Pergi ke kandungan

Istana Tyersall

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Istana Tyersall
Istana Tyersall yang terletak di Singapura
Istana Tyersall
Kedudukan di Tyersall Park, Singapura
Nama alternatifNew Tyersall
Maklumat umum
StatusDirobohkan
JenisIstana
Gaya seni binaCorinthian
PengelasanB
LokasiTyersall, Singapura, Negeri-Negeri Selat
AlamatTyersall Avenue
NegaraNegeri Selat Singapura
Koordinat1°18′40.0″N 103°48′38.0″E / 1.311111°N 103.810556°E / 1.311111; 103.810556Koordinat: 1°18′40.0″N 103°48′38.0″E / 1.311111°N 103.810556°E / 1.311111; 103.810556
Dinamakan bersempenaTyersall
Pembinaan bermula1890 (1890)
Disiapkan pada1892
Dibuka pada03 Disember 1892 (1892-12-03)
Ditutup pada11 September 1905 (1905-09-11)
Dirobohkan pada1935
PemilikSultan Abu Bakar (bekas)
Sultan Ibrahim (bekas)
Tuan tanahNegeri Johor
PenggabunganNegeri Johor
Maklumat ketinggian
Tinggi70 kaki (21 m)
Butiran teknikal
Bilangan tingkat2
Keluasan tingkat210 kaki (64 m) by 174 kaki (53 m) deep
Reka bentuk dan seni bina
ArkitekDato Yahya bin Awaluddin
JuruteraHowarth Erskine
Jurutera penstrukturanHowarth Erskine
Jurutera perkhidmatanHenry Clarence Hogan
Pereka bentuk lainSultanah Fatimah bte Abdullah
Kontraktor utamaWong Ah Fook
Dikenali keranaKediaman Sultan Abu Bakar di Singapura
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Istana Tyersall adalah salah satu dari dua kediaman selain Istana Woodneuk yang pernah didirikan di Tyersall Park terletak berhampiran Kebun Bunga Singapura.

Kediaman ini menyaksikan banyak acara menyambut kedatangan orang-orang besar utama di Singapura ketika ia masih diduduki Sultan-Sultan negeri Johor terutamanya Sultan Abu Bakar dan Sultan Ibrahim. Kawasan pekarangan sekitar istana ini masih kekal persendirian dipegang kerabat tersebut (Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris setakat 2019[1]) dan dilarang kemasukannya oleh orang ramai.[2] Istana ini terkenal sebagai bangunan pertama di Singapura yang dibekalkan kuasa elektrik.[3][4]

Kediaman ini dibina untuk meraikan pertabalan Temenggong Abu Bakar sebagai Temenggong Johor berikutan kemangkatan ayahandanya Temenggong Daeng Ibrahim pada tahun 1862 selain pemindahan persemayaman baginda dari Teluk Belanga[5] kepada estet miliknya ini yang sebeluma ini milik William Napier bekas Leftenan Gabenor Labuan dan peguam pertama beribupejabat di Singapura sebelum bersara ke England pada bulan Mac 1857, tanah ini kemudiannya dibeli Abu Bakar pada tahun 1860.[6]

Isteri ketiga temenggong ini, Sultanah Fatimah (atau nama asalnya Wong Ah Gew dari Kanton) mengarahkan pembinaan kediaman baharu temenggung itu kepada seorang arkitek dan anggota Kabinet Johor, Datuk Yahya bin Awaluddin. Pembinaan kediaman ini turut diawasi Wong Ah Fook sebagai penyelia manakala Howarth Erskine[7] bertanggungjawab sebahagian besar kerja besi[8] bersama HC Hogan dengan perperabotan disediakan oleh syarikat Inggeris John Little & Co. Sultanah Fatimah tidak sempat melihat penyiapan binaan ini apabila mangkat pada 25 Februari 1891.

Istana ini dibuka secara rasmi pada 3 Disember 1892 oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat, Sir Cecil Clementi Smith diiringi Lady Teresa Newcomen disaksikan Sultan Abu Bakar sendiri, Sultan Ahmad Muazzam Shah dari Pahang, Sultan Abdul Rahman II Muazzam Shah dari Riau serta pegawai-pegawai British dan Johor antara lainnya.[9]

Peristiwa bersejarah

[sunting | sunting sumber]

Istana ini menyaksikan banyak perjumpaan antara Sultan-Sultan Johor dengan banyak tokoh utama dunia:

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ "Tyersall Park site worth S$4.7b – if it can be sold". The Business Times (dalam bahasa Inggeris). 22 Februari 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Mac 2019. Dicapai pada 22 Mac 2019.
  2. ^ "State of Johor and Another v Tunku Alam Shah ibni Tunku Abdul Rahman and Others[2005] 4 SLR 380; [2005] SGHC 156". singaporelaw.sg. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Ogos 2018. Dicapai pada 27 Disember 2017.
  3. ^ "MONDAY 5th DECEMBER. The Sultan of Johore's Singapore Residence". Dicapai pada 1 April 2018.
  4. ^ "The New Singapore Residence of H. H. the Sultan of Johore". Dicapai pada 1 April 2018.
  5. ^ "Singapore – Sheet 5/35 (Orchard, Tanglin, Holland)". nas.gov.sg. Dicapai pada 27 December 2017.
  6. ^ "THE LATE MR. H.M. SIMONS". eresources.nlb.gov.sg. Dicapai pada 22 March 2019.
  7. ^ "Howarth Erskine Limited, Singapore. Founded in 1875, Howarth …". nas.gov.sg. Dicapai pada 27 December 2017.
  8. ^ "Page 2 Advertisements Column 3". Dicapai pada 27 April 2018.
  9. ^ "The sultan of Johore's Singapore Residence". Dicapai pada 1 April 2018.
  10. ^ "THE ARCHDUKE FRANZ FERDINAND". eresources.nlb.gov.sg. Dicapai pada 21 March 2019.
  11. ^ "The Visit of the Austrian Archduke". eresources.nlb.gov.sg. Dicapai pada 21 March 2019.
  12. ^ "THE KING OF SIAM". eresources.nlb.gov.sg. Dicapai pada 22 March 2019.