Isu Karpal Singh dan Sultan Perak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Isu antara Karpal Singh dan Sultan Perak bermula sejak Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin selaku ketua kerajaan negeri Perak telah memindahkan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak. Tindakan ini mencetuskan polemik apabila diberi perhatian oleh media arus perdana.

Watak dan isu utama[sunting | sunting sumber]

Kenyataan Karpal Singh[sunting | sunting sumber]

Selaku peguam veteran dan Pengerusi DAP Karpal Singh mempersoalkan campur tangan pihak istana dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri. Polemik tercetus apabila wujud ketidakserasian antara kerajaan campuran PAS-DAP-PKR di Perak dengan pegawai kerajaan negeri yang dilantik sebelum pilihan raya. Konflik ini dirasakan oleh kerajaan Perak yang baru sebagai menjejaskan kelancaran pentadbiran mereka.

Karpal menyatakan beliau tidak berniat menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Karpal berpendapat pertukaran Datuk Jamry Sury adalah urusan pentadbiran kerajaan negeri Perak. Karpal Singh juga bertanya siapakah yang menjadi penulis titah ucapan Yang di-Pertuan Agong semasa pembukaan Sidang Dewan Rakyat. Beliau bagaikan mempersoal keupayaan Seri Paduka untuk berfikir sendiri.

Sultan Azlan Shah[sunting | sunting sumber]

Rakyat Malaysia terutama di Perak mahu Sultan Perak iaitu Sultan Azlan Shah mempamerkan kebijaksanaan perundangannya. Sultan Azlan Shah pernah menjadi Ketua Hakim Negara . Baginda diterima ramai kerana ilmu undang-undang yang dimiliki. Sebarang ucapan Sultan menjadi rujukan di Malaysia termasuk oleh Tun Dr Mahathir Mohamad ketika Pindaan Perlembagaan 1993.

Pihak pembangkang mendakwa UMNO cuba mempolitikkan isu ini dan menjadikannya isu perkauman di mana sentimen Melayu yang terluka dan terhina sukar dipulihkan. Mereka berhujah tiada siapa pun terkecuali daripada tindakan undang-undang sekiranya jelas menghasut orang Melayu membenci bukan Melayu dan sebaliknya.[1]

Isu penjawat awam[sunting | sunting sumber]

Pegawai kerajaan memang serba-salah dalam situasi ini dan sukar untuk membuat keputusan. Apakah kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat akan terus kekal lama sehingga pilihan raya seterusnya? Besar kemungkinan Barisan Nasional akan merampas semula kuasa kerajaan negeri ini. Rasa tercabar dengan benda-benda baru memang ada dan tidak boleh dikesampingkan.

Pegawai kerajaan tidak harus dianiaya oleh parti politik. Bagi memastikan keadilan terlaksana, pegawai kerajaan seperti Datuk Jamry Sury mestilah dipanggil bersemuka atau diberi surat tunjuk sebab dalam tempoh tertentu, bukan dalam masa 24 jam melalui panggilan telefon sahaja.

Pegawai kerajaan mestilah diberi taklimat dan dimaklumkan terlebih dahulu akan sebarang perubahan yang hendak dibawa. Kebijaksanaan penyampaian dan komunikasi dan memberi tempoh penghadaman hendaklah diberi. Bukan mudah untuk berubah, apatah lagi anasir perubahan itu dari luar.

Pendirian UMNO[sunting | sunting sumber]

Kenyataan demi kenyataan media dikeluarkan oleh pemimpin UMNO mengenai tindakan Karpal Singh. Pendirian orang Melayu dengan bukan Melayu memang tidak sama berhubung kes ini. Asasnya Institusi Raja Berpelembagaan akan tercemar dan negara akan huru-hara.

Setelah beberapa hari kes ini berlalu, 11 laporan polis telah dibuat. Antaranya oleh :

Tindakan Karpal mempertikaikan kuasa Sultan Perak dalam hal ehwal agama negeri itu jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.[2]

Pendirian Majlis Peguam[sunting | sunting sumber]

Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan menyatakan bahawa Karpal Singh hanya berhujah dari sudut undang-undang dan berilah beliau hak kebebasan bersuara. Beliau tidak patut di didakwa mengikut Akta Hasutan 1948. [3]

Laporan polis[sunting | sunting sumber]

Pada 8 Mei 2008, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan UMNO membuat laporan polis terhadap Pengerusi DAP, Karpal Singh ekoran kenyataannya yang mempersoal bidang kuasa Sultan Perak. Tindakan Karpal cenderung menghasut dan menimbulkan kemarahan orang Melayu.[4] Setakat ini, Perdana Menteri enggan mengunakan ISA sebagai jalan penyelesaian.

Pada 9 Mei 2008, Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Ahmad Sofian Md Yasin menyatakan terdapat 9 laporan polis dibuat oleh pemimpin dari kalangan UMNO membantah kenyataan Karpal Singh yang mempersoalkan kuasa Sultan Perak. Memandangkan kenyataan Karpal Singh dibuat di Dewan Rakyat di kawasan Sentul, maka kes ini di dalam bidang kawasan Balai Polis Sentul.

Dua laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sentul, dua di Balai Polis Brickfield, satu di Balai Polis Dang Wangi, satu di Balai Polis Tapah, Balai Polis Port Dickson, Balai Polis Muar dan Balai Polis Pulau Pinang. Setakat ini belum ada laporan polis balas daripada Karpal Singh pula. Laporan polis adalah aduan teknikal di Malaysia agar pegawai polis mempunyai asas mula untuk menyiasat.

Pendirian pemimimpin pembangkang[sunting | sunting sumber]

Pemimpin dari pembangkang enggan memberi kenyataan balas terhadap hujah pemimpin UMNO. Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menyalahkan media yang menyemarakkan isu ini.[5]

Selama ini PAS selalu menjadi juara mempertahankan sultan tetapi membisu seribu bahasa kali ini.[6]

Amaran Tun Dr Mahathir[sunting | sunting sumber]

Bagi Tun Dr Mahathir, konflik perundangan ini adalah gambaran masa depan jika pembangkang menang lebih besar. Konflik sebegini akan lebih kerap tercetus jika DAP semakin mempunyai kuasa[7].

Rujukan[sunting | sunting sumber]