Unifi TV

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
unifi TV
JenisIPTV Swasta
Negara
KetersediaanKebangsaan
MotoPrimetime, Anytime, Everytime (2013 - 2018)
Tarikh pelancaran
24 Mac 2010 (sebagai HyppTV)
12 Januari 2018 (sebagai unifi TV)
Laman sesawang
https://unifi.com.my/tv/

Unifi TV (dahulu dikenali sebagai HyppTV)[1] merupakan perkhidmatan IPTV terulung di Malaysia yang dimiliki oleh Telekom Malaysia (TM). Ia mula-mula diperkenalkan sebagai pelengkap untuk pelanggan perumahan unifi. Mulai 2013, unifi TV turut dinikmati oleh pelanggan perniagaan unifi dan pelanggan Broadband.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Logo lama HyppTV (2010 - 2018).
  • 2010, 24 Mac: Perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi Unifi dilancarkan, besertakan perkhidmatan IPTV iaitu HyppTV untuk pelanggan rumah.[2]
  • 2012, 24 Mac: HyppTV menawarkan Platinum Pack yang menawarkan 30 saluran berbayar terpilih ketika itu dalam satu pakej pada harga RM30 (RM1/saluran) sebagai alternatif kepada membeli satu demi satu saluran pada harga yang lebih.
  • 2012, 26 November: HyppTV diperluas kepada pelanggan perniagaan UniFi.[3]
  • 2013, Januari: HyppTV menawarkan Ruby Pack yang terdiri daripada 10 saluran berbahasa Cina dan Asia pada harga RM30 sebulan (RM3/saluran).
  • 2013, Mei: HyppTV merombak semula Platinum Pack untuk pelanggan baharu supaya hanya merangkumi saluran-saluran berbayar berbentuk hiburan antarabangsa (selain Ruby Pack), di samping memperkenalkan Mega Pack dan Sports Pack.
  • 2013, Julai: HyppTV ditawarkan kepada pelanggan Streamyx 4Mbps dan 8Mbps, di samping boleh ditonton dalam peranti mudah alih (telefon pintar dan tablet) melalui aplikasi HyppTV Everywhere yang diperkenalkan serentak dengannya.
  • 2013, 1 Ogos: Sejarah tercipta apabila Astro dan TM memeterai perjanjian untuk berkongsi siaran Astro SuperSport dan Astro SuperSport 2 di samping hak penyiaran Liga Perdana Inggeris dengan HyppTV. Perjanjian Astro dengan HyppTV bermula pada 1 Ogos 2013 sehingga siaran akhir 31 Julai 2016.[4]
  • 2013, 1 September: Siaran saluran baharu RTL CBS Entertainment HD dilancarkan.
  • 2014, 26 Mac: Saluran filem VOD berbahasa Malaysia yang pertama, Dunia Sinema dilancarkan – hasil kerjasama antara HyppTV dan Metrowealth International Group (MiG). Saluran ini menyiarkan filem-filem terbaik sepanjang zaman edaran MiG untuk tontonan seisi keluarga, dan boleh dilanggan dengan harga RM10 sebulan.
  • 2014, 1 April: Siaran RTL CBS Extreme HD dilancarkan.
  • 2014, 4 Ogos: Saluran asli HyppTV berbahasa Malaysia yang pertama, HyppSensasi HD dilancarkan.
  • 2014, 1 Oktober: Susulan kemunculan saluran Astro SuperSport HD dan Astro SuperSport 2 HD pada Ogos 2013, HyppTV melancarkan 3 lagi saluran di bawah naungan Astro; iaitu Astro Awani, Astro Oasis, Astro Vaanavil dan satu saluran dari India iaitu Makkal TV.
  • 2015, Januari: HyppTV merombak semula penawaran pakej sedia ada, termasuklah memperkenalkan tiga pakej baharu; iaitu Aneka Pack (RM30/bulan), Jumbo Pack (RM60/bulan), dan Varnam Pack (RM30/bulan). Keistimewaan Jumbo Pack ialah penawaran kandungan sukan daripada Sports Pack yang kini menjadi sebahagian daripada penawaran pakej ini, selain menamatkan penawaran Mega Pack dan Platinum Pack sebelum ini.
  • 2015, 1 September: Saluran EC Inspirasi ditukar nama kepada HyppInspirasi HD. Saluran baru turut dilancarkan iaitu DreamWorks Channel HD.
  • 2015, 1 Oktober: Saluran HyppInspirasi HD kini dijadikan saluran premium, sekali gus ditawarkan secara à la carte atau melalui langganan Aneka Pack.
  • 2016, 26 Ogos: HyppTV telah melancarkan rangkaian FOX Sports (FOX Sports HD, FOX Sports 2 HD, FOX Sports 3 HD & FOX Sports News HD) untuk semua pelanggan HyppTV yang melanggan Sports Pack atau secara à la carte.
