Senarai anugerah dan pencalonan yang diterima oleh M. Nasir
M. Nasir semasa persembahan di Konsert Alam Muzik M. Nasir (2009) | ||
Anugerah | Menang | Nominasi |
---|---|---|
5 | 3 | |
3 | 1 | |
9 | 17 | |
5 | 1 | |
|
17 | 0 |
3 | 2 | |
0 | 1 | |
|
1 | 0 |
0 | 3 | |
Jumlah | ||
Anugerah dimenangi | 43 | |
Pencalonan | 28 |
Penyanyi, pemuzik dan komposer Malaysia, M. Nasir telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan atas sumbangannya terhadap industri muzik. Beliau menandatangani kontrak rakaman bersama PolyGram Records dan muncul bersama album studio solo pertamanya, Untuk Pencinta Seni pada 1979. Ia merupakan satu-satunya album yang dikreditkan di bawah nama pentas lamanya, Mohamed M.N.[1][2] Beliau kemudian menubuhkan kumpulan Kembara bersama A. Ali dan S. Sahlan yang mana mereka menikmati kejayaan dalam tempoh singkat antara 1981 dan 1986.[3] Selepas Kembara dibubarkan, M. Nasir menandatangani kontrak bersama Pacific Music Corporation (PMC) dan BMG Music dan muncul bersama album solo keduanya dan yang pertama bersama label itu, S.O.L.O yang mana beliau turut berkhidmat sebagai penerbit dan menjadi album pertamanya yang didaftarkan atas nama pentas terkini beliau.[4][5][6] Single pertama album ini, "Mustika", dipilih sebagai finalis di Anugerah Juara Lagu ke-5 bagi kategori terbuka. Pada tahun 1992, beliau melancarkan album ketiganya, Saudagar Mimpi yang mempertaruhkan single "Apokalips".[7][8]
Canggung Mendonan (1993), album keempat beliau,[9][10] mempertaruhkan lagu "Mentera Semerah Padi, yang mana beliau memenangi Video Muzik Terbaik di Anugerah Video Malaysia 1994 dan Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-2. Beliau juga merakamkan lagu duet bersama Jamal Abdillah, "Ghazal Untuk Rabiah" untuk filem 1997 yang bertajuk sama. Lagu ini melayakkan beliau menerima pencalonan di Anugerah Industri Muzik ke-4 bagi kategori Lagu Terbaik dan memenangi kategori Etnik Kreatif di Anugerah Juara Lagu ke-12. Album kompilasi pertama beliau, Terbaik M. Nasir, dikeluarkan pada 1998, memuatkan koleksi lagu-lagu terbaik beliau dan dua rakaman baru, "Andalusia" dan "Kias Fansuri". "Andalusia" memenangi kategori Pop Rock di Anugerah Juara Lagu ke-14 manakala "Kias Fansuri" menerima pencalonan bagi kategori Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-6. Album solo kelimanya, Srikandi Cintaku (2000), memuatkan rakaman semula lagu-lagu ciptaan beliau yang sebelumnya pernah dipopularkan oleh artis-artis seperti Bloodshed, Hattan, Search, Roy, Alleycats dan beliau sendiri, melayakkan beliau menerima memenangi Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki) di Anugerah Industri Muzik ke-7.
