Falsafah Cinta
| "Falsafah Cinta" | ||||
|---|---|---|---|---|
| Single oleh M. Nasir dan Rahim Maarof | ||||
| daripada album S.O.L.O | ||||
| Dilancarkan | 1989 | |||
| Format | ||||
| Genre | Tradisional, nusantara | |||
| Panjang | 5:16 | |||
| Syarikat | BMG Music, PMC | |||
| Penulis | M. Nasir, Bob Lokman | |||
| Penerbit | M. Nasir | |||
| Kronologi single Kronologi single M. Nasir | ||||
| ||||
| |-
! colspan="3" scope="col" style="text-align: center; background:
|- | colspan="3" |
| ||||
| sunting · sunting di Wikidata | ||||
"Falsafah Cinta" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh M. Nasir dan Rahim Maarof, dikeluarkan pada 1989 sebagai single ketiganya untuk album solo pertamanya, S.O.L.O (1989).[1][2]
Penerbitan
[sunting | sunting sumber]Melodi untuk "Falsafah Cinta" digubah sepenuhnya oleh M. Nasir dengan liriknya ditulis oleh Bob Lokman. Untuk lagu ini, beliau berduet bersama Rahim Maarof.[1][2]
Ulasan kritis
[sunting | sunting sumber]Dalam ulasan retrospektif mengenai S.O.L.O., Riadz Radzi dari Harian Metro berkata pengaruh folk rock yang dibawakan oleh M. Nasir ketika bersama Kembara tidak lari dalam "Falsafah Cinta".[2] Menurut satu ulasan daripada URTV, lagu ini mempunyai kunci suara "yang hampir sama yang mengajak kita mencintai keindahan dan kedamaian".[1]
Dalam media
[sunting | sunting sumber]Lagu ini menjadi lagu tema drama Alina arahan Aziz M. Osman yang bersiaran di TV3, dibintangi oleh M. Nasir.[1]
Senarai runut
[sunting | sunting sumber]| No. | Tajuk | Masa | |
|---|---|---|---|
| 1. | "Falsafah Cinta" | 5:16 | |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d "Menilai kejujuran M. Nasir dalam karya". URTV. 1 Jun 1990. Dicapai pada 14 April 2020 – melalui Prahara Seni.
- ^ a b c Riadz Radzi (10 Januari 2021). "Penuh mesej tersurat, tersirat". Harian Metro. Dicapai pada 12 April 2021.
