Accapan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Di dalam nama orang India, nama Rethinam ialah nama bapa, bukannya nama keluarga, dan orang berkenaan harus dirujuk oleh nama yang diberikan, Samynathan.
Accapan
Kelahiran Samynathan a/l Rethinam
(1955-01-27)27 Januari 1955
Parit Buntar, Perak, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Meninggal dunia 14 September 2018(2018-09-14) (umur 63)[1]
Taman Puchong Utama
Sebab kematian Kegagalan buah pinggang
Kediaman Kuala Lumpur
Warganegara Malaysia
Pekerjaan pelawak, pelakon, penyanyi
Tahun aktif 1990-2018
Pasangan Yogeswari Subramaniam
Anak Vikneshwaran
Dhineshwaran
Yhuveneshwary

Samynathan a/l Rethinam (27 Januari 1955 - 14 September 2018) atau lebih dikenali sebagai Accapan ialah seorang pelakon dan pelawak India Malaysia yang fasih berbahasa Melayu.

Beliau pernah digemparkan sebagai memeluk Islam, tetapi dinafikan oleh beliau sendiri.[2]

Accapan merupakan seorang pelawak yang popular dari era 70an dan 80an bersama pelawak-pelawak keturunan India lain seperti Param, dan pada era 90an pula pelawak seperti Sathiya, Kenchana Dewi dan Rama. Beliau turut berlakon dalam beberapa filem, termasuk filem Mamak Cupcake arahan Woo Ming Jin.[3]

Beliau sering terbabit dengan rancangan hiburan terbitan RTM. Bagaimanapun, beliau menafikan bahawa beliau terikat dengan RTM dan sedia mencuba dengan stesen lain. Sungguhpun berpeluang untuk muncul di kaca TV, Accapan adalah di antara pelawak yang mendapat banyak permintaan.

Dalam seminggu beliau menerima dua undangan. Seringkali Accapan akan bergandingan dengan Os ataupun Khairul Anuar sebagai artis bebas. Setiap kali membuat persembahan, Accapan akan berlawak dan menyanyi, malah beliau pernah merakam album Trio Santan Berlada dan Trio Santan Berlada II bersama Ali Mamak dan Khairul Anuar.

Album itu yang menampilkan irama seperti dangdut, raggae, rock dan pop dirakam dalam bahasa Tamil. Kebanyakan lagu yang dirakamnya itu diambil dari lagu Melayu yang ditukar liriknya.[4]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
1990 Janda Meletup Filem pertama
Adik
Mira Edora
O.K (Orang Kampung Otak Kimia)
1991 Sejati
1992 Rimba Malam
Sahabat
1993 Hanny
1994 Simfoni Kasih
1995 Bisikan Cinta Abu
1996 Suratan Kasih
1997 Ghazal Untuk Rabiah
1998 Antara Dua Jiwa
2001 Lagi-Lagi Senario Muthusamy
2003 Iskandar Bos Disko
Gila Bola Coach Jimmy
2004 Biar Betul
2009 Jin Notti VG Jinggam
2011 Vilaiyaatu Pasange Coach
2012 Baik Giler!!
2014 Mamak Cupcake Filem terakhir

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
1988-93 Pi Mai Pi Mai Tang Tu Singam TV3 Sitkom
1990 Santan Berlada TV1

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2003 Jadi Tak Jadi

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]