Konsert Simfoni Mustika M. Nasir

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Konsert Simfoni Mustika M. Nasir
Konsert oleh M. Nasir
LokasiKuala Lumpur, Malaysia
TempatDewan Filharmonik Petronas (DFP), Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)
Album berkaitan
Tarikh mula25 November 2022
Tarikh tamat26 November 2022
Jumlah persembahan2
Kronologi konsert M. Nasir

Konsert Simfoni Mustika M. Nasir ialah konsert solo oleh penyanyi dan penulis lagu Malaysia, M. Nasir. Pada asalnya dijadualkan untuk diadakan pada 4 dan 5 September 2021,[1] ia diadakan secara rasmi pada 25 dan 26 November 2022 di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan dikendalikan oleh Ahmad Muriz Che Rose sebagai konduktor dengan iringan daripada 100 pemuzik orkestra dari Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO).[2]

Konsert[sunting | sunting sumber]

Konsert ini diumumkan pada Ogos 2022 dengan tiketnya telah habis dijual dalam masa 40 minit.[3][4]

Ia telah diadakan di Dewan Filharmonik Petronas (DFP), Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 25 dan 26 November 2022 selama dua hari berturut-turut pada jam 8:30 malam dengan iringan 100 pemuzik MPO di bawah pimpinan Ahmad Muriz Che Rose sebagai konduktor muzik. Konsert ini bermula dengan lagu "Ekspres Rakyat" yang disampaikan secara medley, kemudian diikuti dengan 15 lagi lagu termasuk "Sahabat Gua", "Mustika" dan "Di Jalan Sesat". Konsert diakhiri dengan lagu "Hukum Karma" dan "Pawana" yang turut disampaikan secara medley.[2]

Pada konsert ini, beberapa persembahan beliau juga diiringi oleh UiTM Chamber Choir. Beliau turut memberikan penghormatan buat penulis lirik dan rakan artis, Bob Lokman yang telah meninggal dunia pada 23 September 2022.[2]

Ulasan kritis[sunting | sunting sumber]

Ellyna Ali dari portal Getaran memuji persembahan M. Nasir dalam konsert ini dan berkata: "Biarpun ada masanya sifu muzik ini kelihatan canggung untuk beraksi, namun sebagai seorang penghibur yang berpengalaman, dia berjaya menutupi kelemahan itu dengan aura dan karisma yang dimiliknya".[2] Nur Al-Fairuza Syarfa Nor Saidi, menulis untuk Kosmo! berpendapat bahawa sinergi M. Nasir dan MPO dalam konsert ini "saling melengkapi".[5] Dalam ulasan retrospektifnya mengenai Konsert Simfoni Mustika M. Nasir, Shamshul Azree Samshir dari Berita Harian menyimpulkan bahawa "tidak sukar menyimpulkan M. Nasir terus relevan sebagai sosok seni tiada galang ganti selepas Allahyarham Tan Sri P. Ramlee".[6]

Senarai lagu[sunting | sunting sumber]

  1. "Ekspres Rakyat" (medley)
  2. "Kau Yang Satu"
  3. "Bonda"
  4. "Sahabat Gua"
  5. "Hijab Kekasih"
  6. "Meniti Titian Usang"
  7. "Ghazal Untuk Rabiah"
  8. "Langgam Pak Dogo"
  9. "Keroncong Untuk Ana"
  10. "Suatu Masa"
  11. "Mustika"
  12. "Di Jalan Sesat"
  13. "Phoenix Bangkit Dari Abu"
  14. "Mentera Semerah Padi"
  15. "Ada"
  16. "Tanya Sama Itu Hud Hud"
  17. "Hukum Karma" & "Pawana" (medley)

Sumber: Diperoleh dari laman web rasmi MPO.[7]

Tarikh konsert[sunting | sunting sumber]

Tarikh Bandar Negara Tempat Masa Jualan tiket
25 dan 26 November 2022 Kuala Lumpur Malaysia Dewan Filharmonik Petronas, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur 8:30 malam (WPM) Habis dijual

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Siti Athirah Dzulkifly (30 November 2022). "Aura 'mahal' sifu di DFP". Utusan Malaysia. Dicapai pada 17 Jun 2023.
  2. ^ a b c d Ellyna Ali (29 Disember 2022). "MPO Terjemahkan Rendisi Yang Menarik Dalam Konsert Simfoni Mustika M Nasir". Getaran. Dicapai pada 16 Jun 2023.
  3. ^ "Tiket konsert Simfoni Mustika M Nasir bersama MPO habis dalam masa 40 minit". Astro Awani. 19 Ogos 2022. Dicapai pada 17 Jun 2022.
  4. ^ "Tiket Konsert Simfoni Mustika M Nasir 'Sold Out' Dalam 40 Minit!". Astro Gempak. 19 Ogos 2022. Dicapai pada 17 Jun 2023.
  5. ^ Nur Al-Fairuza Syarfa Nor Saidi (5 Disember 2022). "Sinergi M. Nasir, MPO saling melengkapi". Kosmo!. Dicapai pada 17 Jun 2023.
  6. ^ Shamshul Azree Samshir (29 November 2022). "Magis sifu gegar DFP". Berita Harian. Dicapai pada 17 Jun 2023.
  7. ^ "Simfoni Mustika M. Nasir & MPO". Orkestra Filharmonik Malaysia. Dicapai pada 17 Jun 2023.