  • 2016, 1 Oktober: HyppTV telah melancarkan BBC World News HD dan BBC First HD (VOD) untuk semua pelanggan HyppTV yang melanggan Jumbo Pack.
  • 2017, 1 April: HyppTV telah melancarkan 7 saluran baru; iaitu Zee TV, Zee Cinema, Zee Tamil, Pesona HD (gantian saluran MNC Channel), Sony SET, Sony SAB, dan tvN Movies HD, untuk meraikan 7 tahun kewujudan HyppTV.
  • 2017, Jun: HyppTV melancarkan pakej baru iaitu Jumbo Lite Pack dengan harga langganan RM30 sebulan, sebagai ganti kepada Platinum Pack sebelum ini; diiringi dengan pelancaran 2 saluran baru iaitu Animax HD dan Sony Channel HD.
  • 2017, 19 Jun: HyppTV membuka kesemua saluran termasuklah 5 saluran VOD HyppTV bermula 19 Jun sehingga 18 Julai untuk meraikan perayaan Hari Raya Aidilfitri.
  • 2017, 1 Ogos: HyppTV telah melancarkan 3 saluran baru iaitu MTV Asia HD (gantian saluran MTV Live HD), Nickelodeon, dan Paramount Channel HD.
  • 2017, 15 Oktober: Perkhidmatan karaoke atas permintaan (on demand) pertama seumpamanya di Malaysia, HyppStars ditamatkan.
  • 2017, 22 Disember: HyppSensasi HD telah mencapai rekod 1 juta tontonan sejak pengenalan saluran pada 4 Ogos 2014.[5]
  • 2018, 12 Januari: HyppTV dan HyppTV Everywhere dijenamakan semula sebagai unifi TV dan playTV@unifi.
  • 2018, 15 Januari: Rancangan candawara (game show) interaktif bersiaran langsung yang pertama seumpamanya di Malaysia, Teka Tekan dilancarkan; yang mana membolehkan para pelanggan unifi TV menjawab soalan melalui alat kawalan jauh, dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM20,000 setiap hari.[6]
  • 2018, Februari: Sejumlah saluran di bawah kendalian Walt Disney Company Asia (WDCA) telah dilancarkan di unifi TV. Saluran-saluran tersebut ialah FOX, FOX Life, FX, FOX Movies, FOX Action Movies, FOX Family Movies, National Geographic, Nat Geo Wild, BabyTV, dan Sky News.[7]
  • 2018, 1 Februari: unifi TV dengan kerjasama Football Malaysia LLP (FMLLP) membawakan acara perlawanan bola sepak Liga Malaysia 2018 secara langsung di HyppSports HD, yang merangkumi unifi Liga Super Malaysia, unifi Piala Malaysia, 100Plus Liga Premier Malaysia, Piala Sumbangsih, dan Piala FA Malaysia.[8]
  • 2018, Mac: unifi TV melakukan rombakan semula dengan menyusun sejumlah 69 nombor saluran mengikut kesesuaian genre secara lebih teratur demi pengalaman tontonan yang lebih baik. Pengguna perlu melakukan but semula terhadap kotak atas set (STB) unifi TV bermula 1 Mac 2018 untuk menerima kemaskini ini.[9][10]
  • 2018, April: unifi TV sekali lagi merombak pakej-pakej langganan sedia ada, dengan memfokuskan kepelbagaian etnik dan sukan dalam satu pek mampu milik. Pek-pek unifi TV telah berubah nama kepada "Ultimate Pack" (sebelum ini Jumbo Pack), "Aneka Plus Pack", "Ruby Plus Pack", dan "Varnam Plus Pack." Sejumlah saluran baharu dari Walt Disney Company Asia (WDCA) kini tersedia untuk ditonton di aplikasi playTV@unifi, selain melancarkan sebuah saluran berbahasa Jepun iaitu NHK World Premium.[11]
  • 2018, 1 Jun: Dua saluran baharu dilancarkan, iaitu CJ WOW SHOP HD (saluran home shopping 24 jam oleh Media Prima & CJ O Shopping) dan Dunia Sinema HD (migrasi saluran VOD ke saluran TV).
  • 2019, 1 April: Rangkaian Zee (Zee TV, Zee Tamil, dan Zee Cinema) di Varnam Pack beralih kepada saluran-saluran baharu daripada rangkaian Colors Viacom 18 iaitu Colors, Colors Cineplex, dan Colors Tamil HD.
  • 2020, 15 Januari: Sejajar dengan pelancaran produk unifi Plus Box, saluran televisyen beresolusi 4K yang pertama di unifi TV telah dilancarkan, iaitu Love Nature 4K.[12]
  • 2020, 7 Februari: TM Multimedia (TMM) sebagai penaja utama Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), 'melantik' unifi TV sebagai rakan penyiar rasmi secara eksklusif untuk kesemua acara bola sepak Liga Malaysia untuk tempoh tiga tahun mendatang menerusi platform televisyen, mudah alih, dan penstriman langsung secara atas talian.[13]