Album keenam M. Nasir, Phoenix Bangkit, yang dikeluarkan pada tahun 2001, telah menerima 8 pencalonan di Anugerah Industri Muzik ke-9 dan memenangi 4 daripadanya termasuk Album Terbaik dan Persembahan Vokal Lelaki Terbaik Di Dalam Album. Album ini turut memenangi Album Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2002. Sang Pencinta (2006), album studio ketujuh beliau, didahului dengan single pertama, "Juwita... (Citra Terindah)", telah melayakkan beliau memenangi kategori Pop Rock di Anugerah Juara Lagu ke-21 dan Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-14. Beliau muncul sebagai penyanyi undangan untuk lagu "Mantera Beradu" oleh Malique, yang memenangi Lagu Hip Hop Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-16. Anugerah lain yang turut dimenanginya termasuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular sebanyak 3 kali, Bintang Paling Popular pada 1994 dan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pada 2007. Beliau turut memenangi Anugerah MACP antara 1996 dan 2007 bagi kategori Komposer Terunggul dan antara 2010 dan 2023 bagi kategori Komposer Dengan Pendapatan Terbanyak, manakala syarikat rakamannya, Luncai Emas memenangi kategori Penerbit Tempatan Dengan Pendapatan Tertinggi sebanyak 4 kali. Beliau juga menerima pengiktirafan bagi kerjaya lakonan, yang mana beliau dicalonkan bagi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-13 menerusi filem Merah (1996) dan Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-18 dan Anugerah Skrin 2005 menerusi filem Puteri Gunung Ledang (2004), namun tidak memenanginya. Selain anugerah kompetitif, M. Nasir juga menerima penghargaan lain termasuk darjah kebesaran Pahang yang membawa gelaran Dato' pada 2011 dan ijazah kehormat Doktor Falsafah daripada Universiti Utara Malaysia (UUM).
Anugerah dan pencalonan
[sunting | sunting sumber]Menunjukkan kategori bukan kompetitif |
Anugerah[a] | Tahun[b] | Penerima dan pencalon | Kategori | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
Anugerah Bintang Popular Berita Harian | 1990 | M. Nasir | Penyanyi Lelaki Popular | Tercalon | [11] |
1994 | Menang | [11] | |||
Bintang Paling Popular | Menang | ||||
2000 | Penyanyi Lelaki Popular | Menang | [11] [12] | ||
2001 | Menang | [11] [13] | |||
2006 | Tercalon | [14] | |||
2007 | Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat | Menang | [11] [15] | ||
2008 | "Mantera Beradu" | Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular (Dikongsi bersama Malique) |
Tercalon | [16] | |
Anugerah Era | 2001 | M. Nasir | Vokal Lelaki Pilihan | Menang | [17] |
2005 | Anugerah Seni ERA | Menang | [18] | ||
2006 | Vokal Lelaki Pilihan | Tercalon | [19] | ||
2007 | Menang | [20] | |||
Anugerah Industri Muzik | 1995 | "Mentera Semerah Padi" | Video Muzik Terbaik | Tercalon | [21] [22] |
Canggung Mendonan | Album Tradisional Terbaik | Menang | |||
"Bonda" | Lagu Terbaik | Tercalon | |||
"Tanya Sama Itu Hud Hud" | Tercalon | ||||
"Mentera Semerah Padi" | Menang | ||||
Canggung Mendonan | Album Terbaik | Tercalon | |||
1997 | "Ghazal Untuk Rabiah" (bersama Jamal Abdillah) |
Lagu Terbaik | Tercalon | [23] | |
1999 | "Kias Fansuri" | Tercalon | [24] | ||
2002 | M. Nasir | Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Lelaki) | Menang | [25] [26] | |
Anugerah Wirama | Menang | ||||
Phoenix Bangkit | Kulit Album Terbaik | Menang | |||
Rakaman Album Terbaik | Tercalon | ||||
Album Terbaik | Menang | ||||
Album Pop Terbaik | Tercalon | ||||
"Phoenix Bangkit Dari Abu" | Susunan Muzik Terbaik di Dalam Lagu | Tercalon | |||
