Mencari Qiblat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Mencari Qiblat
GenreIslamik
PengarahRashid Sibir
Pengarah kreatif
Muhammad Shafiq
Dibintangi oleh
Aeril Zafrel
Negara asalMalaysia
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Ainul Mardhia Rashid
  • Aliff Firdaus Rashid
  • Iskandar Zulkarnaen Rashid
  • Adam Muhammad Rashid
  • Datin Maimon Mokhtar
PenerbitNurulhuda Azizi
PenyuntingMiss Jay
Tempoh siaran41–44 minit
Rabu–Jumaat, 9.00 malam
Syarikat penerbitan
Rashbir Media Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Zehra)
Siaran asal25 Oktober 2018 – 30 November 2018

Mencari Qiblat adalah drama bersiri bertemakan Islamik Malaysia 2018 yang diterbitkan oleh Rashbir Media Sdn Bhd bermula 25 Oktober hingga 30 Oktober 2018 di Slot Zehra TV3. Drama ini dibintangi oleh Aeril Zafrel.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Menampilkan Adam (Aeril Zafrel) sebagai teraju utama, drama Mencari Qiblat yang bertemakan kerohanian ini mengetengahkan penceritaan berbeza pada setiap episod. Adam ialah anak tunggal dalam keluarganya, dan dia sudah biasa hidup dengan penuh kemewahan. Oleh kerana lalai serta alpa dengan kemewahan hidupnya di dunia, Adam sentiasa berfoya-foya dan kerap melanggar segala hukum-hakam kehidupan sebagai seorang umat Islam sehingga hilang pedoman hidupnya.

Kemalangan jalanraya telah meragut nyawa ibu dan ayah Adam. Kematian mereka ini akhrinya telah memberi kesedaran kepada Adam yang bahawa duniawi ini hanyalah sementara dan selama ini, dia sedang hidup dalam kegelapan. Sejak itu, Adam cuba kembali ke pangkal jalan, dan memahami erti sebenar kehidupan ini. Mampukah Adam mencari qiblat hidupnya?[1]

Senarai episod[sunting | sunting sumber]

  • Episod 1: "Doa Anak Soleh"
  • Episod 2: "Anak Derhaka Terhadap Ibu Bapa"
  • Episod 3: "Kelebihan Sedekah"
  • Episod 4: "Tidak Bersyukur"
  • Episod 5: "Dosa Ayah"
  • Episod 6: "Leka Dunia"
  • Episod 7: "Fadhilat Quran Kalam Allah"
  • Episod 8: "Berkat Puasa"
  • Episod 9: "Doa Ibu"
  • Episod 10: "Payung Emas"
  • Episod 11: "Rempit"
  • Episod 12: "Pak Sanggup"
  • Episod 13: "Kepulangan"

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Dibantu oleh[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]