Am[sunting | sunting sumber]

Set-top-box (STB) yang digunakan TM untuk unifi TV ialah jenis Huawei EC6106v5 dan Huawei EC6108v8. Bermula Januari 2019, para pelanggan baharu unifi dan Broadband tidak akan menerima STB unifi TV dek kerana tabiat tontonan kandungan TV secara bergerak (on-the-go).[14]

Produk Media Box yang baharu, yang digelar unifi Plus Box telah dilancarkan pada 15 Januari 2020. Ini merupakan penaik-tarafan daripada Media Box sebelumnya, yang mana kini ia menggunakan perisian terbina Android TV versi 9.0, menyokong siaran gambar 4K UHD, selain ciri-ciri baharu dan menarik demi pengalaman tontonan yang lebih mengujakan untuk pelanggan unifi.[15]

Semua saluran berbayar boleh dilanggan secara à la carte dengan harga RM6 hingga RM40, ataupun dibeli secara pukal dalam pek unifi TV sedia ada pada harga langganan antara RM30 dan RM60 sebulan. Ciri-ciri istimewa seperti time-shift TV (membeku, memutar balik dan memainkan semula gambar siaran) dan catch-up TV (menonton tayangan yang lepas) disediakan untuk saluran-saluran yang tertentu.

2013 - 2014: Kesemua saluran berbayar yang diperkenalkan sebelum April 2013 digolongkan dalam Platinum Pack, kecuali saluran-saluran Cina (200-an) yang tergolong dalam Ruby Pack dan saluran-saluran sukan (700-an) yang tergolong dalam Sports Pack. Setiap pakej tersebut berharga RM30 sebulan. Gabungan Platinum dan Ruby serta saluran-saluran sukan pilihan (Trace Sport Stars, Outdoor Channel, HyppXtreme & HyppSports Academy), iaitu Mega Pack, boleh dibeli pada harga RM50.

Dari semasa ke semasa, TM telah mengemaskini pakej unifi TV mereka.

TM telah bekerjasama dengan iflix untuk memperluaskan lagi hiburan dan rancangan pilihan. Dengan iflix, para pengguna boleh menonton banyak lagi filem dan drama dari dalam dan luar negara, telenovela, rancangan realiti, kanak-kanak, dan lain-lain. Pelanggan unifi TV boleh mencapai iflix terus daripada kotak atas set melalui butang-i lalu memilih TV Apps.

2016: TM telah memperkenalkan TV Apps – hasil kerjasama dengan pelbagai perkhidmatan penstriman terkemuka di dunia seperti BBC untuk memperluaskan lagi hiburan berkelas dunia untuk semua pelanggan unifi TV. Antaranya ialah BBC Player, dimsum, iflix, Lebara Play, tonton, Viu, dan YuppTV. Kesemua perkhidmatan ini telah diintegrasikan dengan pek langganan unifi TV sedia ada.