"Masirah" | Lagu Terbaik | Tercalon | |||
"Raikan Cinta" | Tercalon | ||||
2007 | M. Nasir | Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Lelaki) | Tercalon | [27] [28] [29] | |
Sang Pencinta | Rakaman Album Terbaik | Tercalon | |||
Album Pop Rock Terbaik | Menang | ||||
Album Terbaik | Tercalon | ||||
"Juwita... (Citra Terindah)" | Lagu Terbaik | Menang | |||
"Sang Pencinta" | Tercalon | ||||
"Tujuh Nafas Lagi" | Tercalon | ||||
2009 | "Mantera Beradu" (bersama Malique) |
Lagu Hip Hop Terbaik | Menang | [30] | |
Lagu Terbaik | Tercalon | ||||
Anugerah Juara Lagu | 1994 | "Tanya Sama Itu Hud Hud" | Pop Rock | Menang | [31] |
"Bonda" | Etnik Kreatif | Menang | |||
1997 | "Ghazal Untuk Rabiah" (bersama Jamal Abdillah) |
Menang | [31] | ||
1999 | "Andalusia" | Pop Rock | Menang | [32] | |
2006 | "Lagu Jiwa Lagu Cinta" (bersama Mawi) |
Tercalon | [33] | ||
"Juwita... (Citra Terindah)" | Menang | ||||
Anugerah MACP | 1996 | M. Nasir | Komposer Terunggul | Menang | [34] |
2000 | Menang | [34] | |||
2002 | Menang | [35] | |||
2004 | Menang | [34] | |||
2006 | Menang | [34] | |||
2007 | Menang | [36] | |||
2010 | Komposer Dengan Pendapatan Terbanyak | Menang | [37] | ||
Anugerah Nadi Cipta | Menang | ||||
Luncai Emas | Penerbit Tempatan Dengan Pendapatan Terbanyak | Menang | |||
2011 | M. Nasir | Komposer Dengan Pendapatan Terbanyak | Menang | [38] | |
2012 | Menang | [39] | |||
Luncai Emas | Penerbit Tempatan Dengan Pendapatan Terbanyak | Menang | |||
2013 | M. Nasir | Komposer Dengan Pendapatan Terbanyak | Menang | [40] | |
Luncai Emas | Penerbit Tempatan Dengan Pendapatan Terbanyak | Menang | |||
2023 | M. Nasir | Pencipta Dengan Pendapatan Tertinggi | Menang | [41] | |
Luncai Emas | Penerbit Tempatan Dengan Pendapatan Tertinggi | Menang | |||
"Tiara" | Persembahan Lagu Terbanyak | Menang | |||
Anugerah Planet Muzik | 2002 | M. Nasir | Artis Lelaki Serantau Paling Popular | Tercalon | [42] |
Artis Lelaki Terbaik | Menang | ||||
Phoenix Bangkit | Album Terbaik | Menang | |||
2007 | M. Nasir | Artis Lelaki Terbaik | Menang | [43] | |
Sang Pencinta | Album Terbaik | Tercalon | |||
Anugerah Skrin | 2005 | Puteri Gunung Ledang | Pelakon Lelaki Terbaik (Filem) | Tercalon | |
Anugerah Video Malaysia | 1994 | "Mentera Semerah Padi" | Anugerah Perak | Menang | [44] |
Festival Filem Malaysia | 1997 | Merah | Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Tercalon | |
2005 | Puteri Gunung Ledang | Pelakon Lelaki Terbaik | Tercalon | [14] | |
Skor Muzik Asal Terbaik (Dikongsi bersama Tan Yan Wei) |
Tercalon |
Penghargaan lain
[sunting | sunting sumber]Darjah kebesaran
[sunting | sunting sumber]- Malaysia:
- Ahli Mangku Negara (A.M.N) - (1996)[45]
- Pahang:
Ijazah kehormat
[sunting | sunting sumber]- Malaysia:
- Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Pengurusan Industri Kreatif) dari Universiti Utara Malaysia (UUM) (2014)[50][51][52]
Catatan
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Dewani Abbas (16 April 1980). "Nasir ingin maju dlm bidang seni yg diceburi". Berita Harian Singapura. m/s. 5. Dicapai pada 7 Disember 2015.
- ^ Balqis Jazimah Zahari (1 April 2021). "Karya perlu ada tarikan massa". Berita Harian. Dicapai pada 25 April 2021.
M. Nasir merakamkan album pertama berjudul Untuk Pencinta Seni di bawah nama Mohamed MN pada 1979.
- ^ Haryani Ismail (18 November 2014). "Setiap lagu Kembara unik". Berita Harian Singapura. Dicapai pada 30 Ogos 2015.
- ^ Kamsah Sirat (26 Oktober 1989). "Nasir utama kesan lagu dalam album barunya". Berita Harian Singapura. m/s. 5.
