Dibatag

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian

Dibatag (Ammodorcas clarkei), ataupun Gazel Clark ialah antelop bersaiz sederhana yang berasal dari Ethiopia dan Somalia. Walaupun bukan gazel sebenar, haiwan ini mempunyai penandaan yang serupa, dengan kaki dan leher yang panjang. Biasanya haiwan ini dikelirukan dengan gerenuk kerana rupa yang hampir serupa. Panjangnya yang biasa ialah antara 103 hingga 117 cm (41 hingga 46 in). Dan mempunyai ketinggian sekitar 80 hingga 90 cm (31 hingga 35 in). Berat dibatag jantan berada diantara 20 dan 35 kg (44 dan 77 lb), manakala betina mempunyai berat antara 22 dan 29 kg (49 dan 64 lb). Panjang tanduk melengkung hanya pada yang jantan biasanya berada pada 10 dan 25 cm (3.9 dan 9.8 in). Bahagian atasnya boleh berwarna kelabu hingga perang kekuningan, manakala bahagian dorsal dan lateral berwarna perang kemerahan. Bahagian bawah, pinggul dan bahagian dalam kaki kesemuanya putih. Walaupun terdapat penandaan pada muka, tiada penandaan wujud pada pinggul atau lambung.

Dibatag
Ammodorcas clarkei The book of antelopes (1894).jpg
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik e
Alam: Haiwan
Filum: Kordata
Klad: Synapsida
Kelas: Mamalia
Order: Artiodactyla
Keluarga: Bovidae
Subkeluarga: Antilopinae
Tribus: Antilopini
Genus: Ammodorcas
Thomas, 1891
Spesies:
A. clarkei
Nama binomial
Ammodorcas clarkei
(Thomas, 1891)[2]
Ammodorcas clarkii.png
Kawasan dibatag

Dibatag amat peka dan berahsia, dan kulitnya yang berwarna kelabu memberikan penyamaran yang baik, menyebabkan dibatag antara antelop paling sukar diburu. Haiwan ini juga bersifat diurnal dan bergerak dalam kumpulan kecil. Kedua-dua jantan dan betina mencapai kematangan seksual pada 12 ke 18 bulan. Spesis ini bersifat poligini. Selepas tempoh gestasi 6 ke 7 bulan, seekor anak dilahirkan. Kelahiran biasanya berlaku pada September ke November. Jangka hayatnya secara purata adalah 10 ke 12 tahun. Dibatag boleh menandakan kawasan dengan sementara menggunakan kelenjar preorbital, air kencing atau najis. Diabatag ialah pemakan daun dan biasanya makan daun-daun, pucuk muda dan belukar. Dibatag telah beradaptasi untuk habitat semi kering, dengan keupayaan untuk bertahan tanpa atau dengan sedikit air.

Beberapa faktor termasuk petempatan manusia, degradasi habitat, peningkatan haiwan ternakan, ketidakstabilan politik dan konflik ketenteraan di kawasannya serta kurang tindakan konservasi untuk dua ke tiga dekad pada hujung abad ke-20 telah mengurangkan populasi sehingga beberapa ribu. Populasi signifikan masih wujud di selatan Ogaden (Ethiopia). Dibatag disenaraikan oleh IUCN sebagai "Spesis Terjejas".

Taksonomi dan etimologi[sunting | sunting sumber]

Dibatag pertama kali diterangkan pada 1891 oleh ahli zoologi British Oldfield Thomas, yang memberi nama saintifik Ammodorcas clarkei. Haiwan ini merupakan satu-satunya ahli dalam genus Ammodorcas dan diletakkan dalam keluarga Bovidae. Beberapa penulis seperti Rod East dari kumpulan pakar antelop IUCN SSC telah mengelaskan dibatag dibawah tribe yang berasingan, Ammodorcadini.[3] Apabila Thomas pertama kali mengkaji spesimen dari Somalia pada 1891, dia memerhatikan bahawa haiwan tersebut kelihatan seperti mempunyai tanduk reedbuck dan ciri-ciri seekor gazel (muncung, penandaan muka, dan kelenjar anteorbital).

