I.D.

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
I.D: Swipe, Steal, Love
GenreDrama
Jenayah
Romantik
Ngeri
Pencipta
  • Razaisyam Rashid (cerita)
  • Fatimah Ruzaimi (cerita)
Ditulis oleh
  • Ashraf Modee Zain
  • Shamaine Othman
  • Amar Amir
  • Nadim Hisham
PengarahRazaisyam Rashid
Dibintangi oleh
PenggubahMonoloQue
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Inggeris
Bilangan episod8
Penerbitan
Penerbit eksekutifRaja Jastina Raja Arshad
Penerbit
  • Fatimah Ruzaimi
  • Hazim Hisham (penyelaras)
PenyuntingRazaisyam Rashid
LokasiMalaysia
SinematografiSaifuddin Musa
Pemasangan kamera
Tetapan multi-kamera
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
Penyiaran
Saluran asalAstro Premier
Astro Ria (Episod 1-3 sahaja)
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal23 Februari 2024 (2024-02-23) – 12 April 2024 (2024-04-12)

I.D: Swipe, Steal, Love ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2024 arahan Razaisyam Rashid dengan skrip oleh Ashraf Modee Zain. Dibintangi oleh Naim Daniel, Aedy Ashraf dan Amelia Henderson, siri ini diterbitkan sebagai sebahagian daripada jenama Astro Originals dan memulakan tayangan perdana di Astro Premier bermula 23 Februari sehingga 12 April 2024 menggantikan Gamers Mangkuk.[1][2][3]

Premis[sunting | sunting sumber]

Aidi, seorang pereka aplikasi yang telah mencipta aplikasi yang diberi nama BEBAS, sebuah aplikasi penting yang digunakan sewaktu penularan wabak dengan menempatkan maklumat dan data peribadi pengguna bagi tujuan pemakluman maklumat terkini. Jazman, seorang pengurus syarikat di mana tempat Aidi bekerja telah memecat Aidi tanpa sebarang alasan yang munasabah.

Dendam Aidi terhadap Jazman terus memuncak, ditambah pula apabila melihat kemesraan Anggun, gadis idaman Aidi, sering bersama Jazman. Akibat dendam, Aidi telah mencuri 27.7 juta data pengguna daripada aplikasi BEBAS dan mencipta watak baharu bernama Tengku Remy di alam maya untuk berkenalan dengan Anggun.

Data yang digodam oleh Aidi juga telah dijual kepada pihak yang tidak bertanggungjawab demi mendapat keuntungan yang berlipat ganda. Namun tanpa disedari, aktiviti haram yang dilakukan ini telah menjerumus kepada masalah besar yang bakal menimpa Aidi.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Penampilan khas[sunting | sunting sumber]

Episod[sunting | sunting sumber]

No. Tajuk Tarikh siaran di Astro Premier
1 "Fear Makes the World Go Round" 23 Februari 2024 (2024-02-23)
2 "Love is Evil" 1 Mac 2024 (2024-03-01)
3 "Catfishing in the Name of Love?" 8 Mac 2024 (2024-03-08)
4 "Survival of the Selfish" 15 Mac 2024 (2024-03-15)
5 "Manipulation of the Weak" 22 Mac 2024 (2024-03-22)
6 "This Paati Never Ends" 29 Mac 2024 (2024-03-29)
7 "The Bitter Pill of Truth" 5 April 2024 (2024-04-05)
8 "This Means War!" 12 April 2024 (2024-04-12)

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Razaisyam Rashid berkata mengenai drama ini: "Idea I.D tercetus apabila melihat persekitaran saya, di mana orang muda sekarang kebanyakkannya hidup dalam dunia digital. Jadi saya cuba salurkan suara orang muda dan cabaran zaman sekarang menerusi sebuah karya, maka terhasillah I.D".[4]

Ini merupakan drama Astro Originals kedua yang dibintangi oleh Naim Daniel selepas Projek: High Council (2023) dan ini juga merupakan drama pertama lakonannya yang menampilkan beliau memegang dua watak.[5]

Siaran[sunting | sunting sumber]

I.D memulakan tayangan perdana serentak di Astro GO dan Astro Premier bermula 23 Februari 2024 setiap Jumaat.[6][7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e f g h i j k l m n o p "I.D (Astro Originals)". My Infotaip. 10 Februari 2024. Dicapai pada 23 Februari 2024.
  2. ^ "ASTRO ORIGINALS 'I.D' TAMPILKAN SISI GELAP MEDIA SOSIAL & KECURIAN DATA LAKONAN NAIM DANIEL, AMELIA HENDERSON, AEDY ASHRAF" (Kenyataan Media). Astro Malaysia Holdings. 6 Februari 2024. Dicapai pada 23 Februari 2024.
  3. ^ "I.D (SWIPE, STEAL, LOVE), Siri Astro Originals Angkat Tema Pemalsuan Identiti Dan Kecurian Data". Backstage. 10 Mac 2024. Dicapai pada 29 Mac 2024.
  4. ^ "Astro Originals Tampil Dengan Siri ID: Sisi Gelap Media Sosial & Kecurian Data". SYOK. 7 Februari 2024. Dicapai pada 23 Februari 2024.
  5. ^ "Naim Daniel cabar diri main dua karakter yang berbeza di dalam naskhah I.D". Astro Awani. 10 Februari 2024. Dicapai pada 24 Februari 2024.
  6. ^ Umirah Halim (7 Februari 2024). "Drama I.D, Angkat Isu Jenayah Siber, Bakal Tayang 23 Februari Ini!". Astro Gempak. Dicapai pada 24 Februari 2024.
  7. ^ "Astro Originals Terbaru "i.D. Swipe, Steal, Love" Bakal Menemui Anda 23 Februari Nanti!". Movie Lovers MY. 6 Februari 2024. Dicapai pada 24 Februari 2024.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]