- ^ "Album solo Nasir unik?". Berita Minggu. 5 November 1989. m/s. 8. Dicapai pada 7 Disember 2015.
- ^ Mumtaj Begum (31 Disember 2019). "Even at 62, M. Nasir is far from done". The Star Online. Dicapai pada 25 April 2020.
In 1989, M. Nasir went solo again with the aptly-titled album S.O.L.O.
- ^ "M. Nasir mahu melangkah jauh". Berita Harian Singapura. 16 Ogos 1992. m/s. 10.
- ^ Nur Hajar Mohamed (21 Februari 1992). "M. Nasir magic once more". The Malay Mail. Dicapai pada 7 Disember 2019.
- ^ "Album baru ditunda". Harian Metro. 19 November 1993. Dicapai pada 7 Disember 2019.
- ^ "Traditional sounds from M. Nasir". The Malay Mail. 25 November 1993. Dicapai pada 7 Disember 2019.
- ^ a b c d e Nurulhisham Abdul Latiff (1 April 2008). "Terus berkarya selagi terdaya". Berita Harian. Dicapai pada 24 Ogos 2020.
- ^ Zul Husni Abdul Hamid; Hanisah Selamat (17 November 2000). "Pengiktirafan jadi dorongan". Berita Harian. Dicapai pada 24 Ogos 2020.
- ^ Hanisah Selamat (16 Oktober 2001). "Sepatah kata pemenang". Berita Harian. Dicapai pada 24 Ogos 2020.
- ^ a b Nurulhisham Abdul Latiff (15 November 2006). "ABPBH: 'Tidak perlu bersepah di merata-rata'". Berita Harian. Dicapai pada 28 Ogos 2020.
- ^ Elrafaei Sapi (9 April 2008). "'Muzik kita sentiasa kena jajah'". Harian Metro. Dicapai pada 24 Ogos 2020.
- ^ Serimah Mohd Sallehuddin; Zaidi Mohamad (19 Februari 2009). "25 muka baru beri saingan". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-11-24. Dicapai pada 7 Disember 2009.
- ^ Zul Husni Abdul Hamid (29 September 2001). "Berakhir debaran 50 finalis Anugerah Era malam ini". Berita Harian. Dicapai pada 24 Ogos 2020.
- ^ Zul Husni Abdul Hamid; Serimah Mohd Sallehuddin (19 September 2005). "Tiada kejutan malam Anugerah Era 2005". Berita Harian. Dicapai pada 24 Ogos 2020.
- ^ Nor Fadzillah Baharudin (19 Jun 2006). "Anugerah ERA 2006". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 April 2015. Dicapai pada 16 Mac 2015.
- ^ Norhayati Nordin (8 September 2007). "M. Nasir juara vokal?". Harian Metro. Dicapai pada 24 Ogos 2020.
- ^ "List of nominees for A.I.M awards". The Malay Mail. 17 Mac 1995. Dicapai pada 28 Ogos 2020.
- ^ "Nasir in 'wrong' category". The Malay Mail. 24 Mac 1995. Dicapai pada 28 Ogos 2020.
- ^ "Keputusan AIM 97 penuh rahsia". Harian Metro. 12 Mac 1997. Dicapai pada 13 Mei 2020.
- ^ Akmal Abdullah (4 Mac 1999). "Malam anugerah dijangka meriah". Berita Harian. Dicapai pada 13 Mei 2020.
- ^ "Tujuh pencalonan untuk M. Nasir". Berita Harian. 20 April 2002. Dicapai pada 13 Mei 2020.
- ^ "Apa kata pemenang anugerah". Utusan Malaysia. 22 April 2002. Dicapai pada 7 Mei 2018.
- ^ Farihad Shalla Mahmud (30 Mac 2007). "Saingan sengit finalis AIM14". Berita Harian. Dicapai pada 28 Ogos 2020.
- ^ "Siti Nurhaliza, M. Nasir bag top music awards". New Straits Times. 29 April 2007. Dicapai pada 26 Ogos 2020.
