Sang Pewaris

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Sang Pewaris
Genre
Berdasarkan daripada
Novel Sang Pewaris karya Fizziany
Ditulis oleh
  • Eenaz Mokhtar
  • Farah Alya Asari
PengarahEyra Rahman
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanX Missing U - Dayang Nurfaizah Feat. Faizal Tahir, Yonnyboii, & Tuju
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutifZetty Alia Dato' Ramly
Zetty Adila Dato' Ramly
PenerbitDato Zaiton Mohd Jiwa
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Global Station
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal26 November 2020 – 25 Disember 2020
Kronologi
MengikutiLelaki Lingkungan Cinta
Diikuti olehHadiah Dari Tuhan

Sang Pewaris ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Eyra Rahman dibintangi oleh Ben Amir, Amyra Rosli, dan Zarynn Min. siri ini akan memulakan tayangan di Slot Lestary TV3 pada 26 November 2020 mengantikan Lelaki Lingkungan Cinta. [1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Ali/Dali, (Ben Amir) seorang pemuda kampung biasa tinggal bersama ibu bapa angkatnya, Pak Samad (Harun Hashim) dan Mak Bedah (Sheila Mambo). Meskipun mereka sejenis ingin cepat kaya, tetapi mereka sangat sayangkan anak angkat mereka memandangkan mereka sendiri tidak dapat zuriat. Ali sering mendapat mimpi pelik sejak remaja hingga kini dan masih tak faham kenapa ia selalu datang padanya. Dia sering didatangi oleh gadis yang sama dalam mimpinya.

Ali diberitahu oleh Tuan Mahmud (Zamarul Hisham) bahawa dia adalah pewaris kekayaan Tan Sri Megat Khairuddin (Zaefrul Nordin) dan Puan Sri Kamariah (Zarynn Min) dan diminta untuk pulang atas arahan majikannya. Nama sebenar Ali adalah Megat Dali. Lebih mengejutkan lagi apabila mengetahui dia mempunyai kembar bernama Megat Amer (Ben Amir). Haji Mahmud meminta Ali bertemu dengan keluarga kandungnya, namun Ali mengubah fikirannya dan menghilangkan diri.

Ali merancang menyamar sebagai tukang kebun untuk mengenali keluarganya dengan lebih baik. Di sana, Ali jatuh cinta kepada Zara Aireena (Amyra Rosli), anak angkat keluarganya. Mereka sering bertelagah terutamanya mengenai bunga-bunga yang Zara sayangi. Namun Ali terpaksa akur gadis itu merupakan tunang kembarnya, Megat Amer. Ali juga mahu mencari kebenaran mengenai kisah penculikannya sewaktu bayi dan punca dan mengapa Puan Sri Kamariah memiliki sikap suka menyendiri dan seakan-akan orang gila. Dengan bantuan Zara, anak kandung Haji Mahmud, dia dapat menyiasat lebih lanjut siapakah dalang dalam penculikannya. Dalangnya adalah orang yang terdekat dengan keluarga Puan Sri Kamariah. Namun begitu,siapakah gerangan orang tersebut? Adakah Haji Mahmud? Atau Zara yang dipaksa menjaga Puan Sri Kamariah sejak kecil? Atau mungkinkah pembantu rumah dan pemandu peribadi, Che Som (Ieda Moin) dan Pak Kadir (Acong Sweetchild)?. Atau juga Dr Mahfuz (Fizz Fairuz) yang merupakan doktor peribadi Puan Sri Kamariah?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Watak Utama[sunting | sunting sumber]

Watak Pembantu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Sang Pewaris. MyInfoTaip. Dicapai 6 Ogos 2021