Suamiku Lelaki Pendosa

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Suamiku Lelaki Pendosa
Genre
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel Imamku Lelaki Pendosa karya Umie Nadzimah
Ditulis oleh
PengarahEyra Rahman
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Fasa" nyanyian Hazama ft Tuju
Lagu penutup"Fasa" nyanyian Hazama ft Tuju
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod28
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Zetty Adila Dato' Ramly
  • Zetty Alia Dato' Ramly
PenerbitDato Zaiton Mohd Jiwa
PenyuntingAsyraf Zainal
Azim Indrawaty
Mohd Saufi Dollah
Nurul Huda Zulkunine
Norsyilawati Idris
SinematografiMokhairul Syamnizar Mokhtar
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Global Station
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Samarinda)
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal9 Februari 2022 – 25 Mac 2022
StatusTamat
Kronologi
MengikutiKau Cipta Kasih

Suamiku Lelaki Pendosa ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan Eyra Rahman, dibintangi oleh Dato Aaron Aziz, Sophia Albarakbah dan Gambit Saifullah. Siri ini memulakan tayangan di Slot Samarinda, TV3 bermula 9 Februari 2022 menggantikan drama Kau Cipta Kasih.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Kisah Dean Ilyas yang tampak sempurna namun cenderung kepada homoseksual iaitu hubungan sesama sejenis. Dean cuba berubah dengan bantuan dan sokongan daripada isterinya Cahaya Malaika.

Cahaya Malaika (Sophia AlBarakbah) dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh Encik Firdaus (Fauzi Nawawi) dan Puan Wahida (Aleza Shadan). Cahaya sangat rapat dengan kakaknya, Anggun Dania (Shima Anuar). Cahaya bertunang dengan lelaki pilihannya, Nik Safri (Kael).

Malangnya pertunangan mereka diputuskan selepas rahsia identiti Cahaya terbongkar. Malahan, Cahaya juga dihina oleh Nik Safri sebagai anak tak sah taraf. Sehubungan itu, hubungan Anggun dengan ibu mereka juga menjadi renggang. Cahaya masih boleh berlapang dada dan berusaha untuk menerima takdirnya. Dia juga memujuk dan memberi semangat kepada ibunya yang sedang bermurung.

Tidak lama kemudian, Cahaya dipertemukan dengan Dean Ilyas (Aaron Aziz) yang bertindak sebagai hero untuk menyelamatkan Cahaya daripada terus disakiti oleh Nik Safri di kedai makan. Dean merupakan lelaki yang berbudi bahasa dan mempunyai aura tersendiri. Mereka berdua bertemu lagi ketika menemani orang tua mereka ke sebuah majlis reunion. Ibu Dean, Datin Junaidah (Maria Farida) terus berkenan dengan anak sahabatnya dan bersungguh-sungguh untuk menjadikan Cahaya sebagai menantu.

Cahaya berterus-terang tentang statusnya kepada Dean kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali. Dean sangat ikhlas dan bersedia menerima Cahaya seadanya. Dia juga bersetuju untuk merahsiakan hal ini daripada pengetahuan keluarganya. Lalu, Cahaya bersetuju untuk menerima lamaran Dean.

Majlis perkahwinan Dean dan Cahaya bakal dilangsungkan oleh Datin Junaidah. Ketika kedua-dua keluarga gembira dengan penyatuan Dean dan Cahaya, kawan baik Dean iaitu Izfairin (Gambit Saifullah) tidak bersetuju dengan pilihan Dean.

Selepas kahwin, pelbagai dugaan mula datang menguji. Cahaya yang dipergunakan oleh Datin Junaidah untuk menyelamatkan maruah keluarga dan egonya akhirnya bakal berhadapan dengan sejarah hitam Dean yang disimpan rapi.

Apakah yang bakal berlaku seterusnya? Adakah Cahaya dapat menerima dan memaafkan suaminya?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]