Konsert M. Nasir Sang Pencinta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Konsert M. Nasir Sang Pencinta
Konsert oleh M. Nasir
LokasiKuala Lumpur, Malaysia
TempatIstana Budaya
Album berkaitan
Tarikh mula28 Jun 2013
Tarikh tamat30 Jun 2013
Jumlah persembahan3
Kronologi konsert M. Nasir

Konsert M. Nasir Sang Pencinta ialah konsert solo oleh penyanyi dan penulis lagu Malaysia, M. Nasir, diadakan pada 28 hingga 30 Jun 2013 di Istana Budaya.[1][2] Tidak seperti konsertnya terdahulu, M. Nasir menampilkan kelainan dengan mengetengahkan konsep semi-muzikal dan alam maya. Ini menandakan kali kedua M. Nasir mengadakan konsert solonya di Istana Budaya selepas Konsert Alam Muzik M. Nasir yang diadakan pada 2009.[3]

Konsert[sunting | sunting sumber]

M. Nasir mengumumkan konsert ini dalam satu sidang media yang diadakan pada 19 Mac 2013 di Istana Bambu, Jalan Ampang. Konsep yang diketengahkan dalam konsert ini ialah semi-muzikal atau teaterikal.[4][5] Untuk konsert ini, Nasir menghimpunkan lebih 20 lagu yang dipilihnya sendiri. Konsert Sang Pencinta diiringi pemuzik Orkestra Simfoni Kebangsaan dan muzik gamelan oleh Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) di bawah pimpinan Aznan Alias selaku pengarah muzik.[1][2][6]

Dalam sidang media konsert itu, Nasir berkata persembahan berkenaan amat penting kerana ia menjadi kesinambungan kepada kerjaya seninya. Lagu yang bakal disajikan nanti turut berbeza daripada apa yang pernah dipersembahkan olehnya sebelum ini.[1][2] Beliau berkata:

“Ia ibarat satu kaset yang ada dua bahagian. Sebelum ini saya banyak menyanyikan lagu di bahagian A, tetapi untuk konsert kali ini, saya memilih untuk menyanyikan lagu daripada bahagian B pula. Lagu yang saya pilih ini ialah karya yang menjadi kegemaran saya, tetapi saya juga memastikan ia turut dikenali peminat. Saya cuma mengharapkan peminat faham apa yang cuba saya sampaikan dalam konsert itu nanti. Saya akan berlakon sedikit-sedikit, tetapi tidaklah membabitkan dialog. Apa yang ingin saya paparkan lebih kepada pengembaraan kerohanian seorang manusia,”.[2]

Tidak seperti konsert solonya yang lain, M. Nasir menampilkan kelainan dengan membawa penonton konsert ke alam maya yang menyentuh jiwa, digabungkan dengan elemen fantasi yang mana peminat berpeluang mengembara bersama M. Nasir selama beberapa dekad beliau bergelar penyanyi.[7] Ia juga akan menjadi seperti semi-muzikal yang mana elemen visual dan audio digunakan untuk menyelam dan menjiwai karya M. Nasir yang akan dipersembahkan.[3] Dalam konsert ini juga, beliau membuat persembahan solo sepenuhnya dan tidak menampilkan artis lain atau kumpulan yang dianggotainya suatu ketika dahulu iaitu Kembara.[3]

Konsert Sang Pencinta menandakan kali kedua Nasir membuat persembahan di Istana Budaya dan yang pertama dalam tempoh 4 tahun sejak Konsert Alam Muzik M. Nasir (2009).[8] Konsert ini pada mulanya dijadualkan berlangsung pada 7 hingga 9 Jun 2013. Namun ia ditunda kepada 28 hingga 30 Jun,[9] atas sebab-sebab politik berikutan pilihan raya umum ke-13, bukan akibat kelembapan penjualan tiket.[10]

Konsert ini diadakan secara rasmi pada 28 hingga 30 Jun 2013. Persembahan dimulakan dengan persembahan puisi-drama oleh sekumpulan anak muda yang mendeklamasikan puisi "Aku" karya Chairil Anwar, seterusnya penonton telah dibawa menyelusuri penggembaraan muzik M. Nasir dengan persembahan 22 lagu. Pada malam konsert, M. Nasir telah memperdengarkan lagu baharu yang berjudul "Aku Dah Bilang".[11][12]

Ulasan kritis[sunting | sunting sumber]

Konsert Sang Pencinta menerima pelbagai ulasan positif daripada pengkritik muzik. Kamaruddin Razal, menulis untuk gua.com.my berpendapat bahawa konsert ini dikatakan sebagai "salah sebuah konsert terbaik pernah diadakan pada tahun ini" dan menyifatkan "aura dan magis Dato' M. Nasir masih utuh dan ampuh".[13] Syed Mussaddad Syed Mahdi dari Utusan Malaysia pula berkata: "Uniknya M. Nasir masih berada dalam kelas tersendiri. Muzik yang diperjuangkan oleh lelaki berkenaan masih punyai ramai pengikut lantaran kita semakin ketandusan penyanyi yang mempertahankan ‘roh’ Melayu dalam setiap karya mereka".[14] Mengulas untuk Harian Metro, Ridzuan Abdul Rahman berkata: "Karismanya di pentas begitu terserlah. Kawalan vokal pula mantap dan bertenaga. Manakala, persembahan penuh dengan sifat jati diri kemelayuan yang disuntik dengan elemen moden menjadikan semua yang hadir berasa terhibur".[15] Aref Omar dari New Straits Times memuji konsert ini dan gaya persembahan M. Nasir secara keseluruhan.[16]