2019: TM telah mula mengemaskini paparan antaramuka yang serba baharu melalui unifi TV Media Box sedia ada dan aplikasi playTV@unifi sekitar akhir November ke awal Disember 2019. Pengguna dinasihatkan supaya Media Box berada dalam mod ‘standby’ untuk dikemaskini. Untuk pengalaman tontonan lebih komprehensif di luar rumah, pengguna boleh memuat turun aplikasi baharu playTV@unifi di Apple App Store dan Google Play, atau melayari laman sesawang http://playtv.unifi.com.my untuk tontonan melalui desktop.[16][17]

Pakej unifi TV[sunting | sunting sumber]

  • Ultimate PackRM 60.00/bulan
  • Aneka Plus PackRM 30.00/bulan
  • Ruby Plus PackRM 30.00/bulan
  • Varnam Plus PackRM 30.00/bulan

Para pelanggan unifi TV juga boleh memilih untuk melanggan hanya saluran-saluran premium yang ingin ditonton (à la carte) daripada melanggani keseluruhan pek – bermula daripada serendah RM 6.00 sebulan.

Senarai saluran[sunting | sunting sumber]

Setakat Ogos 2020, berikut merupakan senarai ketersediaan saluran unifi TV.

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tekan saluran 100 atau butang berwarna biru (B) untuk Live TV Mosaic.

