopatrimonialism and democracy: An empirical investigation of Africa's political regimes." V-Dem Working Paper 56 (2017).
  36. ^ a b Ross 2011 Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Ross 2011 loc= Chapter 3" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  37. ^ Stokes 1998
  38. ^ Even Susan Strokes in her critical essay Pathologies of Deliberation concedes that a majority of academics in the field agree with this view.
  39. ^ Jarinovska, Kristine (2013). "Popular initiatives as means of altering the core of the Republic of Latvia" (PDF). Juridica International. 20: 152. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-07-18.
  40. ^ Fishkin suggests they may even have been directly mobilized by interest groups or be largely composed of people who have fallen for political propaganda and so have inflamed and distorted opinions.
  41. ^ Burgh, Gilbert (2006). Ethics and the Community of Inquiry: Education for Deliberative Democracy. Cengage Learning Australia. m/s. 98. ISBN 0-17-012219-0.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]