Merah (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Merah
Merah(poster filem).jpg
Poster filem Merah
PengarahM. Nasir
PenerbitM. Nasir
PenulisM. Nasir
Loloq
Dibintangi olehAwie
Ziana Zain
M. Nasir
Hani Mohsin
Muzik olehM. Nasir
PengedarSkop Production Sdn Bhd
Negara Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Rujukan Filemkita - Rujukan Sinema Malaysia

Merah ialah sebuah filem aksi/romantik arahan pemuzik tersohor negara, sifu M. Nasir yang ditayangkan pada tahun 1996. Filem ini hasil lakonan Awie, M. Nasir dan Ziana Zain[1].

Plot[sunting | sunting sumber]

Cerita kehidupan manusia yang terpaksa membuat pemilihan di persimpangan jalan mana yang mahu diambil antara biasa, singkat, terang, gelap dan/atau jahat. Protagonis kita Merah bersama dua orang temannya Hassan dan Salleh masing-masing terperangkap dalam permainan dunia. Asalnya ketiga-tiga watak ini berkiblatkan pada kebenaran dan kesucian... tetapi atas cabaran suratan nasib, mereka berubah. Mereka bertiga melakukan satu rompakan nekad untuk membantu nenek Salleh yang terlantar di hospital (memerlukan wang yang banyak untuk mendapatkan rawatan pakar - kebetulan miskin). Bertembung dengan 'road block' polis, Merah berkorban, mengesyorkan pada Hassan dan Salleh untuk melarikan diri... sementara dia memancing polis mengejarnya. Merah tertangkap, dipenjarakan lima tahun. Keluar - dipilih untuk menjalani program kaunseling - di sini ketemui Kasih kaunselar sukarelawan. Kasih - anak sulung sepasang suami isteri yang kaya raya mahu mengenal erti hidup yang sebenarnya... lantas melakukan kerja ini - tinggal sendiri, jauh dari ibu bapanya dan memiliki sebuah kilang batik (tapi merahsiakan segala latarbelakangnya). Dengan kehadiran Kasih, Merah seperti mendapat kekuatan baru, tekad untuk berjalan di jalan yang lurus. (Mereka sering memendamkan rasa sayang)[2].


Watak[sunting | sunting sumber]

Pelakon Utama[sunting | sunting sumber]

-Seorang bekas banduan yang mencari haluan hidup yang baru selepas keluar penjara

-Rakan baik Merah sejak kecil, menjadi penguasa pasaran dadah dalam Malaysia

-Seorang pakar kaunseling yang mengusahakan batik, anak orang kaya, percaya kepada perubahan Merah

Pelakon Pembantu[sunting | sunting sumber]

-Kawan baik Merah & Hassan, menggunakan wang hasil rompakan untuk mengubati neneknya

Album[sunting | sunting sumber]

Merah : Original Soundtrack
Album studio oleh Kompilasi
Dikeluarkan pada1997
Dirakam pada1996
GenrePop
SyarikatLuncai Emas Sdn Bhd
PenerbitM. Nasir

Dalam album ini terdapat beberapa lagu yang sedap didengar. Berikut merupakan antara senarai lagu ini:

Tracklist Hide Credits 1 –Awie, Ziana Zain Senja Nan Merah Lyrics By – Seth* Music By – Darwis*

6:30

2 –Awie Ingin Masuk Syurga Lyrics By – Kristo Bimbo* Music By – Hidayat* 5:43

3 –Awie Semua Dah Tertulis Lyrics By – Keon* Music By – Ayu Amina* 6:24

4 –M. Nasir Ya! Sidi Mustaffa Lyrics By – Loloq Music By – M. Nasir 5:15

5 –Joey Daud Amok Merah Lyrics By – Loloq Music By – Joey Daud 4:56

6 –M. Nasir Merah Music By – M. Nasir 2:44

7 –Joey Daud Di Radio Lyrics By – Kristo Bimbo* Music By – Joey Daud, Marlin (6) 4:31

8 –Nico (27) Mat Danger Songwriter – Nico (27) 4:30

9 –Awie Pada Satu Cinta Lyrics By – Seth* Music By – M. Nasir 4:43

10 –Awie Revolusi Lyrics By – Usop Music By – M. Nasir 6:40

11 –M. Nasir Tinggalkan Satu Peluru Lyrics By – Loloq Music By – M. Nasir 4:54


Ulasan[sunting | sunting sumber]

Keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Keseluruhannya, filem ini menghiburkan. Tidak mengecewakan dan sarat dengan mesej yang berguna. Sebagai pengarah, M. Nasir telah melakukan sesuatu yang baik.

Lakonan[sunting | sunting sumber]

Lakonan pelakonnya baik lebih-lebih lagi pelakon utamanya, Awie, yang berjaya memberikan lakonan yang meyakinkan sebagai seorang bekas banduan yang ingin berubah

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

1.Anugerah Skrin 1997

  • Filem Terbaik
  • Pelakon Lelaki Terbaik Filem-Awie

2.Festival Filem Malaysia ke-13

  • Anugerah Khas Juri (Pelakon Berkarisma)-Awie

Rujukan[sunting | sunting sumber]