Ramkarpal Singh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Nama ini merupakan nama orang India di mana nama yang diberikan ialah Ramkarpal Singh dan nama bapanya ialah Karpal Singh.
Yang Berhormat Tuan
Ramkarpal Singh
Ahli Parlimen
RamkarpalSingh.jpg

Penyandang
Tempoh jawatan 
10 Jun 2014
Didahului oleh Karpal Singh
Majoriti 37,659

Parti politik Pakatan Rakyat (DAP)
Hubungan Jagdeep Singh Deo (abang)
Gobind Singh Deo (abang)
Alma mater University of Bristol
Pekerjaan Ahli politik
Profesion Peguam
Agama Sikh

Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh ialah seorang peguam dan ahli politik daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP). Beliau merupakan ahli parlimen bagi kawasan Bukit Gelugor, Pulau Pinang. Bapanya, Karpal Singh adalah bekas pengerusi kebangsaan Parti Tindakan Demokratik. Saudara lelakinya ialah ADUN Datuk Keramat, Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo dan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Ram merupakan bekas pelajar Saint Xavier's Institution sebelum meneruskan pendidikan awalnya ke sekolah swasta Seri Inai, Pulau Pinang. Beliau meneruskan pendidikan ijazah sarjana muda dalam bidang undang-undang di Bristol's University, United Kingdom. [1] Beliau merupakan peguambela yang memegang keahlian daripada Gray's Inn.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Ram menjadi peguam di Malaysia pada tahun 2000. Beliau mengetuai firma guaman Karpal Singh & Co di Pudu Lama, Kuala Lumpur.

Beliau berjaya membela penasihat parti politik, Parti Keadilan Rakyat, Dato Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya di Mahkamah Tinggi. Namun, Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa Anwar Ibrahim bersalah dengan mengenepikan keputusan Mahakamah Tinggi. [2]

Politik[sunting | sunting sumber]

Ram merupakan Ahli Parlimen bagi kawasan Bukit Gelugor setelah Parti Tindakan Demokratik melantik beliau sebagai calon Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil bagi kawasan Parlimen P51 Bukit Gelugor.[3][4]

Kemalangan Karpal Singh[sunting | sunting sumber]

Ramkarpal juga berada bersama dengan Karpal Singh, apabila ayahnya ditimpa kemalangan dalam perjalanan menuju ke Pulau Pinang. Yang turut terkorban dalam kemalangan tersebut adalah pembantu ayahnya, Michael C. Selvam.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ The third cub roars, Ramkarpal ready to conquer Tiger of Jelutong's den The Star. 11 Mei 2014 (Bahasa Inggeris)
  2. ^ Anwar bersalah meliwat pembantunya putus Mahkamah Rayuan Malaysian Insider. 7 Mac 2014.
  3. ^ Ramkarpal menang tiga hilang deposit Sinar Harian. 20 Mei 2014.
  4. ^ Ramkarpal Singh diumum calon DAP Bukit Gelugor My News Hub. 10 Mei 2014.
  5. ^ Karpal Singh maut kemalangan Utusan Online. 17 April 2014.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • [1] Malaysian Bar