Janji Diana (drama)
Janji Diana adalah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2006 arahan Dato' Yusof Haslam. Dibintangi oleh Sheera Iskandar, Aaron Aziz, Dynas Mokhtar, Jalaluddin Hassan, Sabrina Ali, A. Galak dan ramai lagi.
| Janji Diana | |
|---|---|
| Genre | Keluarga Cinta Konflik |
Berdasarkan daripada | Janji Diana karya Dato' Yusof Haslam |
| Pencipta | Dato' Yusof Haslam |
| Pengarah | Dato' Yusof Haslam |
Dibintangi oleh | Sheera Iskandar Aaron Aziz Dynas Mokhtar Jalaluddin Hassan Sabrina Ali |
| Lagu pembukaan | "Berteman Sepi" oleh Erra Fazira |
| Lagu penutup | "Berteman Sepi" oleh Erra Fazira |
| Penggubah | Adnan Abu Hassan |
| Negara asal | Malaysia |
| Bahasa | Melayu |
| Bilangan episod | 98 |
| Penerbitan | |
| Penerbit eksekutif | Haji Ismail Mustapha |
| Penerbit | Dato' Yusof Haslam |
Pemasangan kamera | Tetapan multi-kamera |
| Tempoh siaran | 48 minit (per episod) |
Syarikat penerbitan | Skop Productions |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | TV2 |
| Format gambar | 480i (SDTV) |
| Format audio | Dolby Digital |
| Siaran asal | 2006 – 2008 |
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Diana (Sheera Iskandar) seorang gadis bermasalah yang menyalahkan bapanya diatas kematian ibunya dan memusuhi ibu tirinya, Anita (Dynas Mokhtar). Dia juga mempunyai masalah mempercayai lelaki sehingga dia bertemu dengan Haikal (Aaron Aziz) seorang jejaka yang tidak percaya pada perempuan setelah mendapati bahawa tunangnya sendiri telah berlaku curang terhadapnya. Setelah mereka berdua mula saling jatuh cinta dan hampir telah saling mempercayai diri masing-masing, munculnya Sabrina (Sabrina Ali) bekas tunang Haikal yang kini kembali dalam hidup Haikal dan mencuba untuk memisahkan mereka berdua.
Pelakon
[sunting | sunting sumber]Pelakon Utama
[sunting | sunting sumber]- Sheera Iskandar sebagai Diana
- Aaron Aziz sebagai Haikal
- Dato' Jalaluddin Hassan sebagai Murad
- Dynas Mokhtar sebagai Anita
- Sabrina Ali sebagai Sabrina
Pelakon Pembantu
[sunting | sunting sumber]- A. Galak sebagai Ahmad (Atuk)
- Iqram Dinzly sebagai Ijoy
- Danny X-Factor sebagai Danny
- Diana Danielle sebagai Elly
- Mahyon Ismail sebagai Rohaya (Nenek)
- Dian P. Ramlee sebagai Noraini (Ibu)
- Diana Abas sebagai Rina
- Nurul Hazirah (Zaza) sebagai Rita
- Liyana Farah sebagai Sazy
- Nazrul Asraaf (Ajoy) sebagai Bob
- Pekin Ibrahim sebagai Sam
- Riezal Ashraf sebagai Roy
- Lando Zawawi sebagai Botak
- Abby Aziz sebagai Salleh
- Noreen Abd. Hamid sebagai Siti
- Wan Suhaimi Ismail sebagai Cikgu Saiful
- Cindy Elysha sebagai Cindy
- Irma Hasmie sebagai Mira
- Es Hairee sebagai Zul
- Accapan sebagai Acapan
- Zulkifli Ismail sebagai Dato' Kassim
- Emma Akma sebagai Datin Suhana
- Zaidi Omar sebagai Dollah
- Julia Hana sebagai Aishah
- Ungku Ismail Aziz sebagai Kekasih Sabrina
- Z. Zamri sebagai pegawai polis