Senarai Saluran Televisyen unifi TV
Kategori Nombor Saluran Pakej langganan Harga langganan
à la carte per bulan*
On Demand
(HyppPlay)
playTV@unifi
Tempatan 101 TV1 Percuma Red XN Green tickY
102 TV2 Red XN Green tickY
103HD TV3 Red XN Green tickY
107HD ntv7 Red XN Green tickY
108HD 8TV Red XN Green tickY
109HD TV9 Red XN Green tickY
110HD unifi TV Highlights Red XN Red XN
Tempatan 113HD Salam HD Green tickY Green tickY
114HD TV AlHijrah Green tickY Green tickY
116HD HyppSensasi Aneka Plus
Ultimate
RM 6.00 Green tickY Green tickY
118HD HyppInspirasi RM 9.00 Green tickY Green tickY
128HD Dunia Sinema RM 9.00 Green tickY Green tickY
141HD Pesona RM 9.00 Green tickY Green tickY
151HD LAKU Mall Percuma Red XN Green tickY
Oriental 201HD tvN Movies Ruby Plus
Aneka Plus
Varnam Plus
Ultimate
RM 15.00 Green tickY Green tickY
211HD tvN RM 9.00 Green tickY Green tickY
226HDa SCM Legend Ruby Plus
Ultimate
RM 9.00 Green tickY Green tickY
228HDa SCM RM 15.00 Green tickY Green tickY
232HDa STAR Chinese Channel RM 9.00 Green tickY Green tickY
233HDa now Jelli RM 9.00 Green tickY Green tickY
239 SET International RM 6.00 Green tickY Green tickY
Tamil & Hindi 301HD YuppThirai Varnam Plus
Ultimate
RM 9.00 Green tickY Green tickY
311HD Colors Tamil RM 6.00 Red XN Green tickY
312 Polimer RM 6.00 Green tickY Green tickY
313 Jaya Max RM 6.00 Red XN Green tickY
331 Sony MAX Varnam Plus
Aneka Plus
Ruby Plus
Ultimate
RM 9.00 Green tickY Green tickY
333 Colors Cineplex Varnam Plus
Ultimate
RM 9.00 Red XN Green tickY
341 Colors RM 6.00 Red XN Green tickY
342 Sony SAB RM 6.00 Red XN Green tickY
343 Sony SET (SET India) RM 6.00 Red XN Green tickY
Filem 401HD FOX Movies Ultimate RM 40.00 Green tickY Green tickYα
402HD FOX Action Movies Green tickY Green tickYα
403HD FOX Family Movies Green tickY Green tickYα
408HD Paramount Channel RM 15.00 Green tickY Green tickY
411HD CinemaWorld RM 9.00 Green tickY Green tickY
Variasi 451HD Warner TV Ultimate
Aneka Plus
Ruby Plus
Varnam Plus
RM 9.00 Green tickY Green tickY
453HD FOX RM 9.00 Green tickY Green tickY
454HD FX RM 9.00 Green tickY Green tickY
455HD FOX Life RM 9.00 Green tickY Green tickY
471HD Comedy Central RM 9.00 Green tickY Green tickY
473HD Blue Ant Entertainment RM 9.00 Green tickY Green tickY
474HD Blue Ant Extreme Percuma Green tickY Green tickY
Gaya Hidup 501HD BBC Earth Ultimate RM 9.00 Green tickY Green tickY
502HDb Love Nature 4K Ultimate
Aneka Plus
Ruby Plus
Varnam Plus
RM 9.00 Red XN Green tickY
508HD National Geographic Ultimate RM 9.00 Green tickY Green tickY
509HD Nat Geo Wild RM 9.00 Red XN Green tickY
511HD Nat Geo People Percuma Green tickY Green tickY
512HD BBC Lifestyle Ultimate
Aneka Plus
Ruby Plus
Varnam Plus
RM 6.00 Green tickY Green tickY
521HD Travel Channel Percuma Green tickY Green tickYα
529HD Luxe.TV Red XN Green tickY
531HD MTV Asia Ultimate
Aneka Plus
Ruby Plus
Varnam Plus
RM 9.00 Green tickY Green tickY
Kanak-kanak 550HD DreamWorks Channel RM 9.00 Green tickY Green tickY
552HD Nick Jr. RM 6.00 Green tickY Green tickY
553HD CBeebies RM 6.00 Green tickY Green tickY
554HD Nickelodeon RM 9.00 Green tickY Green tickY
555HD Boomerang RM 9.00 Green tickY Green tickY
562HD BabyTV RM 9.00 Red XN Green tickYα
Berita 601HD BBC World News RM 9.00 Red XN Green tickY
602HD Al Jazeera English RM 9.00 Red XN Green tickYα
603HD Sky News RM 9.00 Red XN Green tickYα
611HD CNA Percuma Green tickY Green tickY
612 Euronews Red XN Green tickY
631 BERNAMA TV Red XN Green tickYα
633HD Parlimen Malaysia Red XN Green tickY
641 ABC Australia Red XN Green tickY
642HD DW Red XN Green tickY
643HD NHK World Japan Red XN Green tickY
651HD NHK World Premium À la carte sahaja RM 9.00 Red XN Red XN
652 France 24 RM 20.00 Red XN Green tickY
Sukan 701HD unifi Sports 1c Ultimate RM 10.00 Green tickY Green tickY
702HD unifi Sports 2c Green tickY Green tickY
703HD unifi Sports 3c Green tickY Green tickY
704HD unifi Sports 4c Green tickY Green tickY
705HD unifi Sports 5c Green tickY Green tickY
706HD FOX Sports Ultimate
Aneka Plus
Ruby Plus
Varnam Plus
RM 40.00 Green tickY Green tickY
707HD FOX Sports 2 Green tickY Green tickY
708HD FOX Sports 3 Percuma Green tickY Green tickY
Khas 888HD unifi TV Movie Lounge Red XN Green tickY

*Tertakluk kepada perubahan.

Nota

  • ↑α  Eksklusif untuk pelanggan yang mempunyai unifi TV Media Box sahaja.
  • ↑a  Walaupun saluran dinyatakan dalam HD, saluran tersebut disediakan dalam kualiti SD 16:9 buat masa ini.
  • ↑b  Walaupun saluran dinyatakan dalam 4K, saluran tersebut disediakan dalam kualiti HD 1080i buat masa ini.
  • ↑c  Saluran khas untuk perlawanan Liga Malaysia, tersedia untuk waktu terhad.

Video atas permintaan[sunting | sunting sumber]

Untuk mencapai saluran video-on-demand (VOD) unifi TV, pengguna perlu menekan butang VOD pada alat kawalan jauh unifi TV.