Pada mulanya, dia mengganggap bahawa ini ialah reedbuck, namun kelihatan aneh yang reedbuck wujud di penara kering dan berpasir Somalia. Thomas asalnya berpendapat bahawa dibatag mempunyai kaitan dengan genus Redunca kerana mempunyai persamaan dari segi tanduk, dan meletakkannya dibawah genus Cervipara. Setelah melihat beberapa spesimen lain, dia meletakkannya bawah genus berasingan Ammodorcas [2] Tiada subspesis lain yang dikenalpasti.[3][4] Dibatag yang mengangkat ekor hitamnya dengan tegak apabila hendak melarikan diri,[5] memeroleh nama umumnya dari perkataan Bahasa Somali untuk 'ekor' dan 'tegak' : dabu dan tag.[6] Dibatag juga dikenali sebagai gazel Clarke, sempena T. W. H. Clarke, seorang pemburu binatang buruan besar yang mengumpul spesimen tersebut.[7]


Habitat dan taburan populasi[sunting | sunting sumber]

Peta 1894 yang menunkukkan sejarah taburan populasi dibatag di Somaliland

Dibatag mendiami beberaps jenis habitat yang berbeza.[8] Mereka diketahui untuk berada dengan lebih kerap di kawasan yang mempunyai belukar Commiphora[8] yang wujud antara altitud 200 hingga 1,200 m (660 hingga 3,940 ka). Pemilihan habitat tidak berubah secara signifikan mengikut musim.[8] Kajian yang diterbit pada 1972 menjumpai bilangan dibatag yang lebih tinggi di kawasan yang kaya dengan tanah merah.[9] Dibatag endemik kepada kawasan belukar malar hijau di kawasan Ogaden di tenggara Ethiopia dan kawasan yang berdekatan di utara dan tengah Somalia.

Dibatag mendiami beberaps jenis habitat yang berbeza. Mereka diketahui untuk berada dengan lebih kerap di kawasan yang mempunyai belukar Commiphora yang wujud antara altitud. Pemilihan habitat tidak berubah secara signifikan mengikut musim. Kajian yang diterbit pada 1972 menjumpai bilangan dibatag yang lebih tinggi di kawasan yang kaya dengan tanah merah. Dibatag endemik kepada kawasan belukar malar hijau di kawasan Ogaden di tenggara Ethiopia dan kawasan yang berdekatan di utara dan tengah Somalia.

Pada waktu silam, kawasannya merentasi dari selatan Somalia utara melalui tenggara Ethiopia dan dan Somalia tengah, diantara pesisiran Lautan Hindi serta bersempadan dengan Sungai Fafen di barat dan Sungai Shebelle di barat daya. Lukisan dua ekor dibatag pada permukaan batu telah ditemui pada tebing barat Sungai Nil dan utara Empangan Aswan di Mesir, yang mencadangkan migrasi keselatan spesis ini semasa zaman mesir prasejarah.[8] Namun, kini dibatag telah hilang dari kebanyakkan kawasan yang didiaminya dahulu. Dari 1985 ke 2006, jumlah penurunan populasi dianggarkan melebihi 30 peratus populasi asal.[1] Di kawasan utara Ogaden, haiwan tersebut telah menjadi amat jarang ditemui, disebabkan kehadiran petempatan penduduk yang banyak serta kuantiti penternak bersenjata bersama haiwan ternakannya. Namun, di kawasan selatan Ogaden, dibatag masih boleh dijumpai kerana masih terdapat flora semulajadi dan kurangnya petempatan manusia.[10]

Ancaman dan Pemeliharaan[sunting | sunting sumber]

Kemarau dan kehilangan habitat ialah ancaman utama bagi dibatag. Di Somalia, langkah konservasi dihalang oleh ketidakstabilan politik disebabkan konflik selama dua ke tiga dekad semasa penghujung abad ke-20. Dalam tempoh ini, habitat mereka telah terjejas disebabkan eksploitasi hidupan liar, penggunaan senjata yang berleluasa, dan penebangan hutan.[11] Di Ethiopia, pemburuan ialah ancaman terbesar buat Dibatag,[11][12] dengan masyarakat tempatan mengatakan bahawa dagingnya disukai kerana rasanya yang enak.[12] Namun kulitnya yang perang dan kepekaannya menyebabkan pemburuaannya lebih sukar berbanding antelop lain di kawasan belukar.[11][12]