Persembahan komersial[sunting | sunting sumber]

Tiket konsert dijual antara RM65 hingga RM455 dan boleh didapati menerusi tempahan di laman web www.ticket2u.biz.[5]

Senarai lagu[sunting | sunting sumber]

Senarai lagu diperoleh daripada Prahara Seni.[17]

Susunan lagu

Pembukaan

  1. "Cermin Mimpi"
  2. Puisi - "AKU" (Chairil Anwar)

Persembahan 1

  1. "Dalam"
  2. "Bahtera Raudah"
  3. "Apokalips"
  4. "Keroncong Untuk Ana"
  5. "Hidayah"
  6. "Rajawali Terbang Tinggi"
  7. "Perang Yang Lagi Satu"
  8. "Mentera Semerah Padi"
  9. "Hijab Kekasih"

Persembahan 2: Akustik

  1. "Layang Layang Terputus Talinya"
  2. "Meniti Titian Usang"
  3. "Srikandi Cintaku"
  4. "Aku dah Bilang"
  5. "Tanya Sama Itu Hud Hud"
  6. "Akar Kita"
  7. "Bukalah Hatimu"
  8. "Wadi"
  9. "Mustika"
  10. "Sahabat Gua"
  11. "Ada"

Persembahan 3: Encore

  1. "Sesat di Kuala Lumpur"
  2. "Sentuhan Listrikmu"
  3. "Hati Emas"
  4. "Mentera Semerah Padi" (reprise)


Tarikh konsert[sunting | sunting sumber]

Tarikh Negara Bandar Lokasi Masa Jualan tiket
28 – 30 Jun 2013 Malaysia Kuala Lumpur 8:30 malam (WPM) Istana Budaya Habis dijual

Tenaga kerja[sunting | sunting sumber]

Diperoleh daripada sidang media konsert.[18]

  • M. Nasir - penyanyi
  • Aznan Alias - pengarah muzik
  • Mohd Rafi Shafie - penyusun tali gitar
  • Firdaus - gitar
  • Rock - rap, rebana
  • Mohar - seruling
  • Eddie - keyboard, akordion
  • Pae - dram
  • Paeng - perkusi
  • Zambre "Bombbay" Shaari - pengarah, penerbit konsert
  • Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) - pemuzik
  • Bombay Worldwide - penganjur, penerbit
  • Red On Black - penganjur, penerbit bersama
  • Belbis - penganjur, penerbit bersama
  • Mewah Events - promoter

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c Norhadiani Baharom (21 Mac 2013). "Sang pencinta M. Nasir". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Mac 2013. Dicapai pada 4 Jun 2018.
  2. ^ a b c d Serimah Mohd Sallehuddin (21 Mac 2013). "M. Nasir janji kelainan". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mac 2013. Dicapai pada 4 Jun 2018.
  3. ^ a b c Noor Ashreen Ismail (25 Mac 2013). "Kembara fantasi M. Nasir". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Mac 2013. Dicapai pada 4 Jun 2018.
  4. ^ Amirul Haswendy Ashari (8 Jun 2013). "Sang Pencinta di Istana Budaya". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Jun 2013. Dicapai pada 5 Jun 2018.
  5. ^ a b Mohd Aizat Shamsuddin (23 Jun 2013). "Konsert teaterikal M. Nasir". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Jun 2013. Dicapai pada 5 Jun 2013.
  6. ^ "Rimbun semangat Sang Pencinta". Kosmo!. 2 Jun 2013. Dicapai pada 5 Jun 2018.
  7. ^ Wahi Aziz (25 Jun 2013). "Datuk M. Nasir janjikan kelainan". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Jun 2013. Dicapai pada 5 Jun 2018.
  8. ^ Mohd Azrul Mohd Radi (20 Jun 2013). "Buat konsert untuk peminat". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Jun 2013. Dicapai pada 5 Jun 2018.
  9. ^ "Konsert Sang Pencinta telah ditunda". Prahara Seni. 6 Mac 2013. Dicapai pada 4 Jun 2018.
  10. ^ Mohd Al Qayum Azizi (15 Mei 2013). "Konsert M. Nasir ubah tarikh bukan kerana tiket tidak laku". mStar Online. Dicapai pada 5 Jun 2018.
  11. ^ Nor Atieyah Yusoff (2 Julai 2013). "Konsert M. Nasir Sang Pencinta pukau penonton". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Julai 2013. Dicapai pada 5 Jun 2018.
  12. ^ "Sang 'pencinta' sejati". Utusan Malaysia. 3 Julai 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Julai 2013. Dicapai pada 5 Jun 2018.
  13. ^ Kamaruddin Razal (28 Jun 2013). "BERITA ARTIS - Dato' M. Nasir lakar magis di Konsert Sang Pencinta". gua.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Jun 2013. Dicapai pada 5 Jun 2018.
  14. ^ Syed Mussaddad Syed Mahdi (30 Jun 2013). "Mantera M. Nasir menjadi". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Julai 2013. Dicapai pada 5 Jun 2018.
  15. ^ Ridzuan Abdul Rahman (1 Julai 2013). "Sang Pencinta pukau penonton". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Julai 2013. Dicapai pada 5 Jun 2018.
  16. ^ "Sifu takes charge" [Sifu ambil alih] (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. 12 Julai 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Julai 2013. Dicapai pada 5 Mei 2018.
  17. ^ "Sentuhan Listrik Pencinta". Prahara Seni. 1 Julai 2013. Dicapai pada 5 Jun 2018.
  18. ^ Bombay Worldwide (2013). Konsert M. Nasir Sang Pencinta. (Sidang media). Bombay Worldwide.