Grawp

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Watak Harry Potter
Grawp
Warna rambut Kehijauan
Warna mata Perang kehijauan
Keturunan Gergasi
Berpihak kepada Hagrid
Suara  Tony Maudsley
Kemunculan pertama Harry Potter and the Order of the Phoenix

Grawp adalah gergasi rekaan yang merupakan adik tiri Hagrid, dalam siri Harry Potter karya J. K. Rowling.

Menurut IMDb, dalam filem Harry Potter and the Order of the Phoenix Grawp akan ditampilkan sepenuhnya dengan imej janaan komputer dan disuarakan oleh Tony Maudsley.

Peranan[sunting | sunting sumber]

Dalam Harry Potter and the Order of the Phoenix, Hagrid membawa Grawp dari tempat asalnya iaitu habitat gergasi di gunung ke Hutan Larangan di luar Hogwarts.

Grawp dan Hagrid lahir dari ibu yang sama, gergasi Fridwulfa. Ayah Hagrid adalah seorang penyihir, sementara ayah Grawp adalah gergasi.

Grawp mempunyai ketinggian sekitar 4.9 meter (16 kaki), yang menurut Hagrid adalah ukuran yang kecil untuk seorang raksasa. Jari-jarinya sebesar bola kriket (sekitar 22.5 cm diameternya). Grawp sering menjadi mangsa buli gergasi lain kerana saiznya yang kecil, yang menyebabkan Hagrid memutuskan untuk membawanya ke Hutan Larangan. Grawp hanya mengenal beberapa perkataan bahasa Inggeris dan kelakuannya liar dan sukar diramal. Pada awalnya dia kelihatan tidak acuh dengan usaha abangnya untuk mengajarnya malah lebih banyak menumbangkan pokok-pokok.

Dalam pemunculan pertamanya di Hutan Larangan, Grawp dikawal oleh Hagrid yang mengikatnya ke beberapa batang pokok. Setelah dipecat oleh Pegawai Penyoal Siasat Hogwarts, Dolores Umbridge, Hagrid meninggalkan Hogwarts bagi meneruskan pekerjaannya untuk Kumpulan Phoenix dan meninggalkan Grawp lalu meminta Harry Potter, Hermione Granger, dan Ron Weasley untuk menjaganya. Hal yang sangat mengejutkan mereka adalah ketika mereka terperangkap antara para sentora, Grawp membantu dan berjawa menghalau perhatian para sentora itu daripada Harry dan Hermione.

Dalam Harry Potter dengan Putera Berdarah Kacukan, Grawp berpindah ke gunung dan kelakuannya semakin membaik. Dia juga menghadiri pengkebumian Albus Dumbledore bersama Hagrid yang sudah bersikap sopan dan tenang berbanding sebelumnya, dan turut berpakaian formal. Dia juga kelihatan sudah memahami emosi, setidaknya secara luas, seperti ditunjukkan kelakuannya menepuk-nepuk Hagrid untuk menenangkannya.

Dalam Peperangan Hogwarts, Grawp turut membantu Hagrid dan Hogwarts untuk memerangi Voldemort dan Death Eater.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]