Dibatag telah dikenalpasti sebagai spesis terjejas oleh Kesatuan Pemuliharaan Alam Sekitar Antarabangsa (IUCN)[11] Dibatag juga tidak disenaraikan dalam Washington Convention(CITES). Tiada kawasan yang yang diwartakan sebagai rizab hidupan liar di dalam kawasannya. Tiada anggaran populasi atau survey yang boleh dibuat dalam tiga dekad antara 1960-an ke 1990-an akibat dari ketidakstablian politik dan konflik bersenjata dalam kawasannya. Jumlah populasi yang tinggal tidak diketahui. Pada 1998, Rod East memberi anggaran bahawa populasinya mungkin hanya beberapa ribu sahaja berdasarkan kawasan padang rumput yang tinggal hanya sebanyak 10,000 km2 (3,900 bt2) dan ketumpatan populasi antara 0.1 ke 0.3 bagi setiap kilometer persegi. Pada 2006, populasi di Ogaden dianggarkan hanya sebanyak 1,500 ekor sahaja.[11] Keaadan bagi dibatag amat menyedihkan di Somalia kerana mereka telah diburu secara berlebihan dan habitatnya juga dimusnahkan akibat aktiviti penternakan.[13] Dibatag juga diancam oleh kemarau.[13] Haiwan ini juga hampir hilang dari kebanyakkan dari Somalia menjelang awal 1980-an. Walaupun penduduk tempatan melihatnya di kawasan pedalaman di pesisiran pantai, tiada tinjauan dijalankan untuk menyokongnya.[12] Populasi yang berada dalam kurungan tidak diketahui.[14]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Heckel, J.; Wilhelmi, F.; Kaariye, X.; Amir, O. (2016). "Ammodorcas clarkei". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2016: e.T1141A50181613. doi:10.2305/IUCN.UK.2016-2.RLTS.T1141A50181613.en. Dicapai pada 19 November 2021.
  2. ^ a b Thomas, O. (1 June 1891). "On some antelopes collected in Somali-land by Mr. T. W. H. Clarke". Proceedings of the Zoological Society of London: 206–212.
  3. ^ a b Grubb, P. (2005). "Order Artiodactyla". Dalam Wilson, D. E.; Reeder, D. M (penyunting). Mammal Species of the World (ed. 3rd). Johns Hopkins University Press. m/s. 678. ISBN 978-0-8018-8221-0. OCLC 62265494.
  4. ^ Groves, C.; Grubb, P. (2011). Ungulate Taxonomy. Baltimore, Maryland: Johns Hopkins University Press. m/s. 155–6. ISBN 978-1-4214-0093-8.
  5. ^ Rafferty, J.P. (2011). Grazers (ed. 1st). New York: Britannica Educational Pub. m/s. 96–7. ISBN 978-1-61530-465-3.
  6. ^ Wilhelmi, Friedrich K. (2013). "Ammodorcas clarkei Dibatag (Clarke's Gazelle)". Dalam Kingdon, J.; Hoffmann, M. (penyunting). Mammals of Africa Volume VI. London: Bloomsbury. m/s. 387–390. ISBN 978-1-4081-2257-0.
  7. ^ Beolens, Bo; Watkins, Michael; Grayson, Michael (2009). The Eponym Dictionary of Mammals. JHU Press. m/s. 80. ISBN 978-0-8018-9533-3.
  8. ^ a b c d Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan kingdon2 tidak disediakan
  9. ^ Bolton, M. (1972). "Report on a wildlife survey of south east Ethiopia" (PDF). Walia: 26–8.
  10. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan east tidak disediakan
  11. ^ a b c d e Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan iucn status 19 November 20212 tidak disediakan
  12. ^ a b c d East, R.; IUCN/SSC Antelope Specialist Group (1999). African Antelope Database 1998. Gland, Switzerland: The IUCN Species Survival Commission. m/s. 267–8. ISBN 978-2-8317-0477-7.
  13. ^ a b Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan rafferty2 tidak disediakan
  14. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan kingdon3 tidak disediakan

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]