Jagdeep Singh Deo
Jagdeep Singh Deo | |
---|---|
![]() | |
Anggota Dewan Undangan Pulau Pinang untuk Datuk Keramat | |
Memegang jawatan 2008 | |
Didahului oleh | Ong Thean Lye |
Butiran peribadi | |
Lahir | Jagdeep Singh Deo a/l Karpal Singh 3 Mei 1971 Pulau Pinang, Malaysia |
Parti politik | Parti Tindakan Demokratik – Pakatan Rakyat |
Ibu | Gurmit Kaur |
Bapa | Karpal Singh |
Saudara |
|
Pekerjaan | Ahli politik |
Profesion | Peguam |
Jagdeep Singh Deo a/l Karpal Singh (lahir 3 Mei 1971) ialah seorang peguam dan ahli politik daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP). Bapanya ialah Karpal Singh dan saudara lelakinya ialah Gobind Singh Deo dan Ramkarpal Singh.
Dalam pilihan raya umum Malaysia 2008 beliau menang bertanding di kawasan N29 Datuk Keramat, negeri Pulau Pinang. Beliau bertanding atas tiket parti DAP dan mendapat 7,995 undi dengan majoriti 1,855 undi. Beliau mengekalkan kerusi ini pada 2013 dengan majoriti 5,020 undi lalu dilantik menjadi exco negeri.[1]
Kerjaya guaman[sunting | sunting sumber]
Beliau mengetuai firma undang-undang bapanya, Karpal Singh & Co di Pulau Pinang.
Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]
Pada pilihan raya umum 2013, beliau telah dilantik sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri N29 Dato Keramat, Pulau Pinang. Beliau adalah Pengerusi Jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) bagi Jawatankuasa Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan.[2]
Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]
Tahun | Kerajaan | Undian | Pct | Pembangkang | Undian | Pct | Undian | Majoriti | Kehadiran | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2008 | Jagdeep Singh Deo (DAP) | 7,995 | 59.14% | Ong Thean Lye (Gerakan) | 6,140 | 25.47% | 19,588 | 1,855 | 73.73% | ||
2013 | Jagdeep Singh Deo (DAP) | 11,720 | 66.69% | Ong Thean Lye (Gerakan) | 6,700 | 31.93% | 18,964 | 5,020 | 85.20% |
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ Jagdeep, Ramasamy Antara 10 Ahli Exco Pulau Pinang Angkat Sumpah mStar Online. 9 Mei 2013.
- ^ "Incentives for abandoned project revival". Free Malaysia Today. 15 April 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-03.
- ^ "Malaysia Decides 2008". The Star (Malaysia). Dicapai pada 3 January 2010. Results only available from the 2004 election.
- ^ "2013 General Election Results". The Star Online Election Results. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-29.