Elizabeth Bowes-Lyon

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Elizabeth Bowes-Lyon
Ibu Suri; sebelumnya Sri Ratu
Foto oleh Cecil Beaton, 1948
Foto oleh Cecil Beaton, 1948
Consort 11 Disember 19366 Februari 1952
Pertabalan 12 Mei 1937
Permaisuri George VI
Anakanda
Elizabeth II
Margaret, Countess of Snowdon
Nama penuh
Elizabeth Angela Marguerite Windsor
Gelaran
Yang Mulia Ibu Suri
Yang Mulia Sri Ratu
Yang Mulia The Duchess of York
Lady Elizabeth Bowes-Lyon
Yang Mulia Elizabeth Bowes-Lyon
Wangsa Dinasti Windsor
Ayahanda Claude, Earl of Strathmore
Bonda Cecilia, Countess of Strathmore
Lahir 4 Ogos 1900
London
Ditansir 23 September 1900
Mangkat 30 Mac 2002
Royal Lodge, Windsor
Dikebumikan 9 April 2002
Kapel St. George, Windsor

Elizabeth Angela Marguerite Bowes-Lyon (lahir 4 Ogos 1900 – meninggal 30 Mac 2002 pada umur 101 tahun), merupakan Ratu dari George VI Raja United Kingdom dari 1936 sehingga kematian George VI pada tahun 1952. Setelah kematian suaminya, baginda dikenali sebagai Ratu Elizabeth, Ibu Suri, untuk menghindarkan kebingungan dengan anakandanya Ratu Elizabeth II. Sebelum suaminya menaiki takhta, dari tahun 1923 sehingga 1936, baginda dikenal sebagai Duchess of York.

Elizabeth merupakan seorang Ratu Ireland dan Ratu India yang terakhir. Sebagai isteri raja, Elizabeth terkenal disebabkan peranannya dalam memberikan sokongan moral kepada rakyat Britain semasa Perang Dunia II, sehingga Adolf Hitler menggambarkannya sebagai "wanita paling berbahaya di Eropah."[1] Pada tahun-tahun terakhirnya, ia adalah anggota Keluarga Kerajaan Britain yang tetap terkenal, sementara anggota-anggota lainnya kebanyakannya tidak disukai oleh masyarakat.

Semasa kecil[sunting | sunting sumber]

Detail "The Duchess of York" oleh Philip de László, 1925

Elizabeth Bowes-Lyon adalah anak perempuan keempat dan anak ke-9 dari 10 anak dari Claude George Bowes-Lyon, Lord Glamis, (belakangan Earl of Strathmore and Kinghorne ke-14), dan istrinya, Cecilia Nina Cavendish-Bentinck. Tempat kelahirannya tetap tidak diketahui dengan pasti, namun kononnya baginda dilahirkan di rumah keluarganya di London di Belgrave Mansions, Grosvenor Gardens, atau di sebuah ambulans yang sedang membawa ibunya ke hospital.[2] Kelahirannya didaftarkan di Hitchin, Hertfordshire,[3] dekat rumah pedesaan keluarga Strathmore St. Paul's Walden Bury, dan baginda dibaptiskan di sana pada 23 September 1900, di sebuah gereja setempat. Ketika kecilnya banyak dilewatinya di St. Paul's Walden dan di Istana Glamis, rumah nenek moyang Earl ini di Glamis, Angus, Scotland.

Pada hari ulangtahunnya yang ke-14, Britain mengisytiharkan perang terhadap Jerman (lihat Perang Dunia I). Abangnya, Fergus, seorang perwira di Rejimen Black Watch, terbunuh dalam pertempuran di Loos, Perancis pada tahun 1915. Seorang abangnya yang lain, Michael, dilaporkan hilang dalam pertempuran pada Mei 1917. Namun demikian, sesungguhnya dia ditangkap setelah terluka dan tetap mendekam di sebuah kem tahanan perang sehingga perang berakhir. Glamis berubah menjadi klinik untuk para pahlawan yang terluka, dan Elizabeth ikut membantu mengendalikannya. Salah seorang pesakit yang dirawatnya menulis dalam buku autografnya bahawa dia akan "Digantung, ditarik, dan ... ditahan ... digantung dengan intan permata, ditarik dalam sebuah kereta, dan ... ditahan di rumah terbaik di negeri ini."[4]