- ^ "M. Nasir tonjolkan kelainan". mStar Online. 30 April 2007. Dicapai pada 28 Ogos 2020.
- ^ Siti Azira Abdul Aziz (4 Mei 2009). "Penantian 7 tahun Misha berbaloi, Siti tetap unggul". mStar Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Mei 2009. Dicapai pada 26 Ogos 2020.
- ^ a b Hartati Hassan Basri (31 Disember 2001). "Juara Lagu 2001 sengit". Harian Metro. Dicapai pada 28 Ogos 2020.
- ^ "M. Nasir juara antara juara". Utusan Malaysia. 7 Disember 1999. Dicapai pada 27 Ogos 2020.
- ^ Hartati Hassan Basri (10 Disember 2006). "Depan Mata: Memang rezeki M. Nasir". Harian Metro. Dicapai pada 27 Ogos 2020.
- ^ a b c d Khadijah Ibrahim (21 Mac 2006). "Anugerah MACP nobatkan M. Nasir sekali lagi". Utusan Malaysia. Dicapai pada 26 Ogos 2020.
- ^ Tengku Khalidah Tengku Bidin (9 Oktober 2002). "Anugerah MACP iktiraf karya terlaris". Utusan Malaysia. Dicapai pada 26 Ogos 2020.
- ^ Abdul Aziz Itar (15 April 2007). "M. Nasir menang kali ketujuh". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Jun 2007. Dicapai pada 26 Ogos 2020.
- ^ Siti Azira Abdul Aziz (4 Disember 2010). "M. Nasir Menang Anugerah Nadi Cipta MACP 2010". mStar Online. Dicapai pada 26 Ogos 2020.
- ^ Wan Asrudi Wan Hasan (2 Disember 2011). "M. Nasir kejar gelombang baru". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Mac 2012. Dicapai pada 26 Ogos 2020.
- ^ Serimah Mohd Sallehuddin (5 Disember 2012). "M. Nasir terima royalti tertinggi". Berita Harian. Dicapai pada 26 Ogos 2020.
- ^ Ashraf Nasser (25 November 2013). "M. Nasir ungguli Anugerah MACP 2013". Yahoo! News. Dicapai pada 26 Ogos 2020.
- ^ Serimah Mohd Sallehuddin (11 Disember 2023). "M Nasir terima royalti MACP 2023 tertinggi". Berita Harian. Dicapai pada 26 Ogos 2024.
- ^ "M. Nasir, Siti bag major awards in Singapore". New Straits Times. 29 Januari 2002. Dicapai pada 26 Ogos 2020.
- ^ Budiey (8 Jun 2007). "Pemenang Anugerah Planet Muzik 2007". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 26 Ogos 2020.
- ^ Zainuri Misfar (26 Mac 1995). "Di Persimpangan Dilema terbaik". Berita Minggu. Dicapai pada 26 Disember 2020.
- ^ "Semakan Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat". Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa. Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-07-19. Dicapai pada 7 Jun 2018.
- ^ "M. Nasir, Ramli MS antara 148 penerima Darjah Kebesaran Pahang". mStar Online. 24 Mac 2011. Dicapai pada 8 April 2015.
- ^ Budiey (4 Februari 2011). "Tahniah! Ramli MS & M. Nasir dapat gelaran Datuk". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 8 April 2015.
- ^ "M. Nasir, Ramli MS dapat Datuk". Kosmo!. 25 Mac 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-03-26. Dicapai pada 8 April 2015.
- ^ "M. Nasir terima gelaran Dato'". Gua.com.my. 25 Mac 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-03-25. Dicapai pada 8 April 2011.
- ^ "M. Nasir terima ijazah kehormat doktor falsafah dari UUM". Astro Awani. 8 November 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 April 2017. Dicapai pada 27 May 2018.
- ^ Zaidi Mohamad (8 November 2014). "M. Nasir terima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah". Berita Harian. Dicapai pada 8 April 2015.
- ^ Norul Awatif Ramli (8 November 2014). "UUM iktiraf M. Nasir". Harian Metro. Dicapai pada 27 Mei 2018.