Pergi ke kandungan

Jean-Paul Sartre

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jean-Paul Sartre
Lahir21 Jun 1905
Paris, Perancis
Meninggal dunia15 April 1980(1980-04-15) (umur 74)
Paris, Perancis
PekerjaanPenulis, ahli falsafah
GenreEksistensialisme, Marxisme
SubjekMetafizik, Epistemologi, Etika, Politik, Fenomenologi, Ontologi

Jean-Paul Charles Aymard Sartre (Sebutan bahasa Perancis: [saʁtʁ], bahasa Inggeris: /ˈsɑrtrə/; 21 Jun 1905 – 15 April 1980) merupakan seorang ahli falsafah eksistensialis, penulis drama, novelis, penulis skrip lakon layar, aktivis politik, penulis biografi, dan pengkritik sastera Perancis. Beliau merupakan salah seorang figura utama dalam falsafah Perancis abad ke-20, terutamanya Marxisme, dan merupakan salah seorang figura penting dalam sastera dan eksistensialisme falsafah. Karyanya terus mempengaruhi bidang seperti falsafah Marxist, sosiologi, teori kritikal dan pengajian sastera.

Beliau dianugerahkan Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan 1964 tetapi menolaknya aatas kebiasaannya menolah anugerah rasmi serta beranggapan bahawa "seorang penulis tidak patut membiarkan dirinya dijadikan suatu institusi".[1]

Karya terpilih

[sunting | sunting sumber]
  • La nausée (1938)
  • Le mur (1939)
  • Le sursis (1945)
  • Les séquestrés d'Altona (1959)
  • Les Troyennes (1965)
  • Le scénario Freud (1984)

Esei falsafah

[sunting | sunting sumber]

Esei kritikan

[sunting | sunting sumber]
  • Réflexions sur la question juive ("Cerminan kepada Permasalahan Yahudi", ditulis 1944, diterbit 1946)
  • L'idiot de la famille ("Si Dungu dalam Keluarga", 1971–72)
  • Siri Situations ("Keadaan"):
    • I: Critiques littéraires ("Kritikan Sastera", 1947)[2]
    • II: Qu'est-ce que la littérature ? ("Apa Itu Sastera?"), 1947)
    • III: Lendemains de guerre ("Lusa Perang", 1949)
    • IV: Portraits (1964)
    • V: Colonialism and Neocolonialism (1964)
    • VI: Problems of Marxism, Part 1 (1966)
    • VII: Problems of Marxism, Part 2 (1967)
    • VIII: Autour de 1968 (1972)
    • IX: Mélanges (1972)
    • X: Politique et Autobiographie ("Politik dan Autobiografi") (1976)
  1. ^ Yayasan Nobel (1964). "Minnen, bara minnen" (ISBN 9100571407) dari tahun 2000 olehLars Gyllensten Nobel Prize in Literature 1964 – Press Release. Dipersembahkan oleh Anders Österling, ahli Akademi Sweden. Dicapai pada 4 Februari 2012.
  2. ^ "Jean-Paul Sartre Biography". People.brandeis.edu. Dicapai pada 27 October 2011.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]