Amelia Thripura Henderson

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Amelia Henderson)
Jump to navigation Jump to search
"Amelia Henderson" dilencongkan di sini.
Nama ini merupakan gabungan nama orang India dan Inggeris. Nama yang diberikan ialah Amelia Thripura dan nama keluarganya ialah Henderson.
Amelia Henderson
AmeliaHenderson.jpg
Amelia Henderson semasa sesi fotografi bersama Utusan Malaysia pada 27 Februari 2015.
KelahiranAmelia Thripura Henderson
(1995-10-20) 20 Oktober 1995 (umur 23)
Ampang, Selangor, Malaysia
Pekerjaan
Tahun aktif2006–kini
Terkenal keranaMenjadi model bagi iklan Mothercare
PasanganTunku Harunnarasheed Putra (2015 - 2018)
Ibu bapa
  • Jaya Rudralingam (ibu)
  • Graham L. Henderson (bapa)
Saudara
  • Alexander Rudrakeith Henderson (adik)
  • Lydia Henderson
Laman webLaman sesawang rasmi Amelia Henderson

Amelia Thripura Henderson (lahir 20 Oktober 1995) ialah seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau kini menjadi duta dan pengacara di saluran Go Asean, sebuah saluran TV hasil kerjasama Astro dan ASEAN.

Kerjaya

Beliau mula menceburi bidang seni sebagai model melalui iklan Mothercare sewaktu berusia setahun.[1] Selepas itu, beliau berjaya membintangi sitkom Keluarga Adam.[1] Beliau juga pernah mementaskan persembahan muzikal teater iaitu The King and I dan Peter Pan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada tahun 2007.[1]

Di samping itu, beliau berpeluang untuk mengembangkan bakatnya ke Amerika Syarikat.[1] Beliau merupakan salah seorang kanak-kanak di Malaysia yang menjadi pelakon suara untuk filem animasi popular iaitu Barbie in a Christmas Carol.[2] Beliau bernasib baik kerana ditawarkan untuk menjadi suara latar di dalam filem animasi ini. Beliau akhirnya bersetuju untuk merakamkan suara di dalam filem animasi ini kerana beliau amat fasih berbahasa Inggeris dengan menggunakan slanga British dan Amerika.[1] Tambahan pula, beliau diberikan tempat untuk berlakon di dalam filem tempatan iaitu Talentime hasil arahan Yasmin Ahmad. Beberapa tahun selepas itu, beliau ditawarkan untuk menjadi hos rancangan The English Room iaitu rancangan bagi mempertingkatkan penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.[1][3]

Beliau amat menggemari tarian balet dan pernah memenangi Kategori 3 dalam program Cecchetti International Summer School yang diadakan di Melbourne, Australia.[1]

Kehidupan peribadi

Ibu beliau ialah seorang doktor gigi yang berketurunan India dan Sri Lanka bernama Jaya Rudralingam. Selain itu, bapa beliau adalah seorang arkitek yang berketurunan Scotland bernama Graham Henderson. Beliau mempunyai dua adik-beradik dan merupakan anak yang sulung. Adiknya pula bernama Alexander Rudrakeith Henderson.

Ameliia yang kini memeluk Islam dengan nama barunya Datin Putri Noor Amelia Thripura Henderson binti Abdullah sah bergelar isteri kepada Tunku Dato' Harrunnarrassheed Putra, anak kepada Tunku Bendahara Kedah Almarhum Tunku Tan Sri Annuar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Haji Sir Badlishah dan Toh Puan Noor Suzanna pada 14 Ogos 2015, yang bertempat di Carcosa Seri Negara.[4][1]

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2008 Barbie in A Christmas Carol Kelly / Tammy
2009 Talentime Melati
Barbie and the Three Musketeers Miette
Sing Along With Barbie
Pisau Cukur Bella (kecil)
2012 Seefood Ruby
War of the Worlds: Goliath Young Girl
2014 Ribbit Marcella Alih suara (versi Bahasa Inggeris)

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2006 Keluarga Adam TV2
2008 Kasut Tumit Tinggi Astro Prima
2015 Keluarga Pontimau Sabrina TV3
2016 Oh My English!: After School Amelia Astro TVIQ
2018 Pengantin 100 Hari Erina TV3
Jangan Benci Cintaku Damia
2019 Cinta Non Grata Darlina
Voice Note Mira

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2016 Anak Mat Salleh Tapi Melayu Mary TV3
2018 Renjana Nora ntv7
DM Hati Awak Izza
30 Hari Membunuh Cinta Rara Astro Citra
Nadi Luna Fira TV3

Televisyen

Tahun Tajuk Saluran TV
2009 The English Room Astro TVIQ
2010 The English Room: Let's Talk!
2013 SPM English Literature Component Astro Tutor TV SPM
2015 MYEG Daily/SuperSport Daily/Dashing Daily Astro Supersport
2015–16 GO TRAVEL GOASEAN
2016 B Healthy Astro Bella

Rujukan

  1. ^ a b c d e f g h Kak Hazel (27 Mac 2012). "Amelia Serba Boleh". Utusan Karya Sdn. Bhd. 
  2. ^ "Barbie in a Christmas Carol (Video 2008)". IMDb. Dicapai 27 Mac 2012. 
  3. ^ Dzireena Mahadzir (22 November 2009). "Mind your English". The Star Online. Dicapai 27 Mac 2012. 
  4. ^ Fuad, Farhan (25 Ogos 2015). "Amelia Henderson Sudah Berkahwin". EH!. Dicapai 12 Mei 2016. 

Pautan luar