Senarai Saluran On Demand unifi TV
Saluran Keterangan Pakej langganan Harga langganan à la carte playTV@unifi
AlHijrah On Demand Rancangan keagamaan keluaran TV AlHijrah Aneka Plus
Ultimate
RM 10.00/bulan Green tickY
BBC First Saluran siri TV UK kendalian BBC Ultimate
Aneka Plus
Ruby Plus
Varnam Plus
RM 15.00/bulan Green tickY
HyppFlicks Plus Saluran sewa filem satu-persatu À la carte RM 10.00/judul
(Filem Hollywood & Asia)
RM 15.00/judul
(Filem Malaysia & Premium)
Green tickY
now Baogu Movies On Demand Saluran tayangan filem-filem blokbuster terbaik dari Hong Kong dan Asia Ruby Plus
Ultimate
RM 15.00/bulan Green tickY
On Demand (HyppPlay) Saluran pilihan pada rancangan Saluran à la carte pek unifi TV yang terlibat Sekali dengan pembelian saluran/pakej berkenaan Green tickY
Snek Kandungan hiburan bite-sized daripada unifi TV Percuma Green tickY*

*Tersedia dalam aplikasi playTV@unifi.

Interaktif[sunting | sunting sumber]

Untuk mencapai saluran Apps unifi TV, pengguna perlu menekan butang-i pada alat kawalan jauh unifi TV.

Senarai Saluran Apps unifi TV
Saluran Keterangan
i-Contest Saluran peraduan interaktif yang dianjurkan oleh unifi TV untuk para pelanggan berpeluang memenangi hadiah eksklusif.
iflix Sebuah perkhidmatan VOD tempatan yang menghimpunkan rancangan asli, siri TV eksklusif secara terus, serta filem-filem blokbuster.
playTV@unifi Saluran sehentian untuk tutorial aplikasi TV secara on-the-go yang dicipta khusus untuk pelanggan unifi TV.
Waktu Solat Dapatkan waktu-waktu solat dari bandar-bandar utama seluruh Malaysia, dibawakan oleh JAKIM.

Radio[sunting | sunting sumber]

Saluran-saluran terdahulu[sunting | sunting sumber]

2013

  • SS Musicdigantikan kepada Polimer pada 1 Januari 2013
  • FOX Football Channel Plus HDditamatkan pada 31 Julai 2013
  • Nat Geo Musicdigantikan kepada Channel [V] International HD pada 31 Ogos 2013

2014

  • KidsCoditamatkan pada 10 Februari 2014
  • EMASditamatkan pada 1 Ogos 2014, digantikan kepada HyppSensasi HD pada 4 Ogos 2014
  • Trace Sport Stars HDditamatkan pada 30 September 2014
  • UTV Starsditamatkan pada 30 September 2014

2015

  • EC Inspirasidijenamakan semula sebagai HyppInspirasi HD pada 1 September 2015
  • BBC Entertainmentditamatkan pada 1 Oktober 2015, digantikan kepada BBC First HD (VOD) pada 1 Oktober 2016
  • FOX Football Channel HDditamatkan pada Oktober 2015, digantikan kepada FOX Sports HD pada 26 Ogos 2016

2016

  • Discovery Kidsditamatkan pada 16 Januari 2016
  • Fashion TV HDditamatkan pada 1 Mei 2016
  • Hikmah Channeldijenamakan semula sebagai Salam HD pada 5 Jun 2016
  • Astro Awaniditamatkan pada 1 Ogos 2016
  • Astro Oasisditamatkan pada 1 Ogos 2016
  • Astro SuperSport HDditamatkan pada 1 Ogos 2016
  • Astro SuperSport 2 HDditamatkan pada 1 Ogos 2016
  • Astro Vaanavilditamatkan pada 1 Ogos 2016
  • Makkal TVditamatkan pada 1 Ogos 2016
  • TV Direct Showcaseditamatkan pada 1 Disember 2016

2017

  • Bindass Playditamatkan pada 1 April 2017
  • FOX Sports News HDditamatkan pada 1 April 2017
  • MNC Channeldigantikan kepada Pesona HD pada 1 April 2017
  • UTV Bindassditamatkan pada 1 April 2017
  • Syfy HDditamatkan pada 30 Jun 2017
  • Universal Channel HDditamatkan pada 30 Jun 2017
  • Hao Xiang Shopping TV HDditamatkan pada 1 Julai 2017
  • HyppSports 4 HDditamatkan pada 1 Julai 2017
  • MTV Live HDdigantikan kepada MTV Asia HD pada 1 Ogos 2017
  • Motorvision HDditamatkan pada 1 September 2017