Berkahwin dengan Putera Albert[sunting | sunting sumber]

Ketika Putera Albert, atau yang biasa dipanggil "Bertie" oleh keluarganya, anak kedua kepada George V dan yang belakangan dikenali sebagai George VI, melamar Elizabeth pada 1921, baginda menolaknya kerana "takut bahawa baginda tidak akan pernah lagi bebas berfikir, berbual dan bertindak seperti yang saya rasa harus saya lakukan."[5] Ketika Albert memutuskan bahawa dia tidak akan menikahi orang lain, ibunya, Ratu Mary, berkunjung ke Glamis untuk melihat sendiri gadis yang telah mencuri hati anaknya. Mary menjadi yakin bahawa Elizabeth adalah "gadis satu-satunya yang dapat membuat Bertie bahagia", tetapi walaupun demikian baginda tetap menolak ikut campur.[6] Ada yang mengatakan bahawa Elizabeth bermaksud bernikah dengan abang kepada Bertie, iaitu Edward. Bahkan akhbar-akhbar menyebarkan gosip bahawa mereka telah pun bertunangan, namun para sejarahwan menyimpulkan bahawa ini semua hanyalah semata-mata laporan yang keliru.[7] Kebebasan Albert dalam memilih Puteri Elizabeth, seorang rakyat jelata, sebagai isterinya adalah sangat tidak lazim kerana warga kerajaan diharapkan bernikah dengan bangsawan yang lainnya. Dikatakan pada waktu itu bahawa pernikahan Albert dengan seorang rakyat jelata dianggap sebagai sebuah sikap modenisasi secara politik.[8]

Akhirnya, Elizabeth bersedia berkahwin dengan Bertie, walaupun baginda ragu-ragu mengenai kehidupan dalam lingkungan kerajaan.[9] Mereka berkahwin pada 26 April 1923, di Westminster Abbey. Elizabeth meletakkan karangan bunganya di Makam Pahlawan Tak Dikenali dalam perjalanannya ke Abbey, sebuah sikap yang sejak itu ditiru oleh setiap pengantin kerajaan, walaupun mereka memilih untuk melakukannya dalam perjalanan kembali dari altar dan bukan menuju ke altar. Elizabeth kemudian dikenali sebagai Yang Mulia The Duchess of York. Mereka berbulan madu di Polesden Lacey, sebuah rumah mewah di Surrey, dan kemudian pergi ke Scotland.[10]

Pada 1926 pasangan ini mendapat anak pertama mereka, Elizabeth, yang kelak menjadi Ratu Elizabeth II. Seorang anak perempuan lainnya, Margaret Rose, dilahirkan empat tahun kemudian.

Ratu, isteri Raja George VI (1936-1952)[sunting | sunting sumber]

Penobatan dan pengunduran diri Edward VIII; naik takhtanya George VI[sunting | sunting sumber]

Pada 20 Januari 1936, Raja George V meninggal dunia dan takhtanya diwariskan kepada abang Albert, Putera Wales, yang menjadi Raja Edward VIII. George dan Mary berterus-terang tentang keraguan mereka tentang anak sulung mereka. Bahkan George telah menyatakan keinginannya, "Saya memohon kepada Tuhan agar anak sulung saya tidak akan pernah berkahwin dan tiada sesiapapun yang menghalangi antara Bertie dan Lilibet dan takhta."[11]

