Raikan Cinta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"Raikan Cinta"
Single oleh M. Nasir
daripada album Phoenix Bangkit
Dikeluarkan padaMei 2001
Format
GenreTradisional, nusantara
Panjang5:15
SyarikatWarner Music Malaysia
PenulisM. Nasir
PenerbitM. Nasir
Kronologi single M. Nasir
"Meniti Titian Usang"
(2000)
"Raikan Cinta"
(2001)
"Masirah"
(2001)
Video muzik
"Raikan Cinta" di YouTube
Senarai runut Phoenix Bangkit
"Raikan Cinta"
(Trek 1)
"Masirah"
(Trek 2)

"Raikan Cinta" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh penyanyi dan penulis lagu Malaysia, M. Nasir, dikeluarkan pada Mei 2001 sebagai single pertamanya untuk album keenamnya, Phoenix Bangkit.[1]

Komposisi[sunting | sunting sumber]

"Raikan Cinta" ialah sebuah lagu berentak tradisional dengan irama nusantara yang berdurasi selama 5 minit dan 15 saat, dicipita dan ditulis oleh M. Nasir sendiri. Lirik lagu ini berkisarkan tentang pancaroba Siti Hajar yang berlari anak mencari mata air untuk anaknya, Nabi Ismail di kering pasir Jaziratul Arab.[2]

Muzik video[sunting | sunting sumber]

Sebuah muzik video telah diterbitkan bagi mempromosikan "Raikan Cinta", diarahkan oleh Kharl Kharlil. Penggambaran dijalankan selama 3 hari bermula 4 Jun 2001 dan berakhir pada 6 Jun di sebuah tapak perlombongan berdekatan Klang, Selangor. Kos pembikinan muzik video "Raikan Cinta" dianggarkan berjumlah RM50,000.[3]

Senarai runut[sunting | sunting sumber]

No. Tajuk Masa
1. "Raikan Cinta"   5:15

Tenaga kerja[sunting | sunting sumber]

Diperoleh daripada catatan media album Phoenix Bangkit.[4]

  • M. Nasir - vokal, penerbit
  • Eija (Anugerah) - vokal latar
  • Syed Azlan (Arab) - vokal latar
  • Nan - gitar
  • Yan - bes
  • Gary Gideon - dram
  • Zul Mahat - keyboard
  • Ramli Jawa - jaipong
  • Nasser Abu Kassim - penerbit eksekutif

Carta[sunting | sunting sumber]

Carta (2001) Kedudukan
carta
Carta Muzik Muzik 2
Carta Era
Carta Muzik FM

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan Ruj.
2001 Anugerah Juara Lagu ke-16 Etnik Kreatif "Raikan Cinta" Tercalon [5]
2002 Anugerah Industri Muzik ke-9 Lagu Terbaik Tercalon [6]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ku Seman Ku Hussain (28 Jun 2001). "Phoenix Bangkit... karya unggul M. Nasir". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Disember 2018. Dicapai pada 9 Mei 2018.
  2. ^ Saharudin Musthafa (27 Mei 2001). "Jiwa Melayu M. Nasir - Mencari akar dan merungkai polemik Melayu". Utusan Malaysia. Dicapai pada 9 Mei 2018.
  3. ^ Huzz (15 Julai 2001). ""Aku ada rancangan nak bikin konsert"". URTV. Dicapai pada 9 Mei 2018.
  4. ^ Phoenix Bangkit (Catatan media). M. Nasir. Warner Music Malaysia. 2001. PR432-2.CS1 maint: others (link)
  5. ^ Rosli Manah; Khadijah Ibrahim (1 Januari 2002). "Juara Lagu 2001 - Kesinambungan monopoli muzik etnik". Utusan Malaysia. Dicapai pada 7 Mei 2018.
  6. ^ Hardi Effendi Yaacob (22 Mac 2002). "M. Nasir, Ajai, Yassin bersaing lagu terbaik". NSTP e-Media. Dicapai pada 9 Mei 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]