Himpunan Oren 2012

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Himpunan Oren 2012 merujuk kepada perarakan ke Istana Negara anjuran Gerakan Selamatkan Felda (GSF) pada hari Sabtu, 14 Julai 2012 , jam 2.00 petang dari perkarangan Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Memorandum akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah berhubung penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGV) di Bursa Malaysia.Sasaran mereka, 20,000 penyokong tegar akan hadir.

Himpunan itu anjuran ANAK bersama Bersih, PPSMI, Lynas dan GMI. Laluan perarakan dari Masjid Wilayah Persekutuan, Lembaga Peperiksaan ke Segambut seterusnya ke pintu Istana Negara.


FELDA adalah Institusi yang diwujudkan pada 1 Julai 1956.Terdapat 112,635 peneroka Felda seluruh negara dengan 23,000 kakitangan Kumpulan Felda. Ada 45,000 pekerja Ladang Felda Plantation .537,738 hektar tanah kebun peneroka. Terdapat 367,710 hektar tanah Felda Plantation. Ada 317 Tanah Rancangan Felda di seluruh negara. Ada 150 Ladang Felda Plantation. Ada 47 anbak-anak syarikat Felda dan 97 peratus peneroka Felda adalah orang Melayu.[1]

Polis akhirnya benarkan[sunting | sunting sumber]

Koordinator GSF Mazlan Aliman telah berunding dengan Ketua Polis Sentul, Zakaria Pagan dan Ketua Polis Brickfields, Wan Abd Bari Wan Abdul Khalid di Balai Polis Kepong . Mulanya tidak dibenarkan kerana Istana Negara diwartakan sebagai kawasan larangan dan tempat larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 dan lokasi itu tersenarai sebagai tempat larangan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012. [2][3] Turut sama ialah Timbalan Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Wilayah PAS Razman Zakaria dan AJK PAS Nasaie Ismail serta Timbalan Pengarah 3 Unit Amal Malaysia Azmi Anuar.[4]

Hasil rundingan[sunting | sunting sumber]

Peserta akan dikawal ketat pasukan polis dan 1000 anggota Unit Amal PAS sehingga jarak 600 meter daripada pintu Istana Negara. Perarakan sejauh 3 km dari parkir Kompleks Mahkamah Jalan Duta - Jalan Sri Hartamas - pintu ketiga Istana Negara.

Semua peserta akan berhimpun di tempat letak kereta di luar kompleks mahkamah Jalan Duta selepas solat Zohor dan solat hajat kemudian disusuli dengan ucapan pemimpin GSF dan wakil peneroka sebelum berarak ke Istana Negara. Kenderaan boleh diparkir di lapangan bangunan Matrade.

Mazlan selaku presiden Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK) menjelaskan bahawa 8 orang wakil akan menyerahkan memorandum kepada wakil Yang di-Pertuan Agong. Anak telah berunding lebih lapan bulan tetapi "gagal mendapat respon daripada kerajaan". Memorandum itu memohon Yang di-Pertuan Agong campurtangan berhubung isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings.[5]

Perarakan[sunting | sunting sumber]

Jam 2.00 petang, Sabtu, 14 Julai 2012, lebih 5,000 peserta Himpunan Oren berarak daripada pintu Masjid Wilayah Persekutuan menuju ke Istana Negara. Antara pemimpin yang hadir ialah timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, ketua penerangan Tuan Ibrahim Tuan Man, pengerusi Persatuan Peneroka Felda Kebangsaan Mazlan Aliman dan naib presiden Salahuddin Ayub. Turut serta ialah Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang, pelajar-pelajar Universiti Malaya (UM), Universiti Selangor (UNISEL), dan Universiti Teknologi Mara (UiTM), pemimpin dari Teras, Abim, Peneroka Malaysia, Paksi, Gamis dan lain-lain. Mereka membawa kain rentang bertulis "Pecat Isa Samad", "Bebas peneroka" dan "Hancur Najib".[6]

Lapan peneroka akan mengemukakan saman sebanyak RM80juta ke atas perdana menteri dan menyaman Suruhanjaya Sekuriti kerana membenarkan penyenaraian dilakukan. Para pencarum KWSP, Lembaga Tabung Haji dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera turut akan mengambil tindakan yang sama selepas simpanan mereka didakwanya dilaburkan di FGVH. Memorandum diterima oleh pegawai perhubungan awam Istana Negara, Khairi Abdul Rahman. [7]

Bantah Himpunan Oren[sunting | sunting sumber]

Pada 12 Julai 2012, Pengurus Felda Sungai Tekam, Yunus Husin, membuat laporan polis di Balai Polis Jerantut membantah Himpunan Oren kerana didakwa didalangi parti pembangkang. Pengerusi JKKR Sungai Tekam, Hashim Kadir (77 tahun) menjelaskan bahawa para peneroka di Felda Sungai Tekam, Felda Sungai Tekam Utara, Felda Padang Piol, Felda Sungai Rentang, Felda Kota Gelanggi 1, 2, 3 dan 4, akan mengadakan perhimpunan membantah perhimpunan Oren di Felda masing-masing.[8]

Bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi menafikan beliau terbabit dan menyokong perhimpunan itu. Mereka telah menggunakan gambarnya pada kain rentang tanpa kebenaran. Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah enggan mengulas gambarnya dipaparkan dalam kain rentang isu . Mazlan Aliman ada mengutus surat menjemput tokoh-tokoh ini turut serta. [9]

Peneroka Felda Hulu Selangor, V Nadarajan mencadangkan Anak mengadakan dialog, bukan demonstrasi. Perhimpunan itu jelas bermotif politik kerana mahu mempengaruhi peneroka serta anak peneroka yang majoritinya Melayu supaya menolak Kerajaan Persekutuan daripada terus menguruskan Felda. Penganjur serta penyokong himpunan Oren yang kononnya disertai warga Felda didakwa hanya mahu menguasai Felda selain berhasrat merebut 34 kerusi Parlimen yang berada dalam tanah rancangan Felda.[10]

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri , Datuk Ahmad Maslan menyifatkan perhimpunan ini sebagai gimik politik parti pembangkang menjelang PRU13. Semua ini adalah kerja-kerja pembangkang yang ingin memutarbelitkan isu dan segalanya kita sudah jawab, apa lagi mereka tak puas hati? Apa lagi mereka inginkan? . Apa lagi yang tak cukup di Felda ini? Apa lagi yang tak kena lagi di Felda ini, mana ada kita gadai tanah di Felda ni, tak ada siapa yang tanah mereka tergadai, tanah peneroka tak tergadai, tanah peneroka tak tergadai, tak ada apa harta yang hilang, apahal mereka sibuk-sibuk sangat ini. [11]

Rujukan[sunting | sunting sumber]