Jenderal Besar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lencana bahu

Jenderal Besar (sebutan bahasa Indonesia) atau Jeneral Besar, diterjemah ke bahasa Inggeris sebagai "grand general", ialah satu pangkat tertinggi Tentera Darat Indonesia. Ia setaraf dengan Jeneral Tentera Darat dan ia digunakan untuk diterjemah ke bahasa Indonesia. [perlu rujukan] Di dalam sistem pangkat Angkatan Tentera Indonesia, jenderal besar setaraf laksamana besar (Laksamana Besar) dan marsekal besar (Marsyal Tentera Udara).

Hingga kini pangkat tersebut hanya dipegang oleh tiga orang, kesemuanya dikurniakan pada tahun 1997 di ulang tahun ke-50 Tentera Nasional Indonesia.

Seorang jenderal besar secara teknikal boleh dilantik jika Indonesia terlibat dalam satu perang besar atau mengalami pencerobohan yang besar. Seorang jenderal besar kemudian boleh, kemungkinan besar, menjadi panglima tertinggi seluruh angkatan tentera Indonesia.[perlu rujukan]

Insignia bagi jenderal besar ialah lima bintang emas yang disusun dalam bentuk pentagon. Oleh itu, insignia tersebut sangat serupa dengan pangkat Jeneral Tentera Darat dalam Tentera Darat Amerika Syarikat.