2018

2019

  • Channel W HDditamatkan pada 1 Januari 2019
  • CJ WOW SHOP HDditamatkan pada 1 Januari 2019
  • HyppSports 3 HDditamatkan pada 1 Januari 2019, dijenamakan semula sebagai unifi Sports 3 HD pada 28 Februari 2020
  • Outdoor Channel HDditamatkan pada 1 Januari 2019
  • now Chinese Dramaditamatkan pada 1 Mac 2019
  • Zee Cinemadigantikan kepada Colors Cineplex pada 1 April 2019
  • Zee Tamildigantikan kepada Colors Tamil HD pada 1 April 2019
  • Zee TVdigantikan kepada Colors pada 1 April 2019
  • MUTV HDditamatkan pada 1 Jun 2019
  • Sony Channel HDditamatkan pada 1 Jun 2019
  • Bloomberg Televisionditamatkan pada 1 September 2019
  • BabyFirst HDditamatkan pada 1 Oktober 2019
  • RED by HBO HDditamatkan pada 1 Oktober 2019
  • now International HDditamatkan pada 15 November 2019

2020

  • now Baogu Movies HDdijadikan saluran VOD pada 1 Mac 2020
  • Animax HDditamatkan pada 1 Julai 2020
  • UTV Movies Internationalditamatkan pada 1 Julai 2020, digantikan kepada YuppThirai HD pada 8 Julai 2020

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Qishin Tariq (January 15, 2018). "HyppTV rebrands as unifi TV". The Star (Malaysia). Dicapai pada January 25, 2018.
  2. ^ PELANCARAN PERKHIDMATAN JALUR LEBAR BERKELAJUAN TINGGI GENERASI AKAN DATANG TM MEMPAMERKAN CIRI-CIRI GAYA HIDUP DAN HIBURAN UNTUK ORANG AWAM (kenyataan akhbar), TM, 17 Mac 2010.
  3. ^ Two New TM UniFi for Business Packages- BIZ30 & BIZ50, Malaysian Wireless, 27 Nov 2012.
  4. ^ Astro Dan Telekom Malaysia Bekerjasama – Dua Saluran Astro SuperSport Ke HyppTV, Amanz.my, 1 Ogos 2013.
  5. ^ unifi TV : HyppSensasi Tontonan Percuma (HyppSensasi Saluran 116), YouTube unifi, 21 Disember 2017.
  6. ^ Laman Rasmi Teka Tekan, unifi TV, 12 Januari 2018.
  7. ^ unifi TV: Now 10x Better with 10 New Channels, YouTube unifi, 7 Mac 2018.
  8. ^ Unifi TV Akan Menyiarkan Liga Super, Piala Malaysia, Piala FA Dan Liga Premier, Amanz.my, 2 Februari 2018.
  9. ^ unifi TV - Renumbering Channels, unifi TV, 1 Mac 2018.
  10. ^ FAQ - unifi TV Channel Renumbering unifi TV, 1 Mac 2018.
  11. ^ unifi TV Packages unifi TV, 1 Mac 2018.
  12. ^ Brand New Channel LOVE NATURE 4K Now On Unifi TV, Budiey, 21 Disember 2019.
  13. ^ TM BANGKITKAN SEMANGAT PEMINAT BOLA SEPAK MALAYSIA: MENGUMUMKAN KERJASAMA DENGAN MFL SEBAGAI PENAJA RASMI LIGA MALAYSIA MUSIM 2020-22, MFL, 7 Februari 2020.
  14. ^ TM No Longer Provides unifi TV Set-Top Box To New Customers Starting This Month Lowyat.net, 17 Januari 2019.
  15. ^ Unifi Plus Box Kini Ditawarkan Oleh TM – Hadir Bersama Android TV Amanz.my, 15 Januari 2020.
  16. ^ ALL-NEW VIEWING EXPERIENCE WITH UNIFI TV unifi TV, 2 Disember 2019.
  17. ^ FAQ on unifi TV new User Interface (UI) unifi TV, 2 Disember 2019.
Sumber
  1. Pelancaran IPTV oleh TM
  2. Saluran FOX Football Channel dan BBC Entertainment ditamatkan
  3. Saluran Fashion TV HD ditamatkan
  4. Playbox HD daripada KRU Studios
  5. Pelancaran 3 Saluran baru pada Ogos 2017

Pautan luar[sunting | sunting sumber]