Dain Said

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Dain Said
Kelahiran
Dain Iskandar bin Said

PendidikanFilem dan Fotografi
Pusat pendidikanUniversiti Westminster, London
PekerjaanPengarah, penulis skrip, penerbit, pelakon
Tahun aktif2006—kini

Dain Iskandar Said (juga dikenali sebagai Dain Said) merupakan seorang pengarah, pelakon, penulis skrip dan penerbit Malaysia. Dari kerjayanya sebagai seorang sutradara, beliau menduduki kerusi pengarah menerusi filem cetera pertamanya, Dukun (2007) dan mula mencuri perhatian peminat filem Malaysia menerusi filem Bunohan (2012). Beliau bersama Nandita Solomon menubuhkan syarikat Apparat Sdn. Bhd. yang mengkhususkan kepada penerbitan filem.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau membesar di Kuala Lumpur, Malaysia dan berkelulusan dalam Filem dan Fotografi dari Universiti Westminster di London pada tahun 1990.[1]

Kerjaya filem[sunting | sunting sumber]

Selepas tamat pengajian, beliau bekerja untuk beberapa filem pendek, rancangan televisyen, iklan, pemasangan media dan dokumentari. Dain mengarahkan filem pertamanya pada tahun 2006, Dukun, tetapi diharamkan tayangannya berikutan ia mempunyai kaitan dengan kes Mona Fandey.[2] Filem kedua arahannya, Bunohan[3] ditayangkan pada 2012 dan merupakan penyerahan Malaysia di Anugerah Akademi bagi Filem Bahasa Asing Terbaik.[4]

Filem ketiga arahannya, Interchange dikeluarkan pada Disember 2016,[5] dan dipertontonkan di Festival Filem Antarabangsa Locarno pada Ogos 2016, empat bulan sebelum tayangannya.[6]

Pada 5 April 2018, filem Dukun arahan beliau lakonan Umie Aida sebagai Diana Dahlan dibenarkan tayangannya sekaligus menamatkan 12 tahun penantian beliau untuk menyaksikan filem ini ditayangkan.[7]

Kolaborasi[sunting | sunting sumber]

Dain mempunyai beberapa pelakon yang berlakon di dalam lebih daripada satu filem arahannya. Faizal Hussein, Bront Palarae dan Nadiya Nisaa ialah pelakon yang kerap berkerjasama dengan beliau, muncul dalam tiga filem.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Catatan
Pengarah Penulis skrip Penerbit
2012 Bunohan Ya Ya Ya
2013 Kolumpo Tidak Tidak Tidak Memegang watak sebagai Pelanggan Kedai Mamak 2
2014 Terbaik dari Langit Tidak Tidak Tidak Memegang watak sebagai pengkritik filem
2016 Mrs K Tidak Tidak Tidak Memegang watak sebagai Loan shark
Interchange Ya Ya Tidak
2018 Dukun Ya Tidak Tidak Filem arahan pertama yang telah menjalani penggambaran sejak tahun 2006, namun ditangguh tayangannya.[8]
2019 Fly By Night Tidak Ya Tidak
Wira Tidak Tidak Tidak Memegang watak sebagai Raja
2020 Daulat Tidak Tidak Tidak Memegang watak sebagai Penganalisis Politik
Pasal Kau! Tidak Tidak Tidak Memegang watak sebagai Duke
2023 Harum Malam Ya Ya Tidak
TBA Vektor Ya Ya Tidak Pra-produksi
Robohnya Surau Kami Ya Tidak Tidak Filem Malaysia-Indonesia Pra-produksi

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Dikreditkan sebagai Saluran TV Catatan
Pengarah Penulis skrip Penerbit
2019 Iman Untuk Bulan Ya Tidak Tidak Astro First Ekslusif

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2018 Anugerah Skrin 2018 Pengarah Filem Terbaik (Dukun) Menang
2019 Festival Filem Malaysia ke-30 Pengarah Terbaik (Dukun) Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Dain Iskandar Said". IFFR. Dicapai pada 2017-08-07. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  2. ^ "Will Dukun ever charm viewers?" TheStar, 3 June 2007.
  3. ^ "Bunohan: Return to Murder (2011)". New York Times. Dicapai pada 2016-01-06. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  4. ^ "Bunohan calon awal Anugerah Academy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-10. Dicapai pada 2017-08-06.
  5. ^ (Inggeris) Malaysia's Dain Iskandar Said shooting supernatural 'Interchange'
  6. ^ "Filem 'Interchange' ke Festival Filem Locarno di Switzerland". Astro Awani. 17 Julai 2016.
  7. ^ Awaludin, Nurul Fadila (6 April 2018). "Misteri 12 tahun Dukun dan Diana Dahlan". Kosmo!. Dicapai pada 8 April 2018.
  8. ^ Sham, Nursyazwani Saiful (2018-04-02). "Filem 'Dukun' akhirnya ditayang selepas 12 tahun, ini komen pengarahnya Dain Said". Astro Awani. Dicapai pada 2021-05-27.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]