Seolah-olah memenuhi keinginan orangtuanya, Edward memaksa suatu krisis konstitusional dengan memaksa pernikahannya dengan seorang janda cerai Amerika Wallis Simpson. Walaupun secara hukumnya Edward dapat berkahwin dengan Ny. Simpson dan tetap bertahan sebagai raja, menteri-menterinya menasihatinya bahawa rakyat tidak akan pernah menerima Ny. Simpson sebagai ratu dan, bila dia tetap berkeras maka mereka harus menurun takhta. Hal ini akan membawa Raja ke dalam pemilihan umum dan dengan demikian akan merosakkan statusnya sebagai seorang raja yang konstitusional dan secara politik neutral. Disebabkan itu, Edward menurun takhta dan menyerahkannya kepada Albert, yang tidak mempunyai keinginan untuk menjadi raja dan mempunyai agak sedikit persiapan untuk peranan itu (walaupun orangtuanya sesungguhnya mengharapkan dia). Namun demikian, Albert menjadi raja dan mengambil nama George VI. Baginda dan Elizabeth dimahkotakan sebagai Raja George VI dan Ratu dari Kerajaan United Kingdom dan Ireland Utara dan Raja dan Ratu India (sehingga tahun 1947) pada 12 Mei , 1937.[12]

Ketika bekas raja dan isterinya diangkat menjadi Duke dan Duchess of Windsor, Elizabeth menyokong keputusan George VI untuk tidak memberikan gelaran “Yang Mulia” kepada Simpson.[13] Ia belakangan dikutip menyebut sang Duchess sebagai "perempuan itu ".[14]

Tur Kerajaan ke Kanada dan Amerika Syarikat pada 1939[sunting | sunting sumber]

Pada Jun 1939, Elizabeth dan suaminya menjadi Raja dan Ratu pertama yang sedang berkuasa yang berkunjung ke Kanada dan Amerika Syarikat. Sebahagian dari kunjungannya ke Kanada sangat panjang, dari pantai ke pantai lalu kembali lagi — mereka juga sebentar berbelok ke Amerika Syarikat, mengunjungi keluarga Roosevelt di Gedung Putih dan di tempat kediaman mereka di Lembah Hudson River. Pasangan kerajaan ini diterima oleh masyarakat Kanada dan Amerika Syarikat dengan sangat antusias, dan sebahagian besar menghapuskan sisa-sisa perasaan bahawa George dan Elizabeth adalah pengganti yang kurang sesuai bagi Edward yang berkarisma. Elizabeth berkata kepada Mackenzie King, Perdana Menteri Kanada, "bahawa tur ini membentuk [citra] kami,"[15] dan ia sering kembali berkunjung baik dalam kunjungan rasmi ataupun secara peribadi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. The Churchill Centre
  2. Alison Weir, Britain’s Royal Families: The Complete Genealogy, Edisi rujukan (Pimlico, London, 1996) p.330
  3. Civil Registration Indexes: Births, General Register Office, England and Wales. Jul-Sep 1900 Hitchin, vol. 3a, p. 667
  4. Judy Wade, The Sunday Express, 9 October 2005
  5. John Ezard, The Guardian (Manchester), 1 April 2002 hlm. 18
  6. Mabell Ogilvy, Countess of Airlie, Thatched with Gold (Hutchinson, London, 1962) hlm. 167
  7. Sarah Bradford The Reluctant King: The Life and Reign of George VI (St. Martin's, New York, 1989), hlm. 104-5
  8. Antonia Fraser, The Lives of the Kings and Queens of England hlm. 350
  9. Elizabeth Longford, The Queen Mother (Weidenfeld & Nicolson, 1981) hlm. 23
  10. Patrick Howarth, George VI (Century Hutchinson, 1987) hlm. 37-38
  11. Philip Ziegler, King Edward VIII: The Official Biography (London: Collins, 1990) hlm. 199.
  12. Di mahkotanya terdapat intan Koh-i-Noor dan dibuat sangat serupa dengan mahkota Ratu Mary, yang mahkotanya dibawa ke Garrard's dengan "maksud mempersiapkan rancangan untuk mahkota yang baru untuk Sri Ratu " (Lihat British Royal Family website, "HM Queen Elizabeth the Queen Mother: Crown"). Lengkungan di mahkota itu dapat dilepaskan. Hal ini digunakan pada tahun 1953 ketika Ratu Elizabeth tidak menggunakan lengkungannya pada penobatan anak perempuannya.
  13. Surat dari George VI kepada Winston Churchill yang isinya menyatakan bahawa keluarganya setuju dengan pendapatnya, dikutip oleh Howarth, hlm. 143
  14. Majalah Life, 17 Mac 1941, dikutip oleh Howarth, hlm. 130
  15. Sarah Bradford, hlm. 281