Pergi ke kandungan

Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sultan Ibrahim Al-Masyhur
Gambar Sultan Ibrahim pada tahun 1950-an
Sultan Johor
Pemerintahan7 September 1895 – 8 Mei 1959
Kemahkotaan2 November 1895
Didahului olehSultan Abu Bakar
Diikuti olehSultan Ismail Al-Khalidi
Menteri Besar
Tunku Mahkota Johor
Pemerintahan23 Mei 1891 – 4 Jun 1895
KeputeraanTunku Ibrahim Iskandar ibni Sultan Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah
(1873-09-17)17 September 1873
Istana Bidadari, Serangoon, Singapura, Negeri-negeri Selat
Kemangkatan8 Mei 1959(1959-05-08) (umur 85)
The Grosvenor House Hotel, London, England, United Kingdom
Pemakaman6 Jun 1959
Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Pasangan1. Sultanah Maimunah binti Ungku Abdul Majid
2. Sultanah Rogayah
3. Enche' Hasnah binti Dato' Jaafar
4. Ungku Intan binti Ungku Ahmad
5. Sultanah Helen binti Abdullah (née Helen Bartholomew Wilson)
6. Sultanah Fawzia binti Abdullah (née Marcella Mendl)
Anakanda1. Tunku Muhammad Khalid (diputerakan dan mangkat pada bulan Ogos 1893)
2. Sultan Ismail Al-Khalidi
3. Tunku Haris Abu Bakar
4. Tunku Ahmad
5. Tunku Miriam
WangsaWangsa Temenggung
AyahandaSultan Abu Bakar
BondaInche Besar Zubaidah binti Abdullah (née Cecilia Catharina Lange)
AgamaSunni Islam
Gaya bagi
Sultan Ibrahim Al-Masyhur

Rujukan gayaDuli Yang Maha Mulia
Gaya percakapanDuli Tuanku
Gaya alternatifTuanku

Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur ibni Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah GCMG GBE (17 September 1873 – 8 Mei 1959) ialah Sultan Johor Moden ke-2 dari tahun 1895 hingga tahun 1959.

Pada 23 Mei 1891, baginda dilantik sebagai Tunku Mahkota Johor di Istana Besar, Johor Bahru. Baginda menaiki takhta Kesultanan Johor Moden pada 4 Jun 1895 selepas kemangkatan ayahandanya, Sultan Abu Bakar. Baginda dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 7 September 1895 dan dimahkotakan pada 2 November 1895.

Keputeraan

[sunting | sunting sumber]

Baginda diputerakan sebagai Tunku Ibrahim Iskandar di Istana Bidadari, Serangoon, Singapura, Sultan Ibrahim merupakan anakanda tunggal kepada Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim dan Inche Zubaidah binti Abdullah Inche Besar (isteri kedua Sultan Abu Bakar). Zubaidah atau nama lahirnya Cecelia Lange merupakan seorang berdarah kacukan Bali-Cina-Denmark, Zubaidah merupakan anak kepada Mads Johansen Lange, seorang saudagar asal Denmark yang berniaga di pulau Bali, Hindia Timur Belanda.[1][2]

Baginda belajar di bawah guru peribadi yang mengajarkan pendidikan Inggeris sejak kecil. Baginda diberi perhatian penuh sebagai bakal pengganti Sultan dan ketika menjadi Putera Mahkota pada usia 17 tahun, beliau pergi ke Eropah buat julung kalinya pada Jun 1890. Baginda melawat Jerman, Switzerland, Perancis dan England.

Pemerintahan

[sunting | sunting sumber]

Sultan Ibrahim meneruskan usaha ayahandanya dan mengekalkan kebebasan dan kedaulatan Johor. Oleh sebab baginda tidak mahu dijajah oleh pihak British, baginda melakukan pelbagai perubahan dan pindaan terhadap perlembagaannya pada tahun 1895. Kerumitan pentadbiran kewangan negeri Johor dan kebarangkalian meletusnya perang besar di Eropah (Perang Dunia Pertama) menimbulkan kerisauan dan perasaan gelisah di kalangan pentadbir British. Mereka mendesak Sultan Sir Ibrahim untuk menerima Penasihat Inggeris untuk membantu mentadbir negeri Johor. Sultan Sir Ibrahim pada hakikatnya kehilangan kebebasan mentadbir negeri Johor. Sebagai balasan, Pentadbiran Negeri-Negeri Selat (British) bersetuju kepada penubuhan satu pasukan Askar Timbalan Setia yang berikrar taat setia kepada Sultan Johor. Askar Timbalan Setia boleh dilihat sebagai tentera peribadi Sultan Johor.

Melalui pindaan pada tahun 1914, Sultan Ibrahim telah membenarkan orang asing bukan rakyat Johor, termasuk rakyat British, menjadi ahli dalam Majlis Mesyuarat Negeri. Seterusnya pada tahun itu juga, Sultan Ibrahim menerima seorang Penasihat Am British. Tugasnya adalah menasihati baginda dalam bidang pentadbiran dan pemerintahan negeri Johor. Walau bagaimanapun, Penasihat Am tidak mempunyai kuasa seperti kuasa Residen dan Penasihat British di negeri-negeri Melayu yang lain, dan nasihatnya tidaklah semestinya dituruti oleh baginda. Pindaan ini telah menambahkan penguasaan British ke atas Johor secara tidak langsung.

Jasa dan sumbangan

[sunting | sunting sumber]
  • Pembinaan hospital serta pejabat kerajaan.
  • Menaungi badan pakatan Bahasa Melayu (Pakatan Bahasa Persuratan Buku Di-Raja Johor)
  • Meneruskan pembinaan Masjid Abu Bakar yang diusahakan ayahandanya, Sultan Abu Bakar
  • Lagu rasmi Johor, 'Lagu Selamat Johor' ciptaan M Galistan (seorang pemuzik dan jurulatih pancaragam) wajib dinyanyikan murid sekolah di negeri itu

Pelayaran dan pengembaraan

[sunting | sunting sumber]

Bagi memperluaskan pengetahuannya, baginda sering ke Eropah khususnya ke England dan beberapa negara lain. pada 12 Mac 1934, beliau mengelilingi dunia diiringi Sultanah Helen dan Setiausaha Sulitnya, Kapten Sheikh Abdullah Yahya.

Rombongan bertolak dari Singapura menaiki kapal Jepun, Fujiyama Maru menuju ke Jepun, kemudian singgah di Hong Kong dan Shanghai, China. Ketika di Jepun, Maharaja Jepun menganugerahkan baginda 'First Class Grand Cordon of the Order of Rising Sun' sebagai tanda perkenalan dan persahabatan.

Sultan Ibrahim meneruskan pelayaran menaiki kapal Chinchba Maru dari Yokohama menuju ke Honolulu, seterusnya ke Hollywood di San Francisco. Dari Los Angeles, baginda ke Chicago, kemudian ke Washington (Melawat Rumah Putih) dan ke New York.

Dari Amerika Utara, baginda kemudiannya ke England, United Kingdom atas jemputan baginda King George V dan Queen Mary.

Baginda turut melawat India, Australia, Indo-China, Thailand dan Kemboja.

Baginda berkahwin sebanyak enam kali iaitu dengan:

  1. Sultanah Maimunah binti Almarhum Ungku Abdul Majid I (sepupu baginda di mana Ungku Abdul Majid merupakan adik Almarhum Sultan Abu Bakar) (15 November 1875 - 2 September 1908): dikahwinkan di Istana Tyersall, Singapura pada 5 Oktober 1892, Ungku Maimunah ialah anak perempuan Ungku Abdul Majid ibni Almarhum Raja Temenggong Seri Maharaja Tun Daeng Ibrahim Beliau dimahkotakan sebagai Sultanah Johor pada 2 November 1895, tetapi mangkat dengan awal pada umur 33.
  2. Sultanah Rogayah (4 September 1880 - 8 Mac 1926): Beliau dimahkotakan sebagai Sultanah Johor pada 30 Ogos 1920.
  3. Enche' Hasnah binti Dato' Ja'afar : Menteri Besar Johor yang pertama, dan adik kepada Dato Onn bin Ja'afar.
  4. Ungku Intan binti Almarhum Ungku Ahmad: Berkahwin pada tahun 1926, Ungku Intan ialah anak perempuan Ungku Ahmad bin Almarhum Ungku Muhammad.
  5. Sultanah Helen binti Abdullah (née Helen Bartholomew Wilson) (21 Disember 1888 - 13 Ogos 1978): Dilahirkan di Glasgow, Scotland, United Kingdom, Helen Bartholomew Wilson berkahwin dengan Sultan di Woking, Surrey, England, United Kingdom pada 16 Oktober 1931 dan bercerai pada 31 Disember 1938. Bartholomew ialah janda kepada William Brockie Wilson, Esq., dan Sultan Ibrahim merupakan suaminya yang kedua. Beliau dimahkotakan sebagai Sultanah Johor di Istana Besar, Johor Bahru, pada 18 November 1931.
  6. Sultanah Fawzia binti Abdullah (née Marcella Mendl) (7 November 1915 - 1 Jun 1983): Dilahirkan di negara Jerman. Marcella Mendl ialah anak perempuan Edgar Mendel dari Romania. Berkahwin di London, England, United Kingdom pada 6 November 1941, beliau dimahkotakan sebagai Sultanah Johor pada 18 September 1956.

Baginda mempunyai empat orang anakanda lelaki dan seorang anakanda perempuan. Anakanda-anakanda lelakinya adalah seperti berikut:

  1. Tunku Muhammad Khalid ibni Almarhum Sultan Ibrahim Al-Masyhur diputerakan oleh Sultanah Ungku Maimunah:
  2. Tunku Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim Al-Masyhur, juga diputerakan oleh Sultanah Ungku Maimunah:
  3. Tunku Haris Abu Bakar ibni Almarhum Sultan Ibrahim Al-Masyhur, diputerakan oleh Sultanah Rogayah:
  4. Tunku Ahmad ibni Almarhum Sultan Ibrahim Al-Masyhur, yang diputerakan oleh Che Puan Hasana.
  5. Tunku Meriam binti Almarhum Sultan Ibrahim Al-Masyhur, yang diputerikan oleh Sultanah Fawzia.

Kemangkatan

[sunting | sunting sumber]

Sultan Ibrahim mangkat pada 8 Mei 1959 di The Grosvenor House Hotel, London, England, United Kingdom dan dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia).

Anugerah dan kehormatan

[sunting | sunting sumber]

Sebagai Sultan Johor (7 September 1895 – 8 Mei 1959):

Tanah Melayu

[sunting | sunting sumber]

Antarabangsa

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ Andresen, Paul (1992). Mads Lange fra Bali og hans efterslægt sultanerne af Johor (dalam bahasa Denmark). Odense: Odense Universitetsforlag. ISBN 87-7492-851-1.
  2. ^ Nielsen, Aage Krarup (1949) [1925]. Mads Lange til Bali. En dansk Ostindiefarers Liv og Eventyr (dalam bahasa Denmark) (ed. ke-5). Kopenhagen: Gyldendalske Boghandel og Nordisk Forlag. m/s. 13.CS1 maint: ref=harv (link)
  3. ^ A History of Johore (1365–1941) (1992), pg 195
  4. ^ a b c Keabsahan perkahwinan ini diperdebatkan. Rujuk A History of Johore (1992), pg 195
  5. ^ A History of Johore (1365–1941) (1992), pg 54
  6. ^ A Portrait of Malaysia and Singapore (1978), pg 102
  7. ^ Sejarah Johor (1980), pg 211
  8. ^ Federation of Malaya Official Year Book (1962), pg 26
  9. ^ a b c Died in infancy. Johor15, by Christopher Buyers, retrieved February 22, 2009
  10. ^ "Senarai Penuh Penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 1958" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-12-23. Dicapai pada 2021-01-01.
  11. ^ "No. 29423". The London Gazette (Supplement). 31 December 1915. m/s. 82.
  12. ^ "No. 34166". The London Gazette (Supplement). 3 June 1935. m/s. 3613.
  13. ^ "Italian Honours For Johore Sultan & Officials". Morning Tribune. 30 December 1938. m/s. 21.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar
Tarikh keputeraan: 17 September 1873 Tarikh kemangkatan: 8 Mei 1959
Gelaran pemerintah
Didahului oleh
Sultan Abu Bakar
Sultan Johor
7 September 1895 – 8 Mei 1959
Diikuti oleh:
Sultan Ismail